Thursday, July 2, 2009

Bahaya! Sedang Menunggumu

Tidak, tajuk entry aku di atas bukanlah bait lagu The Times 'Khayal-Khayalan'. Sebaliknya, jika korang menonton/membaca berita, korang pasti tahu yang Menara Olympia tempat aku bekerja telah diserang virus A(H1N1) ataupun B4B1 (babi, Param ajar). UUU uuu uuuu (efek seram). Mula-mula ingat khabar angin je tetapi setelah topeng ninja diedakan di pejabat tadi maka masing-masing mula cuak. Siapa bersin je terus dipulaukan.

Aku syaki auntie gerai no 2 di food court level 3 yang kena sebab dia satu keluarga tak meniaga siang tadi. Tapi menurut fitnah-fitnah yang dilemparkan oleh abang yang jaga kedai runcit kat bawah tu, khabarnya pekerja di tingkat 16 yang kena. Aku ada mixed feelings pasal benda ni. Takut tu of course la yela aku dengar siapa yang dijangkiti virus ini mula-mula akan hilang akal dan pedoman. Lepas tu berbuih-buih mulut kemudian menggigit dan menjangkiti mangsa lain. Lepas tu satu bangunan kena seal dengan kerajaan. Tinggal kami yang masih belum dijangkiti cuba untutk survive di dalam bangunan melarikan diri daripada digigit. Eh itu plot cerita Quarantine. Sila klik Read More untuk terus membaca.

Jika ada pekerja yang sudah dijangkiti Influenza A di Menara Olympia, aku mengharapkan agar kami semua diarahkan untuk kuarantin mandatori di rumah. Takyah kerja seminggu ke sebulan ke huiii memang nikmat la boleh main Guitar Hero Smash Hits hari-hari. 2 orang yang dijangkiti di Menara Olympia tu mesti tengah tertekan kan. Kena pulau dengan kawan-kawan, ditinggalkan teman wanita, pastu yang aku dengar diorang kena kuarantin di bawah akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) memang syahdu ah.

Sudahlah aku nak pergi lukis gambar-gambar menarik di topeng kesihatan aku untuk menegakkan semangat fashionistas di dalam diri ini. Barulah berlainan dengan orang lain aku kan suka publisiti.

p/s: terima kasihlah muaz yang 'concern' kerana mendail nombor aku untuk bertanyakan khabar kesihatan aku setelah melihat berita di kaca televisyen. semoga kau sekeluarga juga selamat.



8 comments:

Anonymous said...

haha akhirenye swine flu sampai gak ke tempat kau jai.

adam

Mohamad Faizal said...

tak baik kau gelakkan aku tahu tak kami rakan2 bangi setiap minggu solat berjemaah kemudian memohon agar kau tidak dijangkiti virus ini di sana

<< s| tED| >> said...

hei ijai.. kamu boleh letakkan gambar topeng yang telah siap di conteng nanti ye!!

z a t i said...

ha habislah bangi lepas ni... pastu kau sebar kt apai, apai dn mizah sebar ke seri kembangan.


INI SEMUA SALAH KAU! *meroyan tiba2*

Mohamad Faizal said...

tedi: dah siap design nanti saya nak jual kat Vincci takpun kat Triumph

zati: seri kembangan kan dah ada kes kau je yang tak tahu ke kau dah kena pastu nak cover. polis tangkap dia polis!

Anonymous said...

B4B1 ©®™. Mana bleh kau pakai aku punye copyright kat blog kau tanpa permisi. cu in court.

Yg x benar,
Param

Anonymous said...

faizal kenapa kau kurus dulu skang gemuk

Mohamad Faizal said...

param usah kau pinta produk kay kat aku lagi

ala mohd anom tubuh badan tak penting, yang penting rupa. lagipun aku yakin kau pasti gemuk macam aku ataupun macam syanie sebab tak tulis nama

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...