Wednesday, August 26, 2009

Soalan untuk gadis-gadis: Bahagian 2

Ini adalah bahagian kedua soalan-soalan yang kami para jejaka bersungguh-sungguh hendak mengetahui jawapannya. Kami sedar kadang-kadang kami ini buas, tidak romantik, dan kerapkali berbau peluh jika tidak mengenakan Avon di ketiak. Oleh itu, soalan-soalan ini ditujukan kepada gadis-gadis agar kami dapat memahami hati suci seorang wanita, apa kehendak mereka dan bagaimana ciri-ciri lelaki idaman gadis-gadis secara umumnya. Jangan perasan soalan ini ditujukan kepada anda seorang ok?

1) Kenapa gadis-gadis kuat camburu? Takkan kami cakap Macy Gray comel pun korang nak cemburu?

2) Apa bezanya Kotex dan Laurier? Apakah faktor pemilihan korang?

3) Kenapa gadis-gadis tergila-gilakan Nick Jonas?

4) Sewaktu bulan puasa, jika gadis-gadis tidak boleh berpuasa, korang makan di mana? Ke korang pura-pura puasa?

5) Wiladah tu apa?

Ada lagi. Sila klik Read More untuk soalan-soalan seterusnya.

6) Kenapa gadis-gadis perlu bergaya dengan beg tangan Coach ke LV ke...mengapa tidak cuba bergaya dengan jenama Samsonite? Curious!

7) Apa yang lebih penting bagi korang; Paras rupa atau harta benda?

8) Kenapa gadis-gadis setiap kali lalu depan cermin ataupun benda-benda yang boleh memberi pantulan mesti nak betulkan tudungla, cabut bulu idungla, pakai maskara la. Bukan sekali sekala. All the time. Walaupun sudah sememangnya molek. Why?

9) Perempuan ada mimpi basah ke?

10) Kenapa gadis-gadis susah hendak mempercayai lelaki? Ambil kapak belah dada I kalau tak percaya.

Jika anda membaca entry ini dan anda seorang gadis, anda diwajibkan menjawab soalan-soalan di atas agar kami para jejaka boleh berubah demi membahagiakan anda semua. Kami akan berubah demi kalian, percayalah.

Bahagian pertama boleh dibaca di sini.



21 comments:

Anonymous said...

1.sbb gadis2 nak korang puji dia je selalu..mana bleyh jln tepi macy gray nak ckp macy gray lak comel atau siti sarah..ini tak adil namanye..itu dlm erti kata lain kata diri gadis anda tak comel enough utk anda sampai kena puji gadis lain.gadis anda juga boleh rase insecure;(
2.mcm2 lah beza dia.tp pemilihannye ikot:
-mak saya pakai tuh kawan saya pakai tuh keturunan nenek saya pon pakai jenis tuh saya pon ikot lah.
-kadang2 i guna je mana2 takde preference.
-sbb lg selesa or plastik dia lawa ke ada bunga2..haha;p
3.saya tdk tergila gilakan nick jonas.saya gilakan wentworh miller dan lelaki2 dewasa lain.
4.saya beli makanan dan makan di rumah.saya masih belajar so boleh blk rmh mkn.
5.wiladah tuh ape weyh?
6.ape klas samsonite..haha..kitorang nih brand conscious even we deny it sometimes.
7.keimananan tp nak gak yg sedap mata memandang and anak bini nak mkn ape weyh kalau takde harta benda dlm kadar sederhana..so semua faktor ada.
8.kami nk sentiasa kelihatan molek dn comel lote.mana taw tetiba ada rambut t'keluar ke,tdg senget sebelah ke bkn jejaka juga yg malu ke.lg satu kami mmg suka tgk muka sendiri..haha
9.ntah lah.yg pasti kalau ade dia tak melibatkan kluar air mani lah kot..i pon tak tahu..sila rujuk ustaz faizal alkacaki;p
10.lelaki ni kdg2 dia ckp lain buat lain and tak mean what they said.skjp kata nk buat pastuh tkr fikiran plak.cane nak percaya..lg2 kalau macy gray dikata cute mcm mana kami nk percaya kesetiaan keluhuran mereka.

