Thursday, July 2, 2009

Happy Birthday Arul!


Siapa Arul? Arul ialah rakan gay aku di Uniten. Dalam gambar di atas, dia yang paling kanan, yang berambut paling panjang dan orang kedua paling kacak serta orang ketiga paling gemuk. Nama penuh dia ialah Zahrul Idzwan bin Zainal. Hari ini ialah hari jadi Arul. Kami mula berpacaran apabila menyedari kami meminati benda yang sama iaitu muzik, mengumpat, dan gadis-gadis hangat. Arul memang kacak orangnya. Ramai gadis dan arbok yang cuba masuk line tetapi membatalkan niat mereka setelah nampak aku di sebelahnya lalu mengurat aku pula. Tapi Arul kool sahaja menepis semua nguratan gadis-gadis walaupun ada sekali tu Arul terkena penangan nasi kangkang daripada seorang peminat fanatik terus meracau-racau seminggu. Dahulu di Uniten kami sentiasa bersama walaupun di mana jua. Ponteng kelas bersama, makan bersama, tidur bersama, berkugiran bersama, solat bersama (yang ni tipu). Sehinggakan setelah tamat pengajian pun kami masih lagi bersama di tempat kerja. Harus dijadikan filem ni kisah cinta aku dan Zahrul. Sila klik Read More untuk mengenali Zahrul dengan lebih lanjut.


Aku dan Zahrul dulu-dulu memang mengaku rawk. Gambar di atas diambil di studio gambar Fujifilm. Yang belah kanan tu Azam dia pernah melanggar orang Nepal sehingga mati. Eh. Kami sering pergi ke konsert-konsert mainstream bersama seperti konsert Incubus, Muse, Rokdewel 4,5,6, Butterfingers, dan juga OAG (belot di saat akhir). Arul juga pandai bermain gitar dan sitar. Dulu kat Uniten dia jadi wakil Universiti dalam pertandingan sitar mahasiswa peringkat kebangsaan. Eh? Banyak peristiwa manis yang berlaku di Uniten seperti Gaput meninju Saiful Bukhari Azlan kerana cuba mengurat Aqilah Hasan, peristiwa Gaput menjadi hero menyelamatkan Iz dari dibelasah beramai-ramai di Upten dengan melompat ke atas meja sambil mengaum, serta peristiwa Gaput eksiden dan survive. Eh apasal cerita pasal Gaput pulak. Yela semua cerita tu aku tau selepas Arul yang cerita kat aku.

Aku baru hendak belanja kau makan di kedai itali mahal di bawah pejabat tapi kau annual leave pulak hari ni. So tahun depan jela ok. Happy birthday Zahrul. I lap u. U lap me tak?



7 comments:

finaz said...

hehe.. kalu nak belanja makanan itali, next week pun boleh lagi... bukan ada expiry date

Mohamad Faizal said...

tidak buleh begitu. besday sekali je setahun esok dah tak boleh selebret dah (taktik kedekut)

Anonymous said...

haha terima kasih faizal..xpe next year aku tggu restoran itali ko haha.

zarul

Mohamad Faizal said...

err restoran tu kan dah kena tutup pastu kena bakar sebagai langkah berjaga2 sebab ada orang kena jangkitan selsema babi di situ so next year restoran ameerali je jela

hUdArLiNg said...

oh bday arul ke. haha. happy blated bday arul. *apasal pg post kat page ijai?*

Anonymous said...

saye gelak besar bace blog awak.. miss salwa pass kan.. mula2 tak ingat sangat.. tapi biler tgk gambor tengku then baru teringat... so tengku is my good studentlah kan.. jangan marah faizal..

miss _i_

carik sendiri..

Mohamad Faizal said...

miss lin ke haa haa. yelah memang dari dulu je asyik tengku tengku tengku padahal jelas2 saya lebih kacak. huh

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...