Tuesday, August 25, 2009

Sesi Soal Jawab Ramadan bersama Ustaz Faizal: Episod ke-2

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Alhamdulillah, rancangan soal jawab agama ini mendapat liputan yang meluas sehinggakan dicetak semula dalam majalah Cleo, akhbar Harakah serta yang paling hebat, majalah ROTTW. Seperti yang dijanjikan, hari ini ana (saya) akan menjelaskan kegusaran para pembaca yang telah menghantar soalan-soalan fekah pada episod satu dan tidak kurangnya yang menghantar telegram dan emel untuk mendapatkan kepastian tentang bulan Ramadan khususnya. Ayuh kita kupas isu yang pertama.

Soalan 1:

assalamualaikom ustaz,

apekah hukumnya meletakkan gambar2 makanan yang menggiurkan di blog sempena bulan ramadhan?

zati gadis keliru, Merlimau.


Jawapan:

Waalaikumsalamwarahmatullah. Hukumnya harus. Tiada salahnya meletakkan gambar makanan seperti karipap sardin dan buah-buahan, melainkan gambar buah yang menggiurkan itu adalah gambar buah dada Sally. Segalanya bergantung kepada diri sendiri. Kita boleh mengawal apa yang hendak dilihat di laman web ataupun keadaan persekitaran. Jika kita tahu tahap keimanan kita berada di bawah paras air laut, usahlah mengada-ngada ingin melihat gambar makanan ataupun pornografi.

Sila klik Read More untuk mengupas persoalan seterusnya.

Soalan 2:


Kat ofis aku..persoalan nombor satu sering didebatkan....mengapa bangang sgt kita perlu berpuase selama 2bulan berturut2....walhal kita hanya perlu meneguk air masak sebelum bersetubuh di siang hari bulan ramadan?? kan hanya perlu ganti satu hari aje....

Jejaka gusar, Rompin


Jawapan:

Hukum kaffarah hanya jatuh apabila puasa kita masih 'intact'. Sekiranya puasa kita sudah terbatal kerana kita meneguk air masak, maka persetubuhan yang dilakukan selepas itu tidak akan dikenakan kaffarah. Workaround anda memang ada rasionalnya, tetapi sila tanya soalan ini kepada diri sendiri, "Siapa sebenarnya yang kita cuba tipu?"

Soalan 3:

dear ustaz,

seperti yang ustaz sedia maklum,kami kaum wanita diberi cuti selama beberapa hari untuk tidak berpuasa. apakah advice ustaz, jika kami tidak berpuasa dan sangat haus dipejabat. perlukan kami pulang kerumah pada waktu lunch atau dengan selambanya kami pergi minum di bilik tertutup? tolong ustaz.

Huda gadis serba salah, Putrajaya.


Jawapan:

Wanita memang makhluk Tuhan yang istimewa, mempunyai kebolehan untuk menjadi incredible hulk merah setiap bulan. Namun kesempatan ini tidak harus dieksploitasikan. Memang kurang manis jika kita minum di hadapan orang yang berpuasa, so jika boleh sembunyi di belakang orang yang berpuasa lalu minum. Banyak lagi tempat yang boleh digunakan seperti di bawah meja, di dalam tandas (ada banyak air) ataupun turun sahaja ke foodcourt dijamin tiada orang yang berpuasa lepak di situ.

Soalan 4:


Kita ada banyak lagu raya, mengapa tiada satu pun lagu puasa?

Eliza Sherwani Ahmad, Singapura


Jawapan:

Kerana kebanyakan artis-artis tempatan ramai yang tidak puasa menurut laman hiburan oh bulan.com, maka hidayah pun tidak sampai untuk mencipta lagu tentang puasa. Jangan risau, saya kini sedang mengikuti kelas kompang elektrik sebagai persediaan untuk membuat satu lagu tentang puasa. Jangan lupa beli single puasa saya di itunes nanti.

Soalan 5:

Assalamualaikum ustaz,

Saya ingin pergi menunaikan umrah di minggu kedua Ramadan. Akan tetapi saya khuatir saya akan melihat dosa-dosa saya yang boleh tahan banyaknya di hadapan Kaabah nanti. Saya selalu membaca tentang perkara-perkara yang menginsafkan di dalam Mastika...saya gusar ustaz jika saya terlihat gadis melayu bertudung tanpa kain sarung mengejar saya nanti....