SHiKiN said...

1. sbb cemburu tu tanda nye sayang...ataupon kadang2 symptom pms yg saiko.
2. pemilihan bergantung kepade prestasi..comfy ke tak, tak senang bocor etc2. huhu too much info
3. aku juge cam cik anonymous di atas. tak minat Jonas2 ni. nak lelaki dewasa bagikan hugh jackman ,johnny depp ataupon adam johari. ahahaha
4. sejak keje ni...aku pure2 puasa je sbb takde mase nak lari balik umah n makan.
5. wiladah tu ape??
6. samsonite buat luggage laaa..dah laa org2 masuk AF dpt beg samsonite. dah tak kelas gituuu. hahaha
7. both :)
8. sbb dah ade kat situ, tgk je laa.
9. ntah. ni mmg serious tatau. mmg patut ustaz faizal alkacaki jawab utk segmen ketiga.
10. sbb kadang2 org laki suke tipu. ataupon kadang2 pompuan dah di influence oleh kwn2 pompuan lain yg menceritakan kisah laki2 tak gune. lagi satu diinfluence oleh citer2 cam 'he's just not that into you' yg membuatkan perempuan jd geram sampaikan laki tak bersalah pon dicubit.

Diyana Yunus said...

1) cemburu tandanye syg..lenkali puji dulu awek2 korg before puji org lain ek..

2) hmm..i dunno..comfy or not most probably is the 1st priority..dan kenapa ko nk tau benda ni?

3) Aku tergila2kan Mohd Rafiqin..muahaha (isteri mithali)

4) Sorok2 la..but slalunye xmakan pun..

5) Wiladah adalah darah yg keluar selepas melahirkan anak..cet!! google la!! haish...

6) Mmm..aku pun pelik..once u get the answer, let me know hehe..

7) mm..sedap mata memandang n cukup nk sara aku..that's important to me..

8) kot2 la tudung senget or rambut klua ke, ade unidentified object kat muke ke..haha..it's built in us haha..

9) Aku rase xde..xtaula..

10) Aku sangat stuju ngn jawapan Shikin

Pink Stilettos said...

memandangkan jawapan2 utk soalan awak tak bole didapati dari buku Allan Pease, maka saya akan tolong kasi jawapan:

1) tak semua gadis kuat cemburu la sbb i tak pon. maybe coz saya suka pompuan kot so x kisah if muaz nak ckp this girl or that girl cantik. tapi saya cemburu tatkala terbaca sms yg dipenuhi dgn kata2 sayang yg dia send kat ex-ofismet dia yg merupakan seorang ustaz celup.

2) ramai pompuan pakai Kotex, so maknanya bagus la. pastu sbb packaging dia cute.

3) saya lebih gilakan Alexis Bledel dan Anne Hathaway dan Kate Beckinsale dan Edward Cullen.

4) kalau tak puasa masa jln2 kat shopping mall, i seludup mknan/minuman dlm paper bag ataupon handbag lalu bwk masuk ke fitting room mana2 butik..sambil try baju sambil makannn. tapi takde la sampai seludup nasi.

5) saya pon agak confuse antara wiladah dan nifas walaupun saya dah ada anak. Saya google, and found out that wiladah adalah wanita bersalin tanpa keluar darah nifas. takleh nak bayangkan bersalin tak keluar darah.

6) bags like Coach n LV nampak bergaya kalau digayakan. bag samsonite kalau digayakan macam nakgi balik kampung atau obersea.

7) a bit of both

8) rasanya sbb ramai gadis2 adalah beauty conscious. it's like tindakan reflex bila tgk cermin nak btulkan itu ini.

9) mesti la ada. mimpi sampai keluar air liur basi pon kira mimpi basah la kan? mana ada air liur yg tak basah.

10) kadang2 takleh nak percaya 100% kat laki sbb we think laki suke nak amik hati jer @ sweet talk lebih. tapi kadang2 jer laa, bukan sentiasa tak percaya.

p/s: jawab soklan2 ni ada dpt adiah tak? ;p

Eliza said...

aku hanya nak komen no. 3- pilihanku adalah lelaki2 macho ala2george clooney, hugh jackman, Gary xxxx (ala yang berlakon ps i love u tu). Suamiku pernah masuk dalam senarai lelaki idaman..tetapi sebab dah dapat..automatik terkeluar dr carta.

