Monday, August 24, 2009

Anugerah Bintang Popular Maikrosof

Setiap 4 bulan, pejabat aku akan menganjurkan hari Anugerah Khidmat Cemerlang untuk meraikan para pekerjanya yang rajin dan berguna. Pemenang utama dipilih berdasarkan hasil undian SMS selepas sesi karaoke di pejabat. So sebagai seorang yang memiliki suara yang lunak serta paras rupa yang mengasyikkan, tidak hairanlah jika nama aku tercalon dalam senarai kategori utama untuk Anugerah Bintang Popular Maikrosof 2009.

Majlis anugerah ini diadakan pada hari Jumaat yang lalu. Anugerah ini selalunya menghidangkan makanan yang lebih sedap daripada biasa serta minuman keras secara percuma. Namun begitu, aku tidak menghadiri majlis itu kerana aku ingin pulang awal ke rumah. Yelah hari Jumaat Jalan Raja Chulan akan menjadi sesak nok mapuh. Aku bukanlah anti sosial ataupun kera sumbang tidak mahu join event-event sebegitu, tetapi rumah aku jauh dooo kat Bangi dooo. Lagipun ramai rakan-rakan di pejabat yang kaki botol dan mudah hilang pertimbangan ketika mabuk. Aku risau mereka akan meragut kesucian aku nanti. Maka aku pun pulanglah ke rumah.

Di waktu malam, aku pun saja-sajalah mencari pasal membuka emel kerja. Tiba-tiba aku terlihat beberapa keping emel bertalu-talu mengucapkan tahniah. What the what kenapa nak ucap tahniah? Adakah kerna aku memiliki dada yang ketak? Itu memang anugerah Tuhan. Rupa-rupanya aku telah menggondol Anugerah Bintang Popular Maikrosof. Demmit ruginya aku tak hadir untuk menerima anugerah secara langsung. Dahla anugerah itu disiarkan secara langsung di radio IKIM. Kalau tidak mesti dah popular dah aku di kalangan gadis-gadis bertudung labuh.

Maka tadi di pejabat, aku terus menuntut hadiah aku untuk diriakkan. Memang berlagak dan bongkak aku menayangkan anugerah aku kepada rakan-rakan sekerja lain yang ternyata cemburu dengan pencapaian aku. Maka di sini aku ingin berkongsi saat-saat takbur aku bersama anugerah yang dimenangi. Sila klik Read More untuk berasa cemburu.


nama aku sepatutnya dieja Mohamad Faizal Rosly...

Saat-saat gemilang aku sepatutnya dialami pada hari jumaat itu. Walaupun aku tidak hadir ke majlis itu, aku still expect dilayan seperti sang juara maka aku pun memaksa rakan sekerja serta supervisor aku untuk menjalankan upacara penyampaian hadiah.


Juliet: Faizal you're the man!! Bang bang!
Aku: OOOOO MMMMMM GGGGGGGGGGGGG

Terangkat kening melihat gadis di atas? Namanya Juliet Chan. Tiada kaitan dengan Andrew Chan ataupun Cheng Ekin. Tarikh lahirnya sama dengan aku (18/6, sila hafal) dan aku mengesyaki kami ni adik beradik yang terpisah sejak kecil. Jika tidak masakan kami sama-sama hangat.


Selain trofi pusingan, aku juga memenangi baucer membeli belah yang bernilai RM200 di pasaraya Jaya Jusco. Siapa nak aku belanja berbuka sila berbaik-baik dengan aku serta pujilah wajah aku dengan penuh kelembutan. Ohh nama jejaka di atas ialah Fauzi Rentah orang panggil dia Pujies ataupun Uji Rashid.


Aku juga mendapat sijil penyertaan yang boleh digunakan dikepilkan bersama resume nanti. Eh? Nama gadis di atas ialah Komathi Balasubramaniam jangan sekali-kali korang mencari pasal dengan dia kerana dia memiliki tenaga Badang.



Best Agent? Huii macam Agent FBI pulak aku ini. Takpun Agen prepaid ataupun agen Herbalife. Sapa nak jadi downline MLM herbalife aku sila hantarkan surat berisi RM10 ke alamat surat menyurat aku.


Gaya seperti baru menang Champions League. Itulah perasaannya. Jangan cemburu ya nanti aku belanja korang di Jaya Jusco menggunakan kupon percuma. Di sini saya ingin megambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih buat rakan sekerja yang lain yang telah mengundi saya. Tidak lupa, kepada tukang ukir nama aku diharap dapat membaiki kesilapan ini di masa hadapan. Mohamad bukan Muhamad okayy.

Maka tunggu apa lagi? Sila ucapkan "Kongratulasi ijai!" dan kagumi aku untuk at least 2 minit. Bodekan yang terbaik akan memenangi sesi berbuka dengan aku menggunakan baucer RM200 Jaya Jusco.



19 comments:

<< s| tED| >> said...

cayalah ijai.. sila poskan aku baucer JJ 20 hengget jek :P

Tahniah!!

Anonymous said...

tahniah2..
kau jd agen mcm mirzam taiman ke ha??umpan org pegi minum kat impian maju..lepas tu bukak katalog..haha..

p/s: rugi la pulak alamanda tiada jaya jusco..

-shuhud-

Muaz said...

Dude, congratz man!!

Melihat best friend aku menang anugerah paling fofular tu membuatkan aku bangga beb..seriously Awesome man!

Damnn.. u go girl!!

Hahaha... kalau aku stay, mesti bleh jadi rival terdekat ko.. haha..

Jom wei belanja aku jusco.. nanti aku call ko.. hehe

finaz said...

tahniah en. faizal.. i xnak baucer jaya jusco.. i nak makan kat tony romas (eh betul ke nih)..

QilahLala said...

amboi amboi amboi (sambil tunjuk jari)... caya lah ijai!! shopping raya kat jusco la ek? hehe

Komathi Balasubramaniam said...

jahat engkau faizal.. namakan i 'sekuat badang'... eeee nantila kau datang ofis.. i penjekkan kau...

Anonymous said...

congrats jai! brape lame valid coupon tu? jaya jusco ade tempat makan enak ke?

adam

datillah said...

Congrats sweetheart!!!!!! ^_^

Khairul Afandy said...

haaa..congrats2 ijai..tapi make sure ko miskall benitez suh liverpool men btol2 sket..abes point fantasy football akoo weh...

Faisal said...

Ko memang hebat la bro, Dtg office lambat balik cepat, Boleh bermain Fifa during office hour. Can Win the game some more, Got title Juara Datacom Sedunia and Now Microsoft ....
U are the Man laa eventhough act like a KID.

U deserve it Man

Anonymous said...

aku rase tahun ni susah skit kau nak mengecapi gelaran juara bertahan kau jai. jom gune wild card jom :)

adam

Mohamad Faizal said...

tedi: boleh2 sila bagi no telefon rumah nanti saya kreditkan terus ke no telefon rumah anda

abe: takpe jaya jusco cheras selatan dekat sahaje. n mengapa ayat kau seolah2 mengimplykan yang aku hendak belanja kau?

muaz: aku akan belanja kau of kos. tapi kau kena hasut iza untuk bagi aku menang satu goodie bag

finaz: nak tony romas? boleh2 esok pukul 12.30 kita lunch di tony romas pavilion

lala: mesti. jangan jeles tengok baju raya I ada ropol2 jusco nanti

suja: kau memang segarang badang

adam: valid sehingga akhir zaman kot. dia tak tulis pun sampai bila. AKU PASTI AKAN GUNA WILDCARD MINGGU INI!

datillah: thanks babe but i still nak u belanja i kasut nose

fandy: tapi kedudukan kau still atas aku jangan kau nak mulakan persengketaan...

faisal habeeb: aku memang sang juara dan aku tahu kau sayangkan aku lebih daripada kau sayangkan bazlur

terima kasih semua. i lap u all

Anonymous said...

aik dah nak gune wildcard dah??season masih muda jai..haha..season lepas aku gune wild card awal kau kutuk..haa haa..


-shuhud-

JuSTin♥cHaoS^guRL said...

tahniah encik faizal kerana memenangi Anugerah tersebut. Apakah perasaan anda sekarang ini & ada sebarang komen2 kepada pencabar2 terdekat anda?

Mohamad Faizal said...

abe: tenang abe. aku ada cheat kod boleh buang orang atas dari daripada liga super

nizam: nasihat saya kepada pencabar-pencabar terdekat ialah kuatkan beribadat di bulan ramadan ini. mungkin Tuhan akan memberi hidayah bagaimana hendak menjadi pekerja yang cekap dan kacak

hUdArLiNg said...

tahniah!

Anonymous said...

ijai tahniah..gunakan voucher tu untuk belanja kami beli pkaian raya la boleh??hehe..

-fandi-

Anonymous said...

Your blog keeps getting better and better! Your older articles are not as good as newer ones you have a lot more creativity and originality now keep it up!

Conner said...

congrats jai! brape lame valid coupon tu? jaya jusco ade tempat makan enak ke? adam

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...