Wednesday, July 1, 2009

Perkara-perkara Yang Boleh Anda Lakukan Sekiranya Terlupa Membawa Dompet di Restoran

Peritiwa ini berlaku pada hari aku membuat entri ayam goreng. Yelah aku makan seketui je seketui lagi bagi kat Kelly sebab tak lazat. Jadi memang menggelupur sebentar aku di atas lantai akibat kelaparan. Namun aku gagahkan juga keluar rumah untuk mencari sepinggan nasi. Aku menuju ke restoran Ani Sup Utara berhampiran rumah Apai dan mengorder nasi putih sepinggan berlaukkan telur bungkus dilengkapi dengan air tembikai. Memang makan tak baca Bismillah terus baham tanpa mempedulikan keadaan sekeliling.

Burp prott bunyi aku sendawa di mulut dan bontot. Selukla poket hendak membayar di kaunter. Aneh, dompet aku tiada di dalam seluar. Mungkin di dalam kereta. Aku berlari2 anak ke kereta, mencari-cari di mana dompet aku tetapi tiada. Koksakerrr. Aku mengorek-ngorek syiling. Mungkin cukup 10 ringgit tapi aku tiada keyakinan diri untuk membayar dengan wang syiling. Ahhhh. Mahu buat apa? Pernahkah korang berada di situasi begini? Benak fikiranku mula memikirkan perbuatan-perbuatan jahanam yang boleh dilakukan untuk mengelakkan diri daripada daripada dicerca masyarakat kerana makan tapi tak bayar. Sila klik Read More untuk mengetahui teknik-teknik keji yang korang boleh gunakan jika terlupa membawa dompet di restoran.

1) Pura-pura cacat. Korang pernah tak tengok cerita budak cacat mintak pisang "aaa pisanggg pishanggg aee aee" yang disiarkan di slot Spektra TV1 masa kita sekolah menengah dahulu? Haa buatla gaya macam tu tak pun buat gaya Fei Mau pasti korang tak perlu bayar malah tokey kedai belanja makan lagi sebab kesian. (lagu background: Tidak ku pinta lahir ke dunia)

2) Menyerah diri terus. Angkat pinggan dan gelas, dan bawa ke dapur. Terus cuci pinggan mangkuk tanpa disuruh. Lepas tu pakai apron dan amek order pelanggan lain.

3) Lari. Selaju Watson Nyambek ataupun Imran masa form 2. Jangan pandang belakang. Kereta amek malam karang.

4) Goda. Tanggalkan butang satu persatu. Pura-pura jatuhkan straw di lantai lalu tonggengla sehingga menampakkan boxer. Apabila tokey lalai menjamu mata, kau tampar dia ugut nak report polis akibat sexual harassment. Dia mesti cuak dan bagi makan free.

5) Pura-pura kena rasuk. Menjeritlah, mengilailah, pastu berguling-guling atas lantai konon-konon tengah beradu dengan makhluk halus. Mesti diorang takut nak mintak bayaran lepas tu.

6) Korek hidung, telinga, celah ketiak kemudian sapukan ke nasi sehingga berubah warna. Takpun carik puntung rokok tanam dalam telur bungkus. Lepastu fitnah pekerja kedai cakap mereka yang letak segala tahi dan daki. Silap-silap korang yang dibayar.

7) Call la kawan korang kerana kawan yang sejati akan membantu korang tidak kiralah dalam apa jua keadaan. Terima kasih Ahmad Shuhud Irfani bin Zakaria kerana sanggup bergegas dari tempat kerja untuk menyelamatkan aku daripada perasaan aib. Nanti aku belanja kau balik.

Huh nasib baik ada Abe. Bagaimana, ada taktik lain yang lebih keji dan mantap?



9 comments:

<< s| tED| >> said...

erhmmmM! Taktik yg boleh di praktikkan!!

z a t i said...

ingt ni kenduri ke mkn tak bayar. ha? ha? ha?

*meracau.sebenarnye gembire bg komen bukan2 dn tak berkaitan selepas internet kembali pulih*

Idlan said...

Ah, mmg aku tunggu entry ini hahahaaaa

Mohamad Faizal said...

tedi: jangan praktikkan no 4 kerana itu hanya untuk orang lelaki

zati: usah sebut pasal kenduri kau dahla tak datang kenduri mizah

akak abe: abe bocorkan rahsia ke cis cis

Anonymous said...

akirnya ijai mengaku...
sama la along...
aku pon tgg entry nier...


paah@fara kamalia zakaria@adik abeb

Mohamad Faizal said...

hoit farah pergi tusyenla. apa korang sekeluarga ni mengumpat aku di masa senggang ke

Idlan said...

Oh ijai

Kau takde tersedak-sedak ke ketika menghirup Ani Sup Utara tu? Kitorang ni hari hari menjadikan kau topik utama perbualan. Sehari tak sebut, maka tak lengkap agenda no 48...

Anonymous said...

btol abg ijai...
abg topik hangat di rumah kami...

p/s: geli aku pnggil abg... membuktikan ijai da tua...

Anonymous said...

of course la kurus.

nama.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...