Thursday, July 30, 2009

Mama pergi ke Singapura, parti liar la jawabnya!

Mama berada di Singapura sejak semalam atas urusan kerja esok baru balik. Maka malam ini sebuah parti liar akan dilangsungkan di rumah aku. Aku menjanjikan keseronokan dan kenikmatan duniawi dan kita boleh berjaga dan bersemenda sehingga pagi. Orang yang bukan mahram tidak digalakkan hadir bagi mengelakkan fitnah dan umpatan jiran-jiran. Tapi kalau semua lelaki dianggap parti gay pulak. Sila hadir dengan clubbing gear serta kelengkapan solat masing-masing. Walaupun ini adalah parti, aku memberi jaminan bahawa dosa-dosa besar seperti penzinaan serta penyalahgunaan alkohol tidak akan berlaku. Dosa-dosa kering seperti menonton filem yang mengandungi kata-kata kesat mungkin ada.

Berikut adalah tentatif program untuk malam ini (benda tipikal yang kami kaum lelaki sering buat):

7.00 pm: Kehadiran para tetamu.
7.30 pm: Upacara solat maghrib berjemaah
7.45 pm: Sesi usrah membincangkan tentang perpindahan pemain bolasepak
8.00 pm: Guitar Hero! Grenggggg!!! Ketuk ketak. Wiuiuiuiuiu!!!
8.45 pm: Solat isyak berjemaah serta bacaan Yasin
9.15 pm: Sesi membaham. Domino's la apalagi.
10.00 pm: Sesi boys talk membincangkan tentang cinta dan masa depan
11.00 pm: Tidur sebentar
1.00 am: Bangun untuk Qiamullail
2.00 am: Sesi usrah dua; perbincangan tentang siapa yang lebih hangat, Rozita Che Wan ataupun Nanu Baharudin.
3.00 am: Aktiviti mencari klip video Farawahida dan Julfekar di Internet.

Sila klik Read More untuk mendaftarkan diri ke parti ini.

PARTI LIAR DIBATALKAN KERANA ESOK AKU KERJA KENA BANGUN PAGI.

Barbie aku nak makan apa malam ni semalam dahla makan jagung lebihan je dalam peti ais kesian aku. Pulanglah mama aku kelaparan....



7 comments:

<< s| tED| >> said...

ekekekekke.. order dominos lah..

Mohamad Faizal said...

dalam dompet ada rm10 je tak cukup nak memesan dominos...pizza pah pun tak cukup

datillah said...

Masaklah sayang...

finaz said...

baru ingat nak join parti liar anda.. (tak malu.. orang tak jemput pun).. hehe

enuLwanie said...

hahaha...
ptg semalam sy telah mengorder domino's...
4 set!!
mkn beramai2 bersama teman2...

di saat otak tengah kegilaan!!!

Mohamad Faizal said...

datillah: bawang dah abisla camana i nak masak...

finaz: tiada masalah anda boleh mengurat rakan2 saya yang masih single nanti

enulwanie: jika mahu onion rings percuma sila gunakan nama mama saya ketika mengambil order (kawasan bangi dan kajang sahaja)

FAIZAH..... said...

cett!!!!la der...sengal gle kowang..pecah pewot ak..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...