J.Fathi, Bank Negara Malaysia


Jawapan:

Waalaikumsalamwarahmatullah. 90% daripada artikel di Mastika sebenarnya adalah hasil karangan kanak-kanak sekolah menengah tingkatan 3 untuk persediaan PMR mereka. Usah percaya sangat dengan kesahihan artikel di Mastika. Akan tetapi, walaupun kisah-kisah yang dipaparkan mungkin sekadar rekaan, adalah penting untuk kita mengambil iktibar di atas apa yang telah berlaku. Perkara pertama yang anda mesti lakukan setelah pulang daripada tempat kerja adalah:
1) Show hidden files and folders
2) Delete hidden folder called 'Sabul'
3) Empty the recycle bin.

Insyallah umrah anda akan berjalan lancar. Jangan lupa untuk doakan kebahagiaan kami di sini.

Soalan 6:

Samir Nasri puasa tak? Kolo Toure bagaimana?

Khairul Afandy, Uniten


Jawapan:
Samir Nasri menggunakan alasan bekerja berat sepanjang tahun untuk mengelakkan diri daripada berpuasa walaupun hakikatnya dia duduk rumah sahaja sekarang kerana cedera. Kolo Toure memang warak orangnya. Malah pemilik Manchester City Khaldoon Al Murtabak yang merupakan seorang muslim telah memaksa keseluruhan 1st teamnya untuk berpuasa bersama bagi menggalakkan dressing room harmony. Kelihatan Craig Bellamy mencarut2 dengan keputusan itu.

Soalan 7:

Assalamualaikum ustaz,

Saya mengesyaki tunang saya pura-pura berpuasa kerana berat badannya semakin bertambah terutamanya di bahagian perut semasa bulan Ramadan ini. Saya akan berkahwin dengannya pada bulan November ini tetapi saya tidak mahu membebel kepadanya, at least sebelum kahwin...apa yang perlu saya buat ustaz?

Nazmin, Gombak


Jawapan:

Waalaikumsalamwarahmatullah. Berat badan bertambah tidak semestinya dia tidak berpuasa di bulan Ramadan. 45% kes penambahan saiz perut adalah kerana sembelit lebih daripada seminggu tidak dapat membuang durian dan popiah basah yang dibaham. Sifat saling percaya harus diterapkan sebelum kahwin agar tidak bercerai seperti Akhil Hayy nanti.

Jika para pembaca ada sebarang persoalan agama, soalan asas fardhu ain ataupun inginkan nasihat bagaimana hendak memiliki four pack di perut, sila letakkan di ruangan komen ataupun emelkan sahaja soalan anda kepada ijaicool (at) yahoo (dot) com dan persoalan anda akan dijawab dalam ruangan yang sama di posting yang akan datang. Insyaallah.



10 comments:

<< s| tED| >> said...

ijai.. sharing is caring. walau agak merapu. aku tahu ada isi di dalamnya :)

Anonymous said...

ijai..ade la lagu pose..yg grup nasyid n manbai n ajai nyanyi..ku mengharapkan ramadhan laki ini penuh makna...agar dapat.....

Anonymous said...

eh laki pulak...pembetulan - kali ini..

Mohamad Faizal said...

tedi: oh biasa. yang baik dijadikan sempadan yang buruk dijadikan tauladan

anon: haah la lagu Harapan Ramadan nyanyian raihan featuring man bai aku baru je nyanyi aritu lupa pulak. Tapi ajai nyanyi lagu lain la dengan kumpulan nowseeheart yang masa chorus REM meneran tuh

Anonymous said...

semakin mendapat sambutan sesi soal jawab kau ni jai..meh aku tanye satu soalan:

apakah hukumnya wahai ustaz faizal yg bijak bestari(eh macam pantun teka teki pulak),cabut gigi/scaling di bulan ramadhan?

dentist kacak,bangi.

Anonymous said...

weh. eliza sherwany nama kakak aku weh.

-sherwany

Anonymous said...

ustaz, nnt buat episod ke-3 plak.. menarik hati btol baca blog ustaz ni dikala stress + lapar di opis..

Eliza said...

HAhahahaha. Kena tuntut royalti ni guna nama ai....

alamak, jai..adek aku pon follow blog ko lah.

Khairul Afandy said...

heheheh..nasri puase dowhh...kalo toure..eboue sume tue time nak start men bola je baca doa...lepas score satu biji org len plak yang dier sembah...hehehhee

Mohamad Faizal said...

abe: mudah sahaja soalan anda. hukumnya makruh. Mentaliti umat Islam di luar sana yang mengatakan mencabut gigi membatalkan puasa adalah salah. Atas tujuan perubatan, tak mengapa. (aku dah baca jawapan di kat fesbuk kau sebenarnya)

sherwany: hai cik jika ada rahsia tentang kakak anda eliza dedahkanla di sini

anon: insyallah, jika ada persoalan usah malu bertanya

eliza: haa haa korang memang adik beradik sebenar ke

fandy: van persie aku yakin dia tak puasa

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...