Sunday, August 16, 2009

Gaya Hidup Yang Sihat: Senaman

Jika korang merupakan stalker aku, korang pasti tahu baru-baru ini pejabat aku telah mengadakan majlis pemeriksaan kesihatan tahunan. Kisahnya boleh dibaca pada entri ini.

Keputusan ujian-ujian yang diambil seperti ujian darah, ujian air kencing, ujian pendengaran serta ujian Internet Explorer 8 telah keluar pada minggu yang lalu. Seperti yang aku telah jangka berdasarkan diet harian dan keadaan fizikal aku, Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) yang diperoleh ialah bawah 2.00, dalam erti kata lainnya aku gagal ujian kesihatan.

Doktor Wong Fei Hung memanggil aku masuk ke dalam bilik. Aku lihat mukanya berkerut. "How old are you?" tanya Dr Wong. "I'm 25 years young," jawab aku cuba berjenaka tapi muka Dr Wong semakin berkerut. "You're still young but your results...haiyaaa mou lan yong," keluh Dr Wong.

Dr Wong menjelaskan satu persatu hasil ujian yang dijalankan. Masalah pertama; kolestrol yang tinggi. Ini memang telah aku jangka kerana aku hari2 makan lauk yang berasaskan ayam. Penuh minyak serta peluh mamak yang menyelaputi makanan bergoreng aku. Itu tidak termasuk fast food yang dibaham, ditambah pula dengan serangan Domino's di waktu malam.

Masalah kedua, fatty liver. Apa itu fatty liver? Mengapa aku ada fatty liver? Adakah kerana aku peminat Liverpool? (jenaka sambilan). Fatty liver berlaku herana hati aku telah mengumpul amaun lemak yang sangat banyak di dalam sel hati. Walaupun aku tidak mengambil alkohol dan memakai minyak wangi beralkohol, hati aku menjadi besar dan tidak sihat kerana pengambilan karbohidrat dan lemak yang berlebihan setiap hari. Keadaan menjadi lebih bangsat kerana aku sudah tidak aktif mengeluarkan sperma peluh seperti dahulu. So please guys, now that you know, do not call me boroi again. It's fatty liver okay?

Dr Wong memberi perskripsi ubat hati serta menasihatkan aku untuk menjalankan ujian selepas 2 minggu. Sementara itu, dia menasihatkan aku agar mengubah gaya hidup serta meminta nasihat bagaimana aku still boleh maintain kehenseman wajah aku walaupun ada kolestrol yang tinggi. What the what??

Aku keluar dengan wajah yang sugul. Terus bertaubat nasuha aku ketika itu. Betaubat ada syarat-syaratnya. Jika kita melanggar syarat-syarat ini maka tidak sahla taubatnya (usrah sambilan). Syarat-syarat taubat nasuha dari segi pemakanan:
1) Meninggalkan amalan membaham peha ayam goreng berempah.
2) Menyesali pembahaman peha ayam goreng berempah.
3) Berjanji untuk tidak membaham peha ayam goreng berempah lagi.

Maka apakah tindakan aku untuk mengatasi masalah ini? Sila klik Read More untuk melihat keazaman aku.


Behold, gajet terbaru aku, Treadmill Touch 3GS. Apa kelas beli henpon sampai dua ribu ringgit bukannya boleh mengurangkan kolestrol pun. Walaupun menggunakan 100% duit mama aku, aku yakin aku dapat mengembalikan zaman kegemilangan four pack aku seperti di Uniten dahulu. Aku memang betul-betul serius kali ini. Walaupun sesi pertama aku hanya mampu bertahan 5 minit sebelum muntah-muntah keluar sayur(aku exaggerate je ni), prestasi aku kini semakin mantap dengan kemampuan bertahan untuk at least 10 minit berlari-lari anak sebelum kembali muntah. Tetapi 10 minit aku berlari apsal 20 kalori je yang dibakar? Peluh memang mengalir deras dari ketiak aku yang berbau Avon itu. Aku tidak percaya sangat dengan mesin ini kerana mesin-mesin ini mungkin dibuat oleh Skynet. Mungkin aku harus menambah speed dan intensity. Selepas membuat latihan kardio, aku teruskan dengan sit up untuk kesihatan perut dan mengangkat berat (10 kg).


Treadmill ini berjenama HP. Eh? Panelnya menggunakan teknologi Touch & Go, serta dilengkapi dengan WiFi dan kamera 2 megapixel.


Mesin ini juka mempunyai kebolehan untuk berurut tradisional. Kita boleh pilih gambar gadis pilihan serta bangsa yang kita mahu untuk mengurut kita. Kalau sapa yang kena santau nak berubat kat sini pun boleh.


Lihatlah keazaman aku. Aku akan berusaha untuk kembali mendapatkan figura Malaya aku.

Tetapi senaman sahaja tanpa diet yang seimbang tidak boleh juga bukan? Entri Gaya Hidup Yang Sihat: Diet akan menyusul di masa hadapan. Ingatlah para pembaca, Aaaaaamalkan hidup secara sihat dapat menghindar daaaari Aidsssss (menyanyi).



7 comments:

finaz said...

selamat mengamalkan gaya hidup sihat.. hehe

bulan puasa makan nasi sepinggan je ok.. xleh tambah. gerenti u kurus..

Eliza said...

nampak benor posing gambo yang satu tu..Snow cap tak tinggal wei...

Mohamad Faizal said...

finaz: bulan puasa saya tak makan nasik berbuka kurma yusof haslam je

eliza: memangla kena posing dah diorang lantik saya menjadi duta produk mereka

hUdArLiNg said...

peh. i datang nak pinjam alat tu boleh? hehe

Anonymous said...

Mak aii ijai..main treadmill pkai baju liverpool yeh? hahaha

aku suggest go for skipping...lagi banyak kuar peluh...cheers..

-fandy-

Mohamad Faizal said...

huda: lepas saya ada 4 pack baru boleh pinjam

fandy: aku semua aktiviti pakai baju liverpool. berak, solat, bekerja mahupun bersedekah.

nanti aku skipping atas treadmill. lagi berkesan bukan?

Hectorvfnh said...

selamat mengamalkan gaya hidup sihat.. hehe bulan puasa makan nasi sepinggan je ok.. xleh tambah. gerenti u kurus..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...