Sunday, August 23, 2009

Sesi Soal Jawab Ramadan bersama Ustaz Faizal al Kacaki

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, saya telah menjemput seorang Ustaz daripada Sekolah Agama Bomba Bandar Baru Bangi untuk menjawab pelbagai persoalan agama yang ditanyakan oleh para pembaca. Ustaz Faizal memiliki sijil SPRA bertaraf Jaijidan (hebat) serta handal di dalam bidang tajwid. Diharapkan para pembaca mendapat manfaat daripada muzakarah ini.

Soalan 1:
Assalamualaikum Ustaz,

Saya baru sahaja berkahwin baru-baru ini. Masalahnya, saya tidak tahu adakah saya dapat menahan nafsu syahwat. Apakah yang perlu saya buat sekiranya saya terlanjur bersama isteri saya di siang hari?

Rashidi Aziz, Seri Kembangan


Jawapan:

Waalaikumsalamwarahmatullah. Tahniah di atas perkahwinan saudara. Tidak perlulah lagi untuk ringan-ringan selepas ini bukan? Bagi menjawab soalan saudara, sekiranya saudara berjimak dengan isteri di siang hari, saudara diwajibkan membayar kaffarah, iaitu membebaskan seorang hamba abdi ataupun berpuasa ataupun berpuasa selama 2 bulan berturut-turut. Si isteri pula hanya perlu menggantikan puasa yang terbatal sahaja. Dalam hal ini, sang isteri memainkan peranan penting dalam menepis ajakan suami demi mengelakkan kesukaran di kemudian hari.

Sila klik Read More untuk mengupas persoalan seterusnya.

Soalan 2:
Assalamualaikum,

Ada rakan saya yang meninggalkan puasa kerana sakit. Kemudian, dia terlupa untuk menggantikannya akibat terlalu mengecapi nikmat dunia. Apabila Ramadan menjelang lagi, dia masih belum menggantikan puasanya. Dia tidak boleh menggantikannya pada hari terakhir sebelum Ramadan kerana hari itu merupakan hari yang haram berpuasa iaitu 30 Syaaban. Apakah yang perlu rakan saya buat?

Ahmad Shuduh, Bandar Baru Bangi


Jawapan:

Waalaikumsalamwarahmatullah. Rakan apa anda ini? Anda seharusnya mengingatkan rakan anda agar mengqada' puasa awal-awal. Namun jika dia tidak dapat menggantikan puasanya sehingga tibanya Ramadan, maka dia diwajibkan untuk membayar fidyah.Fidyah bermaksud membayar denda berbentuk beras kepada fakir miskin. Kadarnya adalah secupak beras bagi setiap hari yang tidak berpuasa, dan Pian Cecupak disyaki menyuntik botox pada mukanya.

Soalan 3:
Bolehkah ustaz menjelaskan tentang perkara-parkara yang membatalkan puasa kerana dulu saya tidak memberikan perhatian di dalam kelas fekah.

Zahrul Idzwan, Tampin


Jawapan:

Sudah pasti. Ini merupakan perkara asas fardhu ain itu pun tak tahu. Anda ni mesti ponteng sekolah agama dan menonton Hati Waja lakonan Rusdi Ramli dan Faizal Hussein.
1) Memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan
2) Mengeluarkan mani dengan sengaja (masturbasi)
3) Berjimak walaupun termasuk sedikit
4) Keluar haid atau nifas
5) Muntah dengan sengaja
6) Gila
7) Murtad

Soalan 4:
Jika saya mengorek hidung kawan saya, puasa siapakah yang terbatal?

Khairul Afendi, Jalan 6 Bangi


Jawapan:

Jijik sungguh anda ini. Puasa rakan anda tidak akan terbatal sekiranya hidungnya dikorek tanpa kerelaan dan bukan dengan sengaja. Puasa anda masih lagi sah kerana hukum 'memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan' hanya boleh diaplikasikan kepada diri sendiri.

Soalan 5:
Ustaz berbuka apa hari ini?

Aqilah Hasan, Gombak


Jawapan:

Nasi putih, ayam masak lomak cili padi, sayur campur, sambal tumis udang. Lepas tu Pak Long bawak ayam percik. Kuih-muih seperti popia basah, apam balik, dan kuih kaswi dibeli di bazar Ramadan di PKNS. Memang banyak, begitulah sikap manusia yang tamak dan mengikut nafsu nanti makan tak habis membazir sahaja. Berhati-hati agar paras kolestrol anda tidak naik.

Soalan 6:

Apakah komen ustaz terhadap pernikahan Akhil Hayy dan Waheeda?

Syafinaz, Bank Negara


Jawapan:

Soalan saudari tidak relevan dengan tajuk perbincangan kita. Tapi saya memang berminat terhadap gosip artis tempatan maka saya akan memberi pendapat saya. Saya rasa 'ustaz' Akhil sememangnya telah lama mengurat Waheeda sebelum bekas isterinya dapat tahu lalu dan tidak rela hidup bermadu lalu meminta cerai. Teori saya memang berasas berdasarkan perkahwinan mereka berlangsung hanya selepas 30 hari berpisah. Sila google lagu 'artis kita youtube' untuk tribute kepada mereka.

