Monday, July 20, 2009

Semua orang ada, aku pun mahu juga.

Statistik menunjukkan 4 daripada 10 orang mengalami osteoporosis ketika berumur 29 tahun akibat tidak meminum Anlene.

Statistik menunjukkan hanya 2 daripada 10 orang bangun bersembahyang subuh di hujung minggu.

Statistik menunjukkan 3 daripada 10 orang gagal dalam mata pelajaran statistik di kolej.

Statistik juga menunjukkan 6 daripada 10 kenderaan masa kini memiliki benda ini. Benda apakah itu? Sila teka, kemudian SMS kan jawapannya kepada aku. Jika anda berjaya meneka dengan tepat, hadiah misteri menanti anda. Sila klik Read More jika korang buntu dan tidak tahu apakah jawapannya.



Seriyes doo. Semua kereta ada. Tak percaya pandang cermin belakang, nampak kereta belakang ada. Pandang kanan eh orang tu pun ada jugak. Kalau nak lagi meriah pergi ke tempat letak kereta aku yakin mesti ada yang memilikinya. Dihasut oleh da' Killa, aku pun membelinya juga. Korang tidak akan dituduh bapuk memiliki benda ini kerana ini adalah fad yang terbaru. Dedaunannya yang beralun-alun ketika disinari sinar mentari boleh membuatkan korang berhenti mancarut ketika tersekat di kesesakan jalanraya. Boleh didapati di pasaraya-pasaraya terkemuka d Lembah Kelang (midvel RM20, SP RM30).

Katakan HO! jika korang ada juga.



13 comments:

fendi said...

HO! tapi ader awek bagi...hehehe

enuLwanie said...

HOOOO!!!!!

abang n akak ipar sy pun ade..
diorg dh lame dh ade bunga comel ni..
mula2 mmg suka main mcm jakun je..

skrg dh bunyi ketap ketap!! (sebab dh lama)

SHiKiN said...

apekah ini.....air freshener ke?

<< s| tED| >> said...

Haaaaa! AKu takde!! sape ade nak bag aku ke?? nnati aku bg add!! :(

Mohamad Faizal said...

fendi: sape bagi? lily ke hasan? hee hee

enulWanie: yaa kita semua memang jakun melihatnya

shikin: ini adalah sejenis...bunga plastik yang boleh bergerak tanpa bateri?? (tatau nama khas dia)

tedi: ala kat melaka kan ada lagi murah beli banyak2 jual mahal2 kat sini

els said...

hahahaha tu laaa ezu ngan my carpool colleague pun ske kira bunga tu ada berapa dalam parking lot klcc tu. btw i saw the thing is sold for RM12.90. nape ijai beli mahal? kena tipuuuuuuuuu hehehe ;p

z a t i said...

aku memule cm pelik nape semua kete ade,
ala, sikit lg hilang la trend tu,
mcm dadu dlm kete suatu mase dulu.

GOLI DEN.

suzana said...

aku beli rm10 je kat pasar malam kat umah aku tu..apasal ko beli mahal yek.. ngeh ngeh beli kat b b bangi gak murah..

luca d' jiwa said...

keta aku dah boleh masuk pimp my ride dah. tak der maknanya ada benda ni. tunggu exhibit datang ketuk pintu umah je nih, maka akan aku berpura-pura melompat kegembiraan!

Anonymous said...

BOO


Param

Mohamad Faizal said...

eju: saya beli di midvel Rm 19.90. daymmmmmmm

zati: dadu dalam kereta tu bapak ayam je pakai

suzana: pasar malam tu banyak indonla malas aku nak pegi aku benci muzik indon

luca: ekzibit pun ada jugak benda ni apa dalam kereta dia. tapi dia punya daun emas la

param: aphal param kau dah berlagak skarang tak mintak product key kat aku

QilahLala said...

ijai bende tu rm10 je kat putrajaya.. apa la beli mahal2 :p

syun said...

Betul2..RM10 jer pun..Ni mesti charge mahal sebab dok kat kedai air-con :p

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...