Monday, August 31, 2009

Jawapan Kepada Persoalan Gadis-gadis

Hai gadis-gadis. Masa yang ditunggu telah tiba. Keraguan yang berenang-renang dalam hormon estrogen korang kini akan terhapus. Di sini saya telah menjemput beberapa orang ahli panel yang dijemput khas untuk menjawab soalan-soalan membunuh daripada korang gadis-gadis berdasarkan pengalaman serta status masing-masing. Apa kata kita berkenalan dulu dengan ahli-ahli panel.



Dari kiri:

1) Aku. Aku ni sejak masuk surat khabar Kosmo semakin meningkat pulak kepopularitian aku. Berduyun-duyun telegram yang aku terima mostly sebab nak minta tips bagaimana hendak menonjolkan cahaya keimanan di wajah.

2) Ahmad Shuhud Irfani. Dikenali sebagai Abe di kalangan arbok-arbok di Bangi. Abe mempunyai kebolehan untuk mengecam identiti mayat pengganas berani mati berdasarkan rekod pergigian mereka.

3) Khairul Afandi.Status: Bertunang. Namun status pertunangannya itu selalu disalahgunakan untuk ringan-ringan.

4) Adam Johari. Status: Berkahwin. Merupakan orang pertama dalam geng Bangi yang melangsungkan perkahwinan, namun begitu kadar persetubuhan yang dilakukan boleh dibilang dengan jari kaki kerana berjauhan dengan isteri.

5) Amir Rashidi @ Apai. Status: Baru berkahwin. Siang malam pagi petang berbuka bersahur mempraktikkan apa yang telah ditontonnya semasa muda-muda dahulu sehinggalah membuahkan hasil mendapat Geordie Jr.

Jantan-jantan ini akan membantu korang gadis-gadis untuk memahami isi hati serta perlakuan abnormal seorang lelaki. Sila klik Read More untuk mengetahui jawapan kepada persoalan gadis-gadis dalam entry yang lalu. Btw siapa yang tidak meletakkan nama (anonymous) tempoh hari akan diberi nama samaran bagi melindungi identiti mereka.

Soalan 1

Kenapakah lelaki kalau nampak perempuan yang cun banyang, kepala mereka akan terteleng-teleng, tetapi apabila melihat perempuan yang alakadar sahaja, hujung mata pun tidak mahu bergerak?

Tedi, Masjid Tanah


Amir Rashidi menjawab:

Lumrah alam, yang cantik dan indah tuh mesti outstanding dari yg lain2.....Same laa mcm perempuan, kalau laki tak hensem mesti diorg tak nak layan malah mungkin akan dituduh suka pecah rumah org, perogol berselari dan pelbagai lagi anasir jahat.

Soalan 2

Camne nak tau kalau lelaki tu betul2 minat kat a girl atau tidak? I have this one guy, for the past few years we have been friends, sometimes dia macam tunjuk yang dia syok kat I. tapi kekadang tu dia buat bodoh jer.. camno ni? Ape signals yang selalunya lelaki buat that shows he is into that girl? And apesal dia mcm suka main tarik2 tali? Sekian.

Gadis bingung, Sungai Merab


Khairul Afandi menjawab:

Typically, lelaki yg suke akan seseorang perempuan itu akan menjadi lelaki seperti yg berikut:
- suka membuat sesuatu yg berkaitan dgn perempuan yg diminati (kerja kumpulan mesti nk satu geng)
- selalu curious tentang anda (asik nk tanye mcm2 je hal perempuan yg dia suke tu tak kire la tanye direct atau melalui rakan2)
- pendengar yg setia (suke je dengar ape pompuan tu mrepek atau berleter atau bercerita tentang kucing kesayangannya)
- suka buat kelakar bagi perempuan tu gelak..(kalau yg jenis kelakar la ade gak lelaki jenis ketat nak ngurat pmpuan aku taktau hehe)
- sanggup dia tinggalkan rakan2 die ajak melepak dan sebagainya..itu tandanya dia sudah bersedia utk memulakan perhubungan yg serius dgn anda..tp lps dia dpt anda jgn kecil hati jika dia kembali kepada rakan2nya sekejap mungkin untuk melepaskan tekanan yg anda berikan hehe..
- meminta maaf kepada anda jika ada kesalahan dgn mudah sahaja (nak amik hati r hehe..lelaki kalau tak suka seseorang perempuan memang liat nak cakap i'm sorry pon)
- dan yang terakhir tanda2nya ialah on time apabila bertemu janji keluar makan atau menonton wayang..itu maknanya dia memang nk sangat2 berada disisi anda dan tak mahu sesaat pun rugi.

* lelaki mengurat perempuan ibarat memancing ikan..kalau dah dapat ikan (berkenalan), maka proses tarik pancing tu akan memakan masa..kalau tarik punya tarik ikan melawan memang syok maknanya nak dpt ikan besar (respon byk menunjukkan perempuan tu minat gak kat laki tu)..tapi kalau tarik senang je ringan nak syok amendenya..silap2 dpt stokin je..(maknanya respon perempuan amat bermakna untuk lelaki ambil langkah seterusnya)

Nota editor: Hoi Fandi PANJANG betul kau tulis. Usah berselindung di sebalik istilah ‘main tarik2 tali’. Maybe he’s just not that into you. Realiti memang pedih. Jika anda minat jejaka itu, tak perlu tunggu dia. Lelaki sebenarnya mahu juga dingurat.

Soalan 3

Nape laki selalu rase diri sendiri hensem?

Zati Hazira, Seri Kembangan


Ahmad Shuhud menjawab:

Ciptaan Tuhan semuanya indah2 dan hensem2 belaka. Tahap kehenseman seseorang adalah subjektif. Mungkin di mata tunang Fandi(aku tak tahu nama) Fandilah paling hensem..di mata kami Fandi hanyalah lelaki boroi..(ni kau nak edit pun takpe..haha) samalah macam gadis2 yang merasakan mereka cantik..

Soalan 4

Asal lelaki nih dia cakap je tapi tak buat and diorang fikir tak nak kawen ngn kita ke couple je sesedap rasa tp takde niat nak kawen ngn kita?macam mana nak taw semua itu? Kalau nk tanye malu;p

Gadis pemalu, Miri


Adam Johari menjawab:


Shikin tak stuju ngan jawapan aku... tapi ni lah yang aku rase. knape plak kalau kite couple ngan orang tu kite kene kahwin ngan die? aku rase tak salah kalau lelaki nak berfoya foya dulu. unless aaa kite dah cakap... "nanti in the future kite kahwin eh :) ". kalau camtu memang lelaki tu miang gile. cmane kalau kite couple ngan orang tu, skali dah lame skit dalam alam bf/gf kite sedar that the girl tu is not THE ONE?

Aku rase aaa, kalau dah jadi bf/gf cukup lame (3 years) kalau salah sorang rase yang diorang taknak kahwin baik cakap awal awal. jangan heret heret. but still, even kalau dah lame dengan orang tu, kau kene be honest with yourself, are you happy? Dalam kes aku memang senang je. aku memang dah happy so kahwin ah.

Soalan 5

Betul ke it's ok for a woman to make the first move? ke memang korang akan pandang ia sebagai desperate and then laugh behind our backs?

Gadis ingin tahu, Gombak


Aku menjawab:

Desperate? Kenyataan anda memang salah sekali. Kami lelaki mempunyai nafsu serakah juga. Kami ingin dihadiahkan kad-kad yang sweet berserta puisi indah. Kami ingin diburu, di stalk, di miss call serta dihantar ubat guna-guna. Kecuali teddy bear. Jangan sekali-kali hadiahkan kami teddy bear terutamanya di khalayak ramai. The only time where we will laugh behind your back is when your back is berbulu lebat.

Soalan 6:


Bilakah dr. shuduh akan bawak gadis dia balik jumpa mama dan abah?

Idlan Z, Colchester


Ahmad Shuhud menjawab:

haha..rilek2 dulu..baru suprise..haha..

Nota editor: Abe mana ada girlfriend. Itu sekadar gadis imajinasi dia sahaja. Tiada seorang pun yang pernah melihat gadisnya kecuali Fandi. Itu pun Abe main tunjuk dari jarak 50 meter.

Soalan 7:

bila encik faizal al-kacaki nak kawen ngn gadis anda?tak takot dia lari diambil org ke?kalau bf saya lambat nak kawen ngn saya mesti saya mempertikaikan kesetiaan dia and lagi satu perempuan tanak org call her andartu taw.25 thn cutpoint bg saya.tp saya belom 25 thn.24 pon belom.23 lagi belom;)

Gadis cemas, Temerloh.


Aku menjawab:

Saya nak berkahwin dengan gadis saya secepat yang mungkin. Mama kata duit kenduri dah ada. Tengoklah lagi setahun dua ke nanti bagila alamat nanti saya jemput. Btw anda tidak boleh mempertikaikan kesetiaan kami kerana kami tensen nak membahagikan wang untuk anda, PS3, bayar PTPTN, bayar duit kereta, bayar fidyah puasa tahun lepas lagi. Aihh.

Soalan 8:


nape norman hakim dah ade isteri lawa2 nk plak kat memey yg rase nak pijak lumat2 tuh?lelaki hilang rasa suka kat bini ke bila bini dia sdg mengandung or baru lepas b'salin?bnyk cantik hbs madu sepah dibuang!

Abby Abadi, Kampung Baru


Sally menjawab:


Haiii uolsss. Awww gelenyah la nak suruh mak jawab. Eiii memang puaka kubor memey tu ingatkan dia tu vogue de vass sangatlahh hiiiii memang mak nak paku leher pontianak tu biar jadi hodoh.

Nota editor: Sally ni tak puasa ke mengutuk orang. Btw lelaki tetap sayangkan bini dia ketika mengandung, Yang buat lelaki lari ialah jika korang memakai bedak sejuk dan tidak shave bulu ketiak. Cuma korang janganla mengidam benda yang bukan2 macam buah khuldi mana nak cari.

Soalan 9:

secara statistiknya apakah kebarangkalian menemui lelaki (irrespective of his sexual orientation) yang x pernah plok plok di dunia ini?

Gadis curiga, Birmingham


Amir Rashidi menjawab:


Kebarangkaliannya adalah 1/1000. Kenyataan ini dikuatkan lagi dengan statistik 4/5 rakan tablighku yg gemar ke masjid sri petaling juga tidak dapat menghindari gejala ini.

Nota editor: Even Dazu yang innocent macam Spock pun plok plok kan Dazu?

Soalan 10:


Apa yang menyebabkan lelaki ingin berkahwin?

Gadis tak sabar nak kahwin, Putrajaya


Kami menjawab:

Persetubuhan.

Tazkirah daripada Adam:

“Dikahwini wanita itu (untuk dijadikan isteri) kerana empat perkara iaitu harta kekayaannya,keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka utamakanlah (dalam pemilihanmu itu) wanita yang kuat beragama, nescaya sejahtera hidupmu”
(Riwayat Bukhari dan Muslim).

1. Keturunan die.
2. Rupa paras dia.
3. Harta dia.
4. Agama dia.

die tak sebut pasal cinta dalam hadith ni sebab dalam Islam kite patut bercinta selepas kahwin dan tak berfoya foya dulu. tapi apakan daya... budak budak zaman skarang.

Soalan 11:

Apakah yang tertera pada baju family guy encik faizal?



Bagaimana? Puas hati dengan jawapan kami? Diharapkan selepas ini korang gadis-gadis akan lebih memahami kami sang lelaki dan tidak asyik nak membebel je 22 jam. Berilah kami peluang minum di maplay sekali sekala. Jika gadis-gadis tidak bersetuju dengan jawapan yang kami berikan, atau ada soalan-soalan lain yang ingin kami jawab, sila letakkan di ruangan komen. Kami akan menjawabnya dengan penuh kejantanan di ruangan soal jawab yang akan datang. Thanks!




16 comments:

Anonymous said...

gile ah jai. cmane kau ade mase nak buat semue bende ni.

adam

sI tEDI said...

okey! Okey! aku terima jawapan tu!

eh mana kau tahu aku duduk masjid tanah??
ini buat aku kompius sebab macam dah dekat dgn rumah aku je masjid tanah tu!

gadis bingung, sg. merab said...

terima kasih fandi and ijai di atas jawapan anda.. hehe i likeee.. !!

out of 7 signs yang disenaraikan, 4 adalah betul.. the rest 3 adalah tidak tau sebab we have never been out on a date before..

tapi nota editor tu adalah sangat pedih.. satu lagi soalan, how long should i wait for this guy? 3 yrs tak rasa lama sgt ke? should i start to forget him and move on with my life? (tapi i sebenarnya taknakkkk.. sbb dia menepati almost semua kriteria yang i suka in a guy).. huhuh sedihnya..

p.s: ijai nanti buatlah lagi entry mcmni.. hehe

Anonymous said...

gambar entri yang amat menarik..


p/s: macam aku pernah tgk je gambar t shirt family guy tu..baju kedah jamil kau tak pulang lagi kan..


-shuhud-

Anonymous said...

utk gadis bingung,sg merab..

ajak la si lelaki berbuka puasa bersama2 sebagai langkah pertama date anda..lepas tu suruh dia jadi imam terawih..


-shuhud-

syun said...

Lelaki tetap sayangkan bini dia ketika mengandung??
Apa yg berlaku dgn Nora Danish tu..Suami dia tinggalkan dia time dia pregnant..Jawab jng x jawab..

Mohamad Faizal said...

adam: aku ponteng terawih tulis blog ah. jangan ponteng terawih tengok porn pulak. bersedia untuk episod kedua nanti aku emel soalan lagi haa haa

tedi: sebab dulu aku duduk kat londang, masjid tanah

gadis bingung: tengokla cerita he's just not into you

abe: jamil dah tak muat baju kedah dia haa haa

chua shi yun: soalan anda akan dijawab dalam episod yang akan datang, tungguuuuuuuuu.

tanyala lagi soalan kewanitaan jika ada soalan kewanitaan baru ada episod 2

Anonymous said...

1/1000 orang yang tak ceploit ceploit. mamat tu mesti loser gile. hahaha.


adam

gadis bingung, sg. merab said...

hihihi malu laaaa nak ajak dia keluar.. and satu lagi i've learnt my lesson well - never be the first one to ask a guy out !! dah penah terkena skali ok.. terus trauma.. taknak dahhh !! never again.. hmmph

Anonymous said...

ak stuju ngn adam mamat 1/1000 tu mst loser gile hehe..

faizal:ponteng terawih adalah amalan faizal skrg..tapi klo de kosmo dtg msjid nk rakam org slt trwh sure ijai de hehe..

syun:sila selidik dlu ltr blkg nora danish..

gadis bingung,sg merab:
sumtimes wut u want isn't alwaz wut u get,but in d end wut u get is so much better den wut u wanted..life is fun so take a look around coz love isn't bout finding da right person, but creating a right rltnship..it's not bout how much love u have in da beginning but how much love u build till d end..

-fandi-

Anonymous said...

plok2 tu ape. peluk ke?

-zatimalasnaksignin-

Anonymous said...

aku baru break up dgn bf aku. aku stat dgn dia as a fren. tp sbb dah break up terus tak berkawan. sedih siot hilang kawan. apsal lelaki ni cam ego gila ajak jumpa as a fren pon tanak. bukan ajak kuar dua2 pon. secara berjemaah. macam running away la kiranya. tp still msg aku cam biasa. gi holiday pon belikan aku hadiah lagi. apakah maksudnya semua itu?(mungkin dia tiada niat lain, mungkin aku perasan owh malu)

kalau lelaki cakap sesuatu wajar ke kita percaya. sebab lepas break up aku semacam trauma dgn lelaki. dgn adik aku pon aku skeptikal. macam talks are cheap. duhh~

gadistakpaham, putrajaya

Anonymous said...

memang memuaskan hati jawapan itu. rupa iras makhluk asing bukanlah alasan untuk berhobi plok plok. tapi sempena ramadhan mulia ini diharapkan encik spock tidak plok plok kemudian menjadikan alasan bermusafir balik berhari raya sebagai alasan mengqada' puasa.

Anonymous said...

pergh fendi..
kata2 penuh semangat percintaan..novel cinta mane yang kau cedok ayat ni??haha..


-shuhud-

Anonymous said...

cayalah, best agent Datacom..Best agent Teletech? hehe
-aku bkn anggota kumpulan KRU-

Anonymous said...

haha baru ko tau be ak ni seorang yg puitis jugak tau =P..btol ke ak ckp puitis??puitis tu hape??mcm penghasil puisi btol ke??haha..

-fandi-

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...