Saturday, July 4, 2009

Happy Birthday Adam Johari!


Siapa Adam? Adam ialah salah seorang bff aku. Hari ini 4/7/2009 merupakan hari jadi Adam yang ke-25. Gambar di atas diambil ketika kami masih remaja hensem kan aku? Di sekolah rendah, kami semua tidak berkawan dengan Adam kerana dia berada di kelas Merah iaitu kelas racist. Lagipun kami ingat dia Cina lagilah kami tak kawan. Persahabatan kami bermula apabila masuk ke sekolah menengah. Walaupun Adam dibuang sekolah selepas form 3 ke MRSM Langkawi, kami masih meneruskan hubungan dengan berutus surat dan telegram. Kemudian, Adam membawa diri ke Amerika Syarikat demi memenuhi cita-citanya untuk menjadi penyanyi rap cina antarabangsa. Oleh kerana hari ini hari jadi Adam, maka aku dengan senang hatinya akan mendedahkan perkara-perkara aib yang berlaku kepada Adam yang selalu kami ungkit setiap kali berkumpul. Sila klik Read More untuk menggelakkan Adam.

1) Adam ni lurus orangnya. Di zaman remaja, aku ingin tahu siapa yang Adam suka tapi Adam tak mahu beritahu. Setelah aku berjanji untuk memberitahu siapa yang aku minat, maka Adam pun dengan malu-malu mendedahkan nama gadis. Namun itu merupakan kesilapan terbesar Adam kerana selepas mengetahui rahsianya yang orang lain tidak tahu (yet), aku memberitahu Adam yang orang yang aku minat ialah....Sharon Stone.

2) Adam pernah didenda untuk berdiri di sebelah tong sampah kerana membaling pemadam kepada Cikgu Maudziah. Ish ish ish.

3) Adam juga menjadi 'punca' Cikgu Fausiah menangis dan tidak mahu mengajar geografi lagi di kelas kami.

4) Adam pernah dikejar oleh pekerja kedai di Mines kerana menanduk gula-gula kapas yang tergantung. "Ini untuk beli bukan untuk main-main ye," ujar pekerja kedai itu.

5) Adam juga merupakan 'punca' peristiwa Kisah Sedih Initial D kerana dia menyebabkan kami lambat sampai ke Mines sebab dia tunggu kami di McD Bangi instead of McD Mines menyebabkan kami semua ditahan polis. Mungkin aku harus membuat entry Kisah Sedih Initial D satu hari nanti agar korang semua dapat berkongsi pengalaman 'gang fight' (chewahhh) pertama kami.

Ala asyik kutuk je arini besday Adam so kenala puji jugak kan. Adam ni memang pintar orangnya . Walaupun Adam tidak berjaya di peperiksaan actuarial dia baru2 ini, itu tidak bermakna apa2, kerana kami tahu dia memang pandai dan ujian itu memang sukar. Dia juga handal bermain piano (tahap 5 belajar di di Yao Han), mempu bermain Through the Fire and Flames versi Expert, juga team mate yang baik dalam Army of Two (bila kita nak abiskan game tu?). Adam juga merupakan orang yang paling pemurah di dalam geng Bangi. Dia akan belanja korang without a hesitation, seperti belanja parti liar aku, cd final fantasy 7 aku, belanja t shirt family guy aku, tiket wayang, baham di mapley semua Adam yang setelkan. Ohh Adam.



Ohh gadis2 terutamanya Finaz diharap tidak mengurat Adam kerana Adam sudah berkahwin dan bini dia Shikin memang terkenal dengan kegarangannya sejak sekolah rendah. Warr warrr. Selamat hari jadi Adam! I love you man (baca in the gayest way possible)



15 comments:

Anonymous said...

haha i love you too bro

adam

<< s| tED| >> said...

selamat hari lahir adam johari!!

z a t i said...

aku tak tau lah kalau shikin ingt ke tak...tapi mase form 3 shikin pernah cakap aku dan lina yg die fikir muke Adam mcm keanu reaves.

pastu kitorg buat muke blur.

kalau lah kitorg tau last2 korang kahwin.ha ha ha.

finaz said...

hahahaha... cam tau2 je i nak ngorat adam..

no lahhhh.. i tau la dia dah kawin (i read it from your archive).. xmainla ngorat laki orang.. heheh

btw, baling pemadam kat cikgu? mak aihhh.. i was speechless !!

sila buat entry pasal kisah sedih initial D

Anonymous said...

haha keji gile baling pemadam kat cikgu. aku nak baling kat kuchai tapi terpantul kene blackboard pastu kene kaki cikgu maudziah.

die cakap "takleh bezakan mane satu tong sampah". pehhh.

weih aku tak ingat buat cikgu fausiah nangis. aku rase orang lain ah. ntah ntah kau jai. ataupun gadis gadis.

adam

SHiKiN said...

hahahaha tipu gile zati!!! tak ngaku tak ngaku!! hahaha

Mohamad Faizal said...

adam macam keanu reeves? hee hee hee. dulu korang gadis2 selalu bandingkan aku dengan pelakon mana zati?

haa haa aku rasa yang buat cikgu geog menangis memang budak perempuan. aku syaki hanim atau adliza

Anonymous said...

jai kat malaysia ade kucing jenis scottish fold tak? comel gile kucing tu

adam

Anonymous said...

apsal aku ade teringat something kisah psl baju sleeveless mike tyson? ha ha

slmt hari jadi adam.

Faizal marilah kita bersukaria sept nnti. aku pulang seminggu b4 raya smpai seminggu lps raya

-dazu-

Mohamad Faizal said...

adam: ada je scottish fold di pertandingan kucing. bole je nak jadikan kucing biasa jadi scottish fold kau stapler je telinga dia

dazu: haa haa adam beli baju mike tyson tu sebab kau dan apai tak mahu masuk dalam sunway lagoon.

pulang bawak ps3 dazu. ponteng terawih main guitar hero ah

Eliza said...

jai..kim salam kat adam. Dia lebih hensem ketika dewasa (pujian ikhlas tanpa niat nak tackle)..hahaha

Anonymous said...

abe ade ps3 bukan? aku bawak pulang game bole kot. ps3 besar sgt sukar di bawa ke mana2. brape kontroller abe ade? nnti aku bwk la xtra kontrol bole bunuh membunuh beramai2

dazu

Mohamad Faizal said...

eliza: adam mudah longgar lutut bila gadis kirim salam jika dia tiba2 add anda di fesbuk jangan layan ye (haa haa)

dazu: abe ade satu kontroller je kot. kau bawakla lagi 3. ada kontroller 360 bawak sekali. ala game ps3 apa yang kau ada bole main ramai2?

Anonymous said...

hepi belated birtday adam..
lagi satu kisah malang adam bile dia tertido dlm komuter mase kitorang secara berjemaah kuar pg mines..
sedar2 dia dah kat nilai..haha..
dazu punce sebab tak kejut adam..

dazu:aku ade 2 kontroller..tapi game winning 11 je yg bole main ramai2..kau ade game ape??bawak balik je semua..

-shuhud-

Anonymous said...

aku ade fifa je yg bole main ramai2 haha. ape game best main bunuh2 ramai2? aku pn xtau

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...