No.4- memandangkan semua yang kerja kat sini kafir, jadi mereka akan memvolunteerkan diri membeli makan dan minum and kekadang jadi setan mengajak ku berbuka puasa..nasib baik imanku kuat.

No. 6- Bag samsonite hanya layak menjadi bag laptop dan beg balik kampung ku. tetapi mmg tidak dapat dinafikan...quality superb.

Anonymous said...

1) soalan x applicable sebab x jeles pun kalau macy gray lg comel dr i. tp kalau boipren i puji faizal rosly comel i bersiap sedia menalipon mak dia.

2) beza? entah aku pun xtau. x pakai either.

3) x gilakan nick jonas mahupun faizal rosly.

4) kitorang akan berpura-pura muka keletihan tp masuk bathroom gluk gluk air ribena mak buat.

5) wiladah ialah adik-beradik will smith.

6) who knows with your posting girls would be tempted to go by samsonite.

7) harta benda. dengan itu rupa paras boleh diplastiksurgerikan.

8) eh? in my limited knowledge, guys yang selalu self image-conscious.

9) rasanya ada dengar ustazah cerita zaman x period dulu.

10) kan? sah-sah lah penipu besar buaya darat kat dunia ni semuanya perempuan.


silent reader.

Anonymous said...

1) Gadis2 jadi cemburu sbb xde org puji dia
2) Kotex senang nk dicuci
3) Muka jambu. diminati oleh gadis2 skolah rendah kot..
4) Mkn dlm stor filing bersama2 rakan2 seangkatan dgnya yg bawak bekal seperti roti2 sadin + air2 kotak yg dibeli di 7E dgn rasa x bersalah.
5) erm..apa ek?
6) Samsonite? hmm..cam xde gaya.
7) both. tp budi pekerti paling penting..cewah..hehe
8) nk check tgk muka still comel sama mcm baru keluar rumah..
9) ntah.
10) sbb tu 1st kena cari lelaki yg baik budi pekerti (sbb baru bleh dipercayai)pastu baru paras rupa (supaya x jemu mata memandang) last skali baru harta (supaya dpt mintak bag2 LV and couch selalu)kehkehkeh :p

andrew said...

Alo Ham Sap Lo brother!

Andrew Chan reporting in :)

Firstly, congrats for winning the Microsoft Best Agent award! :P

Secondly, pointless wanting answers to the questions posed.. reason being.. we'll nvr understand women.. they are just toO "bizarre" ??

MuAHaHAHahHAHa

Don't forget to invite me for raya k? Do want to keep in touch with urself n MUAZ!

Anonymous said...

i beg to differ with the sir above.i don't think its pointless for asking those questions to woman.in fact kalau bf saya buat benda yg sama saya rasa dia sweet je sbb nak try to understand me and taknak buat the gf sedih.saya kalau nak understand guys pon tanye other guys just approach dia bkn via bloglah.we both are unique creatures so memahami each other by asking lah.
p/s:saya dh jwb soalan anda.i'm one of the miss anon.

z a t i said...

hye syikinnn!!! hyee syikkinnn!!
*melambai2 gedik sambil membetulkan rambut di pantulan skrin laptop*

hey cikinot, nape aku tak boleh masuk blog kau.aku dh buat pengesahan ibu jari di skrin laptop pun tk lepas. kenape?!! kenape?!! *lap air mata menggunakan kotex kerana lebih serapan*

takleh nk jwb soklan kau ni jai! aku pun tk faham orng perempuan ni. *koff*

tapi mcm jawapan number 10 sikin mmg pempuan diakui suke marah lelaki terdekat sebagai wakil utk menunjukkan tanda protes terhadap kekejaman yang dilakukan kaum lelaki secara am.teheehee.

Anonymous said...

hi. saya sebenarnye kurang paham cemana benda2 ni boleh membantu hehe. tapi takpe la disebabkan benda ni wajib untuk dijawab, saya jawab je la. hehe.

1) sebab cemburu tu adalah salah satu cara untuk si gadis bermanja dengan pasangannya.

2) kotex menaja rancangan 3R manakala laurier pula tidak.

3) sebab, yang penting rupa. hehe.

4) purak-purak puasa je. baru la boleh feeling2 puasa penuh.

5) wiladah tu adalah darah yang keluar selepas seseorang wanita bersalin dan dalam tempoh itu dia perlu dilayan bagaikan permaisuri oleh suaminya.

6) samsonite tidak mengeluarkan tas tangan. kalau mengusung luggage bag di tengah2 kota atau di gerai2 makan adalah sesuatu yang bergaya, kami tak kisah membawa samsonite.

7) yang penting rupa.

8) kerana cermin mempunyai satu kuasa tarikan yang sangat kuat untuk menarik gadis2. kalau anda nak ada tarikan yg kuat, jadilah cermin.

9) kalau terbuang air kecil sewaktu bermimpi, maka basahlah.

10) "Ambil kapak belah dada I kalau tak percaya" <-- nampak tu? ayat ni pun dah satu penipuan. betul ke u bagi i belah dada u dengan kapak?

andrew said...

Hi there Miss(I m assuming) Anonymous,

No pun intended :P No disrespect intended :P

It is true that by asking we somewhat may achieve a little bit of an understanding.. but to what extent? can we as men really come to a conclusion and shout out "We understand women" ??

If that were the case.. women then would loose a little bit of their appeal.. i tink us as men not being able to understand women spices up the relationship :), once again to a certain extent..

Idlan said...

Ijai, untuk understand women better, sila masuk ke dalam sebuah bathtub berisi air dengan berpakaian wanita dan berlipstick, kemudian pasang hair dryer dan jatuhkan ke dalam bathtub. renjatan elektrik yang terhasil akan menjadikan kamu lebih peka kepada wanita. tak percaya tanya mel gibson

<< s| tED| >> said...

aku tertinggal entry ni lah :(

finaz said...

i nak jawap.. i nak jawappp.. hehe kepochi betul.. skrg i bz kat ofis k, takleh nak bergelak ketawa baca blog u..

1) sebab cemburu tandanya sayang.. kalau lelaki tu i xsayang i xheran langsung dia nak ckp sesapa pun lawa. ada aku kisahhh? hehe

2) i pilih kotex. sbb senang cuci. laurier mcm ada gel2 pastu selalu bocor

3) i tak. i suka orlando bloom, takeshi kaneshiro, won bin and sapetu yg berlaku definately maybe tu? ha tula..

4) dulu kat ofis lama i gi beli mcd, tutup pintu pantry dan makan. kat ofis baru terpaksa pura2 puasa sbb tempat i jauh sebatu dari pantry pastu ramai lelaki. i malu yeww.. hehe. dulu masa student makan jela kat kolej.. masak megi ke

5) ntah.. mcm penah dgr tp xtau

6) ohh i xpakai henbeg branded2 ni. sebab tak mampu lg. lgpun i rasa dr beli ribu riban dpt henbeg sebijik baik i gi travel. skrg ni pakai cap ayam je.. plus i hate coach designs. kalau LV and Tods ok gak

7) honestly kalau nak ikutkan lelaki2 yg i suka before this semuanya tak hensem pun. muahahaha.. i lg suka tgk character dia kot.. n education level, pastu minat sama ke tak.. keje kat mana.. family background.. ha

8) ofis lama i lif dia ada cermin k.. mmg sakanla i belek muka. tahlah.. rasanya sbb nak cek rambut senget ke.. lipstick kuar alignment ke..

9) i xde

10) sbb lelaki ni kadang2 mulut manis je.. all talk no action. pastu mcm suka tipu2.. well sbnrnya i mmg susah nak percaya kat org pun.. tak kirala lelaki ke perempuan.

puas hati? to andrew: u should learn on ijai's efforts to understand God's special creation - us, woman !! =)

Mohamad Faizal said...

anon 1: no 1, tapi kalau selalu puji nanti korang