Wednesday, August 5, 2009

Lunch at Tony Ramos (this is not a typo)

Ahh hari Isnin. Hari yang meletihkan kerana hari Isnin merupakan hari yang aku menjadi pekerja yang paling rajin. Oleh kerana aku tidak bekerja pada hari Sabtu dan Ahad, maka orang-orang Aussie yang tidak celik IT akan mengumpulkan masalah-masalah komputer mereka selama 2 hari dan kemudian dihumban sekaligus untuk aku selesaikan pada hari Isnin. Sedang aku bertungkus lumus mendidik pelanggan Maikrosof, tiba-tiba lagu 'Aids Membawa Bencana' berkumandang di telefon bimbit aku. Eh itu ringtone untuk Shuhud. Shuhud atau nama racistnya Abe tiba-tiba mengajak aku keluar membaham bersama di Pavilion. Fandi pun sama ada. Apahal diorang ni ponteng kerja ke. Anyway memandangkan waktu bekerja aku yang feleksibel serta janji manis yang dilontarkan kata nak belanja aku, aku pun memaksala mereka mengambil aku di pejabat.

Diorang ni memang dasar orang kampung Bangi, nak berlagak tahu jalan di kotaraya durjana Kuala Lumpur pula. Aku cakap pejabat aku berhampiran Pavilion di Jalan Raja Chulan, entah macamana diorang sesat sampat ke Tugu Negara. Setelah penat aku carutkan diorang di dalam telefon, akhirnya mereka tiba selepas 45 minit sesat. Berpeluh ketiak aku menanti. Kemudian kami mengambil pensyarah cantik dari UniKl, Miss da' Killa untuk membaham bersama. Huiii bajet kool la pelajar2 UniKl menghisap rokok di kawasan kampus sambil mencarut-carut. Adik-adik harus ingat yuran pengajian mak bapak yang bayar takpun pinjam kat ah long melayu (ptptn). Sudah. Kami pun menujula ke Pavilion. Sila klik Read More untuk terus membaca.

Kami mahukan lunch yang pantas dan murah sebab ramai pesakit di ambang maut menanti Abe untuk mencabut gigi so tak boleh lepak lama-lama, maka kami pun bersetuju untuk membaham di Pastamania. Penat juga kami tawaf tetapi entah mengapa tidak jumpa, rupa-rupanya telah muflis. What the whattt rasanya macam baru beberapa minggu lepas aku membaham di sana. Cis.

Kemudian Fandi memberi cadangan, "Kita makan kat Tony Ramos nak?". Tony Ramos? Mungkin Fandi berjenaka. Anyway kami semua bersetuju kerana gaji baru masuk. Aku pun tidak pernah menjejakkan kaki mahupun lidah di sini so mahu juga cuba walaupun aku tahu harga makanannya lebih mahal 15 ringgit daripada makanan di Restoran Yus.

Again, oleh kerana kami mahu pantas dan cepat, kami hanya memesan apa yang tertera di set lunch. Mungkin lain kali baru kami memesan the 'world's famous ribs'. Aku memesan Cheesy Burger.Beef pattynya memang besaq dan juicy. Disaluti dengan 2 keping cheese yang berbeza iaitu cislake kau dan cis bedebah. Sempat juga aku menyelitkan jenaka lucu di situ hee hee kelakarnya aku. Harga dia RM22.90. Saiznya besar lebih kurang full cup C, so tak usah risau korang pasti kenyang.



Abe pula memesan Chicken Alfredo Del Piero. Apa entah nama betul dia. Hidangannya terdiri daripada pasta yang lemak berkerim yang pasti membuatkan korang mual jika dibaham dalam kuantiti yang banyak serta dihiasi dengan cebisan-cebisan ayam yang disaluti sos rahsia. Memang banyak portionnya dan Abe membazir je tak habis.



Fandi dari tadi asyik sebut Tony Ramos kami ingat dia berjenaka rupa-rupanya memang dia ingatkan nama restoran ini Tony Ramos. Biasalah kita ni memang dasar orang kampung Bangi (haa haa). Anyway Fandi memesan Grilled Lamb Chop. Alahai besar jari telunjuk Syanie je seketul. Berisi, berlemak, tetapi pendek dan kecil. Memang tidak kenyanglah dia itu yang dia membaham makanan orang lain tu. Tak mengapa. Harga hidangan ini ialah RM33.90.



da' Killa pula memesan mee udang itali. Apatah nama saintifik dia. Portion dia memang banyak. Udang dia pun super banyak, malah udang dia masih segar dan ada yang masih hidup siap bergerak-gerak lagi. Cara yang betul untuk membahamnya (menurut kata waiter) ialah mengetuk udang itu dengan sudu sehingga dia berhenti menggelupur lalu digigit bahagian punggungnya dahulu. Kalau tipu waiter tu tipula aku.



Ahh kenyang. Kesimpulannya, adakah worth it membelanjakan total RM150 ringgit di sini? Hmm let's see, kami stuck di situ selama lebih 30 minit akibat system down tak dapat mengeluarkan bil, last-last kira mapley jugak. To be fair, makanan dia boleh tahan walaupun aku akui harganya memang mahal. Mungkin kami harus memberi peluang kepada restoran ini dengan memesan steak yang ganas pula satu hari nanti barulah Tony Ramos eh Tony Roma's yang sebenar.


Wajah buruk lantak Abe dan Fandi. Sori Finaz diorang dan berpunya.



5 comments:

Anonymous said...

kecik gile portion... mapley bangi je jai. ataupun kopitiam kawan (restoran cilake)

adam

finaz said...

hahahaha.. nama i jugakkk yg disebut..

i xpenah makan kat sini..sbb haritu ada dgr rumours daging kat situ xsembelih secara halal.. anyway urs and datillah punya nampak mcm sedap

QilahLala said...

pastamania dah tutup? biarbetul ijai.. ramai org kat situ.. sabtu ni i gi tgk.. btw, da tgk setem? review sikit..

Mohamad Faizal said...

adam: babi kau pakcik bapuk (masih menyimpan dendam)

finaz: takpa kita makan saja tanpa was was

lala: betul la da tutup tadi baru i pegi....setem tak tengok lagi tapi masa skolah rendah i ada mengumpul setem nak tengok tak album setem saya

luca d' jiwa said...

go for tony roma's rib bro! berbaloi-baloi!

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...