Soalan 7:
Assalamualaikum,

Tahun ni ustaz nak beri saya duit raya berapa ringgit?

Datillah, UniKl


Jawapan:

Walaikumsalamwarahmatullah. Cik sudah bekerja maka tiada duit rayalah tahun ini. Mungkin jika ada rezeri lebih saya belikan kasut sangkar Nose.

Soalan 8:
Hi there,

There's too much temptation here in my place. I can get horny easily and I don't think I can resist the urge to touch myself during Ramadan...Maybe I can pretend to be a Chinese....please advise.

AJ, Chicago


Answer:

Be strong. Remember your loved ones, and your friends back home.

Jika para pembaca ada keraguan tentang Ramadan, soalan asas fardhu ain ataupun inginkan nasihat bagaimana hendak memiliki wajah tanpa jerawat, sila letakkan di ruangan komen ataupun emelkan sahaja soalan anda kepada ijaicool (at) yahoo (dot) com dan persoalan anda akan dijawab dalam ruangan yang sama di posting yang akan datang. Insyaallah.



15 comments:

<< s| tED| >> said...

banyak benor soalan merapu ijai.. itu juadah berbuka ke juadah kenduri.. gila gaban banyak :P

z a t i said...

assalamualaikom ustaz,

apekah hukumnya meletakkan gambar2 makanan yang menggiurkan di blog sempena bulan ramadhan?

gadis keliru, Merlimau.

Anonymous said...

Kat ofis aku..persoalan nombor satu sering didebatkan....mengapa bangang sgt kita perlu berpuase selama 2bulan berturut2....walhal kita hanya perlu meneguk air masak sebelum bersetubuh di siang hari bulan ramadan?? kan hanya perlu ganti satu hari aje....

~ Jejaka gusar -rompin-

hUdArLiNg said...

dear ustaz,

seperti yang ustaz sedia maklum,kami kaum wanita diberi cuti selama beberapa hari untuk tidak berpuasa. apakah advice ustaz, jika kami tidak berpuasa dan sangat haus dipejabat. perlukan kami pulang kerumah pada waktu lunch atau dengan selambanya kami pergi minum di bilik tertutup? tolong ustaz.

gadis serba salah, putrajaya.

finaz said...

hihih.. i suka soalan part akhil hayy and waheeda tuh... tp perlukan meletakkan nama company i? kang ada org bnm lain baca kangggg.. hah..

btw skrg ni kalau i nak bukak blog u i bukak kecik2 je ok.. nak gelak2 pun kontrol ayu jer.. hihi.. sbb i dh pindah ofis baru.. boring betul ler

Anonymous said...

finaz. memang ade orang lain kat bnm pengikut blog ijai. name die jamil. haha.

cmane ni jai. aku dah gersang ni. isteri berjauhan. terpaksalah...

adam

Anonymous said...

bertahan wahai adam. banyakkanlah berterawih di malam hari.


Jamil

finaz said...

jamil keje kat bnm gak ke? dept mana?

Anonymous said...

haha jamil kau ingat lagi tak bet kite (aku kau fido ngan faan) stiap ramadan kat college dulu? kau masih bertahan? ke dah gagal?

adam

Mohamad Faizal said...

tedi: sedara mara datang, so kira kenduri jugak ah

gadis keliru, jejaka gusar, gadis serba salah: soalan2 anda ustaz al-kacaki akan jawab si segmen soal jawab yang akan datang

finaz: jamil tu PA zeti, carik je kat bilik zeti (bukan zati)

adam: kembalilah ke tanah air bersama isteri pasti masalah kau selesai

jamil: bij sbelum pegi umrah kuar dulu mabuk2 halal bersama kitorang

Anonymous said...

haha jai..cite haji waja..lame x dengar cite tu..tapi aku slalu ponteng skolah agama nak tgk suria perkasa hitam ngan gaban..huhu

rakan2,jom aa bersahur berjemaah ari sabtu ni..

-shuhud-

melyssa_nadiea said...

ya allah..aku x tahan nak gelak...ape punye mepek di bg soalan n soalan yg ditanya :)):))

Mohamad Faizal said...

abe: jom. aku dah ajak jamil sebelum dia pergi umrah. tapi kau jangan pura hilang hp pulak nanti malas bangun sahur

melyssa: sedara melissa saila ke? usah gelak seorang diri nanti dituduh gila. jika kita gila maka batallah puasa

Anonymous said...

haha cam haram kau faizal..kau puasa sudah tinggal berapa hari??ak mcm nmpak kereta abe dekat restoran cina depan HKL tengahri hari tu..tak tau la dia tapau atau makan trs dsitu..hehe..

jamil: bila ko pegi umrah?berbuka puasa tiada ke thn ni wahai rakan2??

adam: ko pakai modal apa untuk menghilangkan gersang?haha..

-fandi-

Noraishikin Mohd Salleh said...

ijai! walaupun dah lama ko pos blog ni, tp skrg br aku nak baca..sangat kelakar menyayat hati dow..especially part Zahrul Idzwan tuh...siap ada cita Hati Waja...tetiba aku teringat cerita Tomato Man..hahaa

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...