Saturday, August 29, 2009

Mengapa Aku Lebih Popular Daripada Norman Hakim


Anda boleh baca artikelnya di sini.

Sila klik Read More untuk mendapatkan tandatangan aku.

Manusia boleh menjadi terkenal disebabkan keaibannya, ataupun disebabkan kebaikan yang dilakukannya di dunia yang bersifat sementara ini. Aku merasa berbesar hati dapat menjadi contoh yang baik kepada umat manusia di serata dunia yang mungkin akan tergerak hati untuk turut pergi ke solat Jumaat walaupun dalam keadaan panas terik di bulan Ramadan setelah melihat gambar di atas.

Buat Norman Hakim yang hanya dipaparkan dalam mukasurat 9 akhbar Kosmo(aku keluar di rencana utama mukasurat 2), diharapkan anda dapat mengambil iktibar daripada gambar yang dipaparkan, dan kahwinlah dengan Memey cepat-cepat untuk mengelak fitnah daripada masyarakat. Kemudian anda boleh pergi menunaikan solat Jumaat dengan tenang seperti gambar aku di atas yang nampak khusyuk walaupun ada orang mengambil gambar.

Mungkin kita perlu close up sedikit untuk membuatkan orang ramai lebih insaf dan terus berazam untuk menunaikan solat Jumaat minggu hadapan. Maaf aku tiada mesin pengimbas so hanya gunakan kamera digital sahaja.


Okla kita bagila peluang untuk orang yang lain mengecapi kepopularitian bersama. No 1 ialah Mohd Nizam bin Zainuddin, rakan sekerja aku yang ternyata bertuah dapat memasuki suratkhabar buat kali pertama. No 2 pun kebetulan je bertuah sama kerana aku memaksa dia untuk solat bersama. Muhammad Faisal bin Habeeb rakan sekerja aku juga tapi dia macam liat sikit nak suruh solat tapi dia terer main Soulcalibur. No 3 ialah abang kedai runcit di Menara Olympia.

Selamat menyambut Ramadan kawan-kawan. Saya mengharapkan agar rakan-rakan akan pergi solat Jumaat dengan ikhlas, bukan kerana mengharapkan dapat masuk surat khabar. Buat kumpulan Rabbani yang menghubungi saya untuk menggantikan arwah Ustaz Asri setelah melihat gambar saya di Kosmo, saya terpaksa tolak lamaran tuan-tuan sekalian kerana saya ingin menumpukan perhatian dalam talk show Ramadan saya. Assalamualaikum semua.

p/s: jika anda mendapatkan akhbar Kosmo hari ini, anda mungkin bertuah kerana ada cetakan Kosmo limited edition yang dilengkapi tandatangan saya sekali.



9 comments:

Muaz said...

Aku memang tergerak hati dah nak gi semayang jumaat kat masjid jamek semalam sebab aku nak gi muzium telekom kejap.. tetiba tak jadi lak.. kalau tak bleh masuk paper skali... hahaha

bazlur takde skali ke? hehe :p

JuSTin♥cHaoS^guRL said...

hey aku telah berjaya memasuki paper....patut la aku terperasan mamat yang memegang kamera seblum mengangkat takbiratul ihram.rupenye hendak mengambil gambar kite...hehehe...konfem photographer tu x solat...

<< s| tED| >> said...

kamu ada org dalam ke ijai jat surat khabar kosmo tu.. ekekek...

pape pun coollah.. termasuk abg kedai runcit tu..

eh eh!! buat justin chaos gurl...
konfem cameraman tu x solat di masjid. tetapi kemungkinan dia solat di opis atau di rumah. Think positif!!

Anonymous said...

semayang kat kaki lima...adekah lambat tiba?

dazu

M Fitri Husin said...

bukan lambat tiba. setelah satu opis mengajak/bertazkirah, dgn bermuka masam baru la die pegi. tu pun pukul 1.15 still buat alasan nak reply email.

beginilah manusia. masuk paper skali x justify ponteng berkali2.

Anonymous said...

nmpk sgt pegi tak ikhlas..pegi lambat balik cepat..ckp syarat je khutbah abaikan hehe..

-fandi-

King Faisal said...
This comment has been removed by the author.
King Faisal said...

Hi Encik Faizal Rosly. Bila masa plak ko paksa aku Sembahyang. Aku sememangnya sudah bersedia utk menunaikan solat pd hari Jumaat lalu dan juga tiap tiap hari :). Ko nampak tak baju melayu yg aku pakai. Standby ready bro . . .
Anyway thanks to Kosmo team for the article and the pics.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0829&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm

Mohamad Faizal said...

muaz: bazlur kecil sangat tak nampak HAA HAA

nizam: biar masuk paper beribadat, jangan sebab masuk paper sebab ditangkap berkhalwat

tedi: kameraman tu memang tak solat sebab dia cina.

dazu: bukan lambat tiba, tetapi khutbah abis awal. brani kau nak mengesyaki aku dazu

fitri: cis masuk paper sekali membuatkan orang2 seperti kau insaf lalu berazam untuk menjadi cemerlang dalam menunaikan solat seperti aku.

fandi: apa bukti kau solat jumaat? ada gambar dalam suratkhabar tak?

faisal habeeb: alah baju melayu tidak melambangkan keimanan. jika benar kau beriman cuba sebutkan rukun iman satu persatu

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...