Wednesday, August 19, 2009

Gaya Hidup Yang Sihat episod 2: Diet

Bersenam sehingga keluar peluh darah sekalipun, jika kita tidak menjaga pemakanan apa gunanya. Lipatan lemak di perut aku ini hanya akan hilang jika tidak dibekalkan dengan makanan yang mempunyai kolestrol dan kalori yang tinggi. Jadi bagaimanakah kita boleh menyelesaikan masalah ini? Aku pun membukala Astro Channel 703 iaitu Asian Food Channel (AFC) untuk mencari ilham tentang resipi-resipi yang menyihatkan.

OMG lawanya chef gadis yang sedang keluar di kaca televisyen. Nama dia Datilla Lawson, residen chef di AFC yang popular dengan rancangan-racangan masakannya seperi Selera Utara (pronounced Selegha Utagha) dan 'Eat Healthy, Kolestrol Lari'. Kali ini, Miss Lawson mengajar kita satu meal sihat yang simple dan mudah disediakan, serta tidak memerlukan skill masakan yang tinggi. Dengan adanya sijil masakan aku daripada kelas kemahiran hidup Cikgu Tulur, memang tiada masalahlah untuk aku membuat meal ini.

Resipi ini dinamakan Sandwich Sihat. Bahan-bahannya adalah seperti berikut:


1) Kismis Yusuf Taiyoob. Kismis dikatakan dapat memberi daya ingatan yang tinggi. Kehadiran kismis di dalam resipi ini adalah untuk membekalkan rasa kemanisan yang sihat.

2) Sayur-sayuran. Bahan yang paling penting dalam resipi ini. Para pembaca boleh membeli salad campuran di dalam kotak yang sudah diproses dan bebas daripada bahan kimia merbahaya. Kita digalakkan memakan sayur-sayuran mentah kerana nilai nutriennya yang tinggi berbanding sayur yang digoreng.

3) Tortilla/ roti pita. Sila lihat maklumat nutrisinya; pastikan bahan ini tidak mengandungi kolestrol serta mempunyai nilai kalori yang rendah.

4) Sebagai alternatif untuk tortilla, anda boleh gunakan roti full grain ciptaan terbaru yang dapat mengurangkan kolestrol secara semulajadi.

5) Chicken ham. Membekalkan protein. Pastikan tidak diambil dalam kuantiti yang berlebihan.

6) Mayonis/Thousand Island. Untuk menaikkan kelazatan hidangan.

7) Black pepper. Untuk menambah tenaga syahwat bagi lelaki.

8) Tuna. Again, pastikan anda mengambil Tuna yang rendah lemak yang kalau boleh beli Tuna yang masih hidup di dalam tin.

Sila klik Read More jika anda sudah bersedia untuk memasak.


Mula-mula, basuh sayuran yang hendak digunakan. Ini adalah untuk memastikan peluh-peluh para pekerja Carrefour tidak melekat di sayuran anda. Saya mengambil beberapa keping kobis dan tomato comel untuk dicincang halus.


Kemudian, kita gaulkan cincangan sayuran tadi dengan tuna, kismis, serta black pepper. Gaulkan sehingga sebati selama 10 minit sehingga anda penat.


Sementara itu, kita hangatkan tortilla tadi di atas kuali yang bersuhu 120 darjah celcius. Jangan gunakan sebarang minyak masak, kecuali jika anda pening kepala boleh guna minyak lintah di dahi (jenaka sambilan). Panaskan chicken ham tadi dengan kaedah yang sama.


Kemudian, kita ambil sekeping dua salad hitam dan salad hijau dan lemparkan sahaja ke atas tortilla tadi. Jika anda menggunakan roti, tekniknya sama sahaja. Do the same with the ham. Susun cantik-cantik menggunakan teorem Pythagoras.


Selanjutnya, kita sapukan inti sayur+tuna+kismis tadi ke atas kepingan tortilla tadi. Untuk menaikkan lagi nafsu makan kita, letakkan sekali beberapa keping Chachos. Kita sudahi dengan taburan mayonis ataupun Thousand Island. OMG tengok gambar pun boleh terbatal puasa nanti. Lebih kronik, mungkin korang perlu mandi wajib jika terus melihat gambar resipi yang menaikkan syahwat ini.


Akhirnya, kita hanya perlu menggulung serta memotongnya. Gunakan sos cili Lingham untuk kenikmatan yang hakiki.

Bagaimana? Hebat tak skill memasak aku? Of coursela jauh lebih hebat daripada kau Muaz. Inilah yang aku makan setiap hari. Sihat dan menjimatkan. Sedap kan? Sedap kan?



12 comments:

syun said...

Yer..Sedap dan lawa pula tu..Gf yg buatkan lah katakan :p

Anonymous said...

Cis Faizal. Sejak biler kau mkn healthy ni? Nnt aku nk dtg pinjam treadmill haha x payah aku ke gym lagi. Mari buat sesi makan2 sahur sambil tgk epl

-Jamil

Mohamad Faizal said...

chua shi yun: manaaaa saya buat sendiriiii resipi je daripada gadis

jamil: biasalah bitch aku nak biar kau sorang je yang jadi boroi lepas ni. eh takpe fendi ngan anas ade

Mama Alya said...

wah..nampak sungguh lazat

Anonymous said...

wah jai..
sungguh menggiurkan resipi kau..
nama cikgu KH tu cikgu kaipin la..bukan cikgu tulur..haa haa..

p/s: yeah jamil..kau sudah pulang ke dari switzerland??jom sahur secara berjemaah walaupun kehadiran aku kurang memuaskan pada sesi tahun lepas..huhu

-shuhud-

kusha said...

aku tak nak komen pasal ni sebab aku tau kau sekarang sure tgh excited menang 4-0!!!!wooohhoooo!!!! you'll never walk alone!!!

Eliza said...

oh..macam ni rupanya buat sandwidch....nampak memberahikan. thanks for the idea (aku memang lomah bab masak memasak ni)

Mohamad Faizal said...

liza: memang lazat sehingga menjilat dinding

abe: kaipin haa haa baru aku ingat. sudahla abe kau hanya hangat berkata-kata bila kejut tanak angkat fon

kusha: menang 4-0 memang eksaited tetapi yang lebih eksaited adalah apabila manshitter tersungkur di tangan Burnley hua hua

eliza: anda harus memuaskan suami secara global. kami lelaki suka makan di rumah

Anonymous said...

ak pon nk bdiet sempena puasa ni bukak puase nk makan oat je haha (jika mampu thn la)..faizal kita tgk sejauh mana ketabahan n kecekalan ko tuk mengempiskan perut..kalau gagal dlm masa sbln ak syorkan ko membeli seluar bpinggang getah xperlu risau lagi tentang saiz perut haha..

p/s: jamil bitch sila pastikan anda tak membawa H1N1 sblm bjumpa rakan2 hehe..

-fandi-

Mohamad Faizal said...

fandi sekarang ni status boroi kau no 1, jamil no 2, aku no 3, gadis terrorist no 4

Anonymous said...

anas macam mana?ak rase dia lagi besar dari ak hehe..ko no.3?pullezzzz la jai ko baru bdiet bbrpa hari tak mungkin perut kau kempis smpi 5 inci haha..

-fandi-

cleopatra said...

hohh..nmpak sungguh lazat.. err.. tp betul ke jimatkan kos?.. salad tu mahal tu.. ngn chicken ham lg.. isk2..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...