Thursday, August 20, 2009

PS3 Tanpa Kolestrol

Hari Isnin adalah hari yang paling cikai mak lampir kerana kerja berlambak-lambak di pejabat. Cara aku melempiaskan nafsu amarah adalah dengan membazirkan bandwidth pejabat dengan melayari laman web yang tidak sepatutnya di waktu bekerja seperti blog rakan-rakan, membuat kajian perpindahan pemain di fantasy.premierleague.com, ataupun menonton review permainan video di gamespot.com. Sedang aku sibuk menonton preview Dj Hero, tiba-tiba mata aku tertumpu pada satu artikel; PS3 Slim. Elokla tu, aku sibuk nak slimkan perut depa pun nak slim jugak.


picture credit: Playstation.Blog

OMG. Aku sudah bercadang untuk mengepow PS3 sebagai hadiah hantaran, akan tetapi nampaknya aku tidak mampu bertahan dan aku kini memasang keazaman yang tinggi untuk memilikinya sebaik sahaja dirilis di sini pada bulan hadapan (well mungkin lambat sikit sampai di sini). Click Read More please.

Aku sebenarnya sudah lama bercadang untuk mendapatkan PS3 kerana aku ingin membelasah kanak-kanak antarabangsa bermain Soulcalibur ataupun Fifa secara online dengan percuma. Akan tetapi, faktor kewangan menjadi penghalang untuk aku meneruskan niat suci aku itu. Bukan tidak mampu, tetapi aku harus berjimat cermat mengumpul wang untuk pergi haji. Eh. Kini, wang bukanlah alasan lagi kerana Sony telah memotong harga PS3 kepada $299 ataupun lebih kurang RM1000 untuk PS3 Slim 120 GB. Itu memang tawaran yang super hebat.


PS3 gemuk dan kurus

Aku kerja dengan Maikrosof, mestilah menjadi fanboy 360 kan. Akan tetapi RM1000+ untuk konsol yang memiliki kebolehan Blu Ray, WiFi dalaman, dan cakera keras 120 GB memang sungguh berbaloi. Mungkin korang kata game PS3 mahal tetapi itu bukanlah masalah kerana ramai teman-teman aku yang memiliki PS3 seperti Abe, Dazu, Arul, Fandy, dan Mamat Maskawaih so aku akan pinjam sahaja game mereka lepas itu pura-pura hilang ingatan tak perlu pulangkan. Besides, aku pun mahu juga main permainan eksklusif PS3 seperti MGS4, Little Big Planet, Resistance 2, Infamous and later, God of War 3.

So Babe, kalau I puasa penuh tahun ni, you belikan I PS3 sebagai hadiah hari raya ok? Thanks jelita.

p/s: btw, ada sesiapa yang berminat untuk membeli 360 lama aku yang sedang menghidap influenza A (RROD)? Korang pegila repair sendiri. Ada rakan sepejabat sudah book tapi aku anytime boleh belot dia jika korang tawarkan harga yang lebih tinggi hua hua hee.





6 comments:

Anonymous said...

yeah jai..
jom join ps3 club..beli je tanpa berfikir panjang..
xbox kau rosak ke zul yg pegi tarik wayar sampai tercabut?? haa haa..

p/s:game koudelka aku mesti kau masih simpan kan..mahal tu aku beli 4cd dowh..


-shuhud-

Anonymous said...

ade kes tbaru yg ak tak tau ke?zul rosakkan 360 ijai ke?cmne nak jamming ni..tidakkkkk.. =P..

-fandi-

Anonymous said...

RROD datang balik ke jai?

jai.... apai akan jadi ayah ke? gile ah

adam

Mohamad Faizal said...

abe: aku akan beli tanpa berfikir panjang bulan depan. koudelka kau bukan main pun aku at least sampai disc 3.

fandi: zul memang keji dahla tak bayar duit transformers aku. kau pun keji tak gelapkan duit tony ramos kami

adam: tu xbox lama ah. xbox baru masih sihat walafiat.

hari-hari bersetubuh pasti membuahkan hasil. bagaimana kau tahu ni kami masih lagi merahsiakannya perkara ini daripada zul

Anonymous said...

apai buktikan dia lelaki sejati..haha..
kau bile lagi adam??

-shuhud-

Anonymous said...

apai nk jadi ayah??haha siyes xleh bayang ak camne gaya dia dukung anak haha..mst anak apai ade janggut lebat semasa lahir nanti hehe..adam ko kene blajar ngn apai camne posisi yg membuahkan hasil haha..

-fandi-

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...