Friday, August 21, 2009

1 Ramadan

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Bulan Ramadan menjelang lagi. Pasti ramai para pembaca di luar sana yang mengeluh panjang kerana malas berpuasa serta tidak boleh menonton Mike's Apartment di siang hari. Tidak boleh begitu kawan-kawan. Aku memang agak eksaited untuk menyambut Ramadan kerana aku secara automatik akan mengurangkan pengambilan makanan sekaligus mengurangkan berat di perut serta dapat menurunkan paras kolestrol di dalam badan. Ceh ingatkan eksaited sebab nak beribadat.

Sebagai AJK Keimanan dalam geng Bangi, memang menjadi tugas aku untuk menyeru rakan-rakan Bangi untuk menunaikan solat sunat terawih bersama-sama. Baru sahaja aku hendak menghantar pesanan mesej ringkas kepada teman-teman, tiba-tiba Ikram menelefon aku mengajak untuk berterawih bersama. Hasrat itu disebarkan kepada teman-teman lain tetapi Abe memberi alasan yang paling solid kata dia on call. Meragukan. Selalu on call hari Sabtu. Zul pula berterawih di Restoran Pelita bersama macha-macha di sana. Jamil, dia kata dia solat di Masjid Wilayah tetapi masa call dia dengar background lagu techno. Fandi pula menukar nombor telefon terus. Apai pula terpaksa menjadi Imam miming untuk keluarga barunya. Kesudahannya hanya aku dan Ikram sahaja yang berterawih malam ini. Sila klik Read More untuk terus membaca.

Ikram datang mengambil aku di rumah. Sebelum ke surau, kami mengadakan sesi gay talk (sebab 2 orang je) membincangkan tentang cinta dan kehidupan. Cinta? Ada gosip mengatakan Ikram menaruh hati kepada Zati Hazira (aku ubah nama sebab ini masih sekadar gossip). Atau mungkin aku yang saja membuat spekulasi sendiri. Perbincangan yang paling hangat adalah tentang Amir Rashidi bin Aziz akan menjadi seorang abah. Sungguh tak percaya. Aku tidak tahu 'prestasi' Apai bagaimana, tapi aku menjangkakan 'kejap tetapi kerap', sekaligus berjaya membuntingkan Mizah. Anyway kami rakan-rakan Bangi mengucapkan tahniah kepada korang dan kami semua cintakan kau Apai. Akan tetapi bersediakah kau Apai? No offense, tetapi kami semua meragui kebolehan kau kerana tahyat akhir pun kau tak hafal. Kalau Adam berada di tempat kau, mesti dia heret kau ke restoran Yus untuk sesi heart to heart sampai pukul 3 pagi.

Anyway berbalik kepada cerita asal, aku dan Ikram pun menujulah ke surau Al-Kauthar. Sampai sahaja di sana aku terus cakap orang putih, What the whatttt??? Oghe ramai nok mapuh. Macam konsert MTV Worldstage pulak. Seriyes doo surau aku yang bertaraf masjid tu memang tak muat. Mungkin bahana hari pertama Ramadan, semangat nak mengecap Lailatulkadar tu masih tinggi lagi. Cuba tengok lagi seminggu tinggal 2 saf je nanti. So Ikram dengan muka yang agak gembira sebab tak perlu solat mengajak aku pulang. Aku menasihatkan Ikram agar kita pergi ke Masjid Jamek walaupun di masjid mereka mungkin melakukan solat sunat terawih 20 rakaat.

Walaupun Imam di masjid merupakan imam tempatan yang diimport, namun takdela sampai terketar-ketar lutut kami menghabiskan lapan rakaat. Tiba-tiba aku nampak satu kelibat jin datang menhampiri kami. Aku kaget. Bukankah di bulan Ramadan semua syaitan akan diikat? Rupa-rupanya jin itu ialah Naufal yang baru pulang dari Indonesia. Naufal mengambil kursus Kedoktoran majoring in Sautau Application di Jawa. Dengar khabar dia tahu tempat persembunyian Nordin Mat Top.

Selesai solat, kami pergi membaham di Restoran Dusun (Sup Gearbox). Semasa membaham, tiba-tiba Zul, Jamil dan Fandi join sekali. Oooo ajak solat pura-pura keluar haid ye korang. Anyway sup gearbox ialah bapak segala kolestrol aku memang tak jilat sedikit pun. Tapi terlanggarla pantang sedikit apabila aku terjilat sedikit ayam. Dan daging. Dan kerang. OMG. Tiada gambarla sebab aku hanya membawa boxer aku je dalam kain. HP, wallet semua tinggal. Wallet tu purposely la sebab Ikram baru dapat bonus 3 bulan. Gossip terbaru semasa boys talk:

1) Jamil baru pulang dari Switzerland dan disyaki membawa pulang H1N1. Tapi dia bebas daripada penyakit itu lalu membeli iphone 3Gs. Minggu depan Jamil hendak pergi Umrah. Alhamdulillah semoga kau tidak akan melihat dosa-dosa kau di hadapan Kaabah nanti.

2) Fandi kerja esok padan muka. Fandi ada Samsung Jet. Aku syaki Fandi kerja dengan Ah Long tu sebab dia ada banyak telefon bimbit.

3) Zul ada rival di pejabat bergaduh pasal tingkap. Dan dia masih tak bayar lagi Rm14 aku duit tiket transformers tempoh hari.

How was your Ramadan?



9 comments:

Anonymous said...

aku berpuasa sorang diri di sini. sedihnye.

adam

Anonymous said...

bile ko balik sini adam??takpe la puasa seorang diri jgn puasa yangyok sudah haha..free2 ushakan sidekick lx 2009 fully unlocked tu ye hehe..

p/s: itu bru yg ko jilat faizal belum kire yg ko sedut dalam gearbox tu bukan main laju lagi..lps tu nk bdiet dan bharap kurus walhal ko baru menydut jumlah kolestrol yg mengambil masa 2bulan untuk lupus hehe..

-fandi-

<< s| tED| >> said...

selamat berpuasa Mohamad Faizal :)

z a t i said...

apai memang teruja jd bapak hari tu die awal2 dh berlatih jaga anak member kiotrg lg satu dgn penuh aksi bapak (bangge tak mizah aku puji laki kau ni aku tau kau tgh baca?)

pastu die kate anak die masih di tahap berudu. (*_*;) tak berperikabapakkan betul.

selamat ponteng puasa.

BYE.

Mohamad Faizal said...

adam: pulanglah wahai teman

fandi: nape kau nak jual jet kau baru 12 jam pakai mesti ada sindiket ni

tedi: selamat berpuasa untuk orang melakau juga

zati: zati marilah berbuka bersama walaupun kau period minggu ini

Anonymous said...

seperti yg ak katekan, pagi tadi sampai satu surat dari maxis yg memberikan ak rebet jika ak mbeli iphone 3GS pula kerana ak pelanggan iphone 3G..jika posmen tu bkerja keras dan surat ak sampai hari khamis atau jumaat mesti ak tidak mbeli blackberry dan btukar kepada jet skrg ni..ak tidak harus melepaskan peluang rebet bnilai rm500 yg maxis bagi ni..banyak tuhhh huhu..

-fandi-

Anonymous said...

soalan. dentist on-call buat apa? ada pesakit emergency gigi rosak kah?

silent reader.

Mohamad Faizal said...

huii adaaa malam-malam samseng jalanan berlumba pastu eksiden patah gigi haa si abela yang welding kembali gigi mereka

Anonymous said...

encik/puan/cik silent reader..

dentist on call bertugas merawat kecederaan di bahagian muka dan leher..terkoyak dagu,rahang patah,terkehel sendi,pecah bibir,muke bengkak,gigi patah..semua la aku buat..
kenela jahit muka diorang..adoi..

-shuhud-

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...