Wednesday, July 8, 2009

Happy Birthday Sally!

Haiiii uolssssssss. Ehem. Maksud aku, hai semua. Hari ini, 8/7/2009 merupakan birthday Sally. Korang semua mungkin mengenali Sally kerana dia sering menulis di ruangan Gosip di laman blog aku. Watak Sally dicipta pada zaman kolej aku, di mana pensyarah aku Tj Iskandar memberi assignment yang bertajuk bebas dalam bentuk multimedia. Kumpulan kami, Y.P.R bersetuju untuk membuat sebuah mockumentary tentang onak kehidupan ranjau berduri di kotaraya seperti penyalahgunaan dadah, lumba haram serta fenomena bapuk. Maka terciptalah watak Sally....


...dan terhasillah video bapuk di bawah.



Akan tetapi, watak Sally diilhamkan daripada manusia sebenar. Sally dicipta berdasarkan seorang roommate aku di Kolej Matrikulasi Melaka. Pada hari pertama aku masuk matriks, aku ilhat bilik aku memang bersepah. Kecuali di satu sudut, terdapat meja yang beralas kemas, dengan kain ropol-ropol yang berwarna pink. Alas katil pun ada ropol-ropol jugak. Di dindingnya terdapat beberapa keping poster Siti Nurhaliza dan Dayang Nurfaizah. Tetapi aku chill saje. Sehinggalah aku terdengar suara garau tapi lembut yang menegur aku. "haiiiiii awak baru masuk ek?".'Salehuddin' masuk ke dalam bilik memperkenalkan dirinya sebagai Sally. Aku hanya terkedu dan berharap aku tidak dirogol dimalam hari.

Mula-mula memanglah aku aib apabila sebilik dengan arbok, tetapi persepsi aku terhadap Sally mula berubah sedikit demi sedikit. Aku mula melihat Sally sebagai seorang kawan instead of seorang arbok. Chewahhh. Sally memang kool kerana dia sering memuaskan aku dengan majalah-majalah gosip tempatan seperti URTV, Hai, Media Hiburan dan Mangga. Tidak pernah miss setiap minggu. Sally juga banyak membantu aku dalam pelajaran kerana aku memang baghal orangnya.

Namun begitu, aku hanya berkawan dengan Sally di dalam bilik sahaja. Di luar bilik, di dewan kuliah, library atau mana-manalah tempat lain, aku memang pura-pura tak kenal Sally walaupun Sally sering menjerit memanggil nama aku dari jauh. Jika ada seorang arbok, maka arbok yang lain pasti datang melekat. Bilik aku memang menjadi port muzakarah arbok. Aku tak ingat apa nama kumpulan arbok diorang, tapi line up dia memang aku hafal. Diketuai oleh Sally (Salehudin), Didie (Zaidi, bapuk Kelantan), Fann (Fandi), dan sorang lagi yang aku gelar arbok kental sebab badan dia tough.

Aku tahu arini besday Sally kerana diberitahu oleh Friendster yang lama tidak aku bukak. So aku bukakla Friendster melawat page Sally. Tapi kena reset password dulu sebab aku dah lupa password lama, haa haa. Jeng jeng jeng, sempena menyambut hari jadi Sally, akan ku buat pendedahan eksklusif memaparkan gambar-gambar Sally yang SEBENAR, Sally yang menjadi sumber inspirasi aku tatkala aku memainkan watak arbok. Di sini aku ingin memberi amaran, sama ada korang akan muntah melihat gambar-gambar ini, ataupun korang mungkin akan mencapai kemuncak syahwat terus. Click Read More for the real deal.


Awwwww gelenyahhh la uolsss


Awwwww kelassss noks


Bagaimana para pembaca semua? Ghairah ke muntah? Happy birthday Sally. Manalah tahu kau terbaca blog aku ni kan aku doakan agar kau berbahagia dengan siapa sahaja pilihan kau tak kiralah Eddi Akmar ke kembali ke pangkal jalan minat perempuan balik ke. Thank you for everything. Especially sebab bagi aku tiru assignment biologi dan mendendangkan lagu Siti setiap hari. Assalamualaikum Salehudin. Kau memang voguedavass!



17 comments:

<< s| tED| >> said...

ijaiiii!! Betul ke ni?? Wah!! Aku tak sangka ko sebilik dgn dia.. cun woo!! Kuat iman ko!!

Heppy besdey Sally!! Semoga Sally kembali ke pangkal jalan!!

Mana ko dapat gambo ni ijai?? Dia tak marah ke ko letak sini??
Nanti dia saman.. aku x mo jd saksi.. :))

Anonymous said...

haha cam bitch je ko jadi bapok jai hahahaha...mmg kene r ko mmg bpngalaman berrumetkan seorang arbok hehe..wei eddie akmar?budak bangi kan??die matrik ko ke??die arbok gak ke??=p

-fandi-

Mohamad Faizal said...

tedi: dulu tak cun sangat kerana berbadan gempal dan muka kena parang so tak ghairahla. skarang dah cun pulak. wow

fandi: eddi jiran kau la kan. dia tak arbok tapi sebab kejambuan muka dia memang menjadi buruan arbok ah. aku syaki diorang pernah couple kejap (spekulasi je, tidak dapat dibuktikan kenyataan aku itu)

datillah said...

OMGGGGG!!

finaz said...

happy birthday sally !!! semoga panjang umur dan sentiasa meriahuolsss...

mak aih.. pakai short dress.. *pitam* i yg mmg woman ni pun xpenah pakai short dress.. hihih

hUdArLiNg said...

wow. cunnya sally. tak sangka plak. anyways. happy bday sally :)

p/s: terigat time belakon u boleh ckp dgn suara janji "ijai" hahaha. (jenaka dalaman)

Eliza said...

wah..peha dia tak ada cellulite!!! Jealous.

Mohamad Faizal said...

datillah: omg omg omggggg babe belikan I pencuci muka yang sally pakai please

finaz: tergoda ke anda memang meminati semua rakan saya tak kiralah lelaki mahupun arbok hee hee

huda: suara janji "ijai"?? sila elaborate kerana saya sudah tua mudah lupa

eliza: tapi kat perut dia banyak. dulu2 ah skarang mungkin sudah licin juga

z a t i said...

pulang la ke pangkal jalan jai..... *tibe2*

Diyana Yunus said...

OMG!!! OMG!!! ko mmg made my day la Ijai..Aku bad mood arini tgk entry ni wat aku gelak tegolek hehehe..

finaz said...

hahahah.. i minat kawan2 u yg lelaki sejati sahaja and single lg.. ada ke yg menepati kriteria2 i nih.. ?

hehe

Anonymous said...

what the f faizal omg. kool giler kawan kau hahaha



Jamil

M Fitri Husin said...

Ko matrik melaka ek??? batch 2002? adekah sally ni bermuka ala2 nerd memakai spek???

demmit teringat aku matrik dimana wanita2 adalah lebih ganas daripada lelaki, kawasan lab yang berhantu serta diharamkan memakai kain pelikat kalo nak makan kat kafe.

kalo hujan maka berbau lahanatlah satu kampus.

Idlan said...

Jai, aku dah lama terfikir apasal kau ada kat KMM pun Abe balik matrik kat Bangi? Semuanya terjawab sekarang. Kau ada jantan lain rupanya. Patutla Abe pulang dengan kecewa.

Mohamad Faizal said...

zati: pimpinlah aku zati ke jalan yang benar dan lurus...

nana: dah kahwin kenapa bad mood suami yang mahu beri ke hee hee. eh maksud aku beri duit belanja dapur

finaz: ada. nama dia ikram. single, kaya, dan hensem. tetapi ikram mahukan komitmen dan perhatian

jamil: bij weekend ni gadis pulang ke kampung kau kena teman aku

fitri: kau matrik mana? sally tak pakai spek yang pakai spek tu Didie (zaidi). Dia dari klate tah tah jiran kau

akak abe: cinta abe terhadap bangi lebih tinggi daripada cintanya terhadap aku...

Anonymous said...

HAHAHA blog ko ni seronok aku bace , aku isky , dari KL . baru umo 18 .. aku da bace blog ko A-Z ..
best .. jadi aku akan hati2 ngn geng ni , bler aku masuk college nnti kah kah kah !!!
harap ada update yg terbaru ya ;D

tata ~ / selasa june 6.

Wahida Nasution Thakhrim said...

wow!! kaki sally sangat cantik!!

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...