Monday, August 17, 2009

Anda Tahu Bulan Ramadan Akan Tiba Bila...

1) Gadis-gadis solehah, gadis-gadis clubbing, serta peserta rancangan realiti Gadis Melayu semuanya berpakat hendak berpuasa sunat hari Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu, Ahad...time is running out gadis2 adakah hutang korang suma dah setel?

2) Sakit perut, pening-pening lalat, kanser payu dara, skurvi serta pelbagai penyakit lain mula menyerang secara tiba-tiba. Semakin kronik pula tu menjelang Ramadan.

3) Iklan kurma Yusuf Taiyoob bergema setiap 2 minit di radio. yusufff taiyoooooobb barbie tension betul aku dengar bisikan ghairah depa.

4) Masing-masing menggelabah nak bukak buku Fekah darjah 4 sebab dah lupa lafaz dan niat puasa. Err nawaitu nawaitu aku lempang kang lagu Nowwhytwo OAG boleh pulak korang hafal.

5) Nenek korang mula memakai tights ataupun leggings sebab nak senang bergerak ke sana sini demi menyediakan kuih raya buatan tangan. Apa kelas kuih tunjuk-tunjuk.

Ada lagi. Sila klik Read More untuk terus membaca.

6) Orang yang merokok paling ketara kesannya menjelang Ramadan. Mereka akan mengalami kemurungan serta keputihan.

7) Ramai orang masuk kelas belajar bahasa Cina dan Tamil untuk penyamaran mereka bagi mengabui mata dan telinga pihak berkuasa di bulan Ramadan.

8) Makcik-makcik berpusu-pusu ke Wisma Yakin untuk membeli kain langsir baru.

9) Suami isteri semakin kerap bersetubuh bagi mengelakkan terkena kifarah di bulan Ramadan nanti. Betul ke aku main toron je fakta ini.

10) Pakcik yang tiap-tiap tahun pakai baju Melayu yang sama akan keluar di kaca televisyen dan mengungkapkan skrip yang sama setiap tahun mengumumkan ketibaan Ramadan.

Ku mengharapkan Ramadan kali ini penuh makna. Agar dapat kulalui dengan sempurna. Huii nampak ayat penyudah aku macam gempak tapi itu sebenarnya lagu Raihan featuring Man Bai. Sekian, Assalamualaikum.



10 comments:

Anonymous said...

haha..
alah jai dulu kau pun pernah tersilap langkah menggantikan puasa pada tanggal 30 syaaban..haha..

jom la berterawih kat surau depan
7-eleven..aku rase apai pasti terawih penuh tahun ni..haha..

-shuhud-

Anonymous said...

hoi da besar ape barang pergi surau marilah meramaikan masjid jamek bangi baru cool hehe..

-fandi-

Mohamad Faizal said...

abe: takpe aku dah bayar secupak nasi untuk anak yatim. apai mesti terawih kat rumah dia tengah struggle ni menghafal tahyat akhir

fandi: tujuan kau hendak ke masjid bukan untuk beribadah sebenarnya akan tetapi untuk membaham moreh yang lebih dahsyat daripada surau

Mama Alya said...

aku pun memang menyampah iklan yusof taiyoob tu.. mule dengar ingat iklan kedai emas..hahaha

QilahLala said...

selamat brpuasa ijaiii!

hUdArLiNg said...

jai, no 1. i tgh buat. hahaha. sempat ke tak. mintak2 sempat. =p

Eliza said...

No. 9....

;) ;) ;)

Mohamad Faizal said...

liza: kedai emas? haa haa mesti segan jika pakai gelang kaki berjenama yusuf taiyoob

lala: selamat mengganti puasa untuk anda juga

huda: tak sempat dah. sediakan secupak beras untuk anak yatim yang miskin.

eliza: oh kak eliza semoga anda tidak dikenakan denda untuk berpuasa 2 bulan berturut2 di bulan ramadan nanti.

Anonymous said...

haa haa..
kau pun tertipu mcm aku jgk..
letak drogba kapten,lepas tu amik rodallega..
barbie btol..

-shuhud-

Mohamad Faizal said...

takpe aku ada tyron mears burnley 1 manshitter 0. haa haa. tapi carrick miss penalty pulak prawns betul ah

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...