Sunday, July 19, 2009

Ole-ole Bali and The Half Blood Prince

Hujung minggu adalah waktu untuk aku beristirehat dan melakukan aktiviti kegemaran aku iaitu makan di tempat abnormal dan menonton wayang di panggung. Kali ini aku bercadang untuk pergi ke kawasan di luar kebiasaan aku (Alamanda) iaitu Sunway Pyramid kerana kami secara tiba-tiba mengidam untuk membaham di Ole-Ole Bali. Alah pernah pergi sekali je pun atas rekomendasi Ezuantes Estrada semasa parti liar Huda tetapi cebisan Grilled Chicken Pasta dia masih melekat lagi di gigi aku sekaligus membuat aku terliur-liur sepanjang masa.

Maka malam tadi aku mencuri kad kredit mama aku secara diam-diam untuk membeli tiket Harry Pouty secara online untuk mengelakkan kekecewaan jika beratur membeli tiket. Maka tadi dengan riaknya aku terus menonton filem Harry sambil menggelakkan remaja2 yang sedih tidak medapat tiket. Jangan risau aku tidak akan beri spoiler sekarang. Sesudah menonton, perut kami sudah mencarut minta diisi maka kami pun menuju ke destinasi yeahhh yeahhh (lagu siti).

Aku cuak gak sebenarnya nak membaham di Ole-Ole Bali takut didatangi oleh pengebom berani mati pimpinan Nordin Mat Top. Huii kalaulah pengebom berani mati tu bersabar sikit mesti dah boleh bom Rooney. Ntah apa kaitannya tah dengan posting aku ni. Anyway, dalam aku kesesatan untuk kali ke berapa tah mencari pintu masuk Ole-Ole Bali yang tersorok, aku ditegur oleh seorang salesman sambil dihulurkan pamphlet:

Salesman: "Excuse me, have you been doing any exercise at the moment?"

Aku hanya senyum sambil berjalan mencari arah. Selepas seminit baru aku tersedar, did he just asked me whether I was exercising because I'm slightly overweight?? Son of a cock. Aku carik balik dia nak ajak bertumbuk di arked tapi tak jumpa. So kami teruskan misi untuk membaham di Ole-Ole Bali. Sila klik Read More untuk terus membaca dan jika korang rasa aku tidak gemuk.

Ole-Ole Bali memang sukar untuk dicari dari dalam Pyramid kerana korang harus masuk lorong-lorong gelap dahulu sebelum nampak pintu masuk dia. Kalau nak senang, call Ezu. Seperti yang telah aku nyatakan, aku hanya pernah pergi ke restoran ini sekali sahaja. Namun begitu makanan di sini aku dengan beraninya mengkategorikannya sebagai lazat sehingga menjilat dinding. Makanannya berkonsepkan Bali la kot. Specialty dia selain makanan bertemakan Bali adalah keenakan grilled food dia. Mintakla grilled daging ke sotong ke ayam ke kuda laut ke semua ada. Babi tak sure ah ada ke tak tapi buat apa makan babi babi kan haram dimakan. Persekitaran serta ambiancenya memang tenang, lagu-lagu nasyid dari Bali sentiasa berkumandang di udara. Berhala pun banyak tapi jangan sembah pulak nanti terbatal iman.

Harga? Well mungkin agak mahal juga tapi portion dia memang kenyang sampai ke maghrib la kalau korang makan waktu zohor. Tadi da killa memesan Grilled Chicken Pasta kegemaran. Walaupun gambar di bawah nampak macam mee goreng mamak depan Pasar Besar Bangi, tapi kelazatannya pasta serta cebisan grilled chickennya boleh menyebabkan korang wajib mandi wajib akibat terlalu nikmat.



Harga dia doploh ringgit kot. Aku order Grilled Chicken Chop. Doploh lebih jugak aku pun tak ingat. Ada tembikai dan ada kerabu masam hingga ke tulang tetapi still ghairah.



Kat sini ramai pelancong asing yang makan tu yang aku cuak dibom pengganas tu. Namun jika korang inginkan kelainan ataupun bini korang memang jenis tangan kayu tak reti memasak, maka Ole-Ole Bali adalah alternaif yang baik. Sekali sekala makan kool tetapi mahal apa salahnya kan.




Ohh by the way Dumbledore meninggal dunia. Assalamualaikum.



7 comments:

<< s| tED| >> said...

aku ingatkan kau ke bali dan membawa balik ole-ole..
tapi hampa... :(

z a t i said...

aku suka sini!
lapaq. lapaq

dh mcm blog jalan2 carik makanan

els said...

wah selalunya buat review movie. skrg review makanan plak. hehe. ole2 bali mmg terbaik! haha camne ijai finally dpt jumpa lorong gelap tu? hehe lawak ada selingan org tanya ijai exercise tak. haha.

btw if next time datillah kempunan nak makan grilled chicken pasta lagi korang bleh pegi bumbu bali kat puchong. lagi dekat. its the same management and same taste.

Mohamad Faizal said...

tedi: mana boleh pegi bali kena bom nanti

zati: zati bawak ah aku makan mee goreng depan taikaly

eju: kat mane bumbu bali pintu dia tersorok jugak ke

suzana said...

motip bagitau Dumbledore meninggal dunia...??

Mohamad Faizal said...

motipnya adalah untuk membuat korang sakit hati jika tidak membaca bukunya serta tidak menontonnya lagi haa haa

Eliza said...

sape dumbledore?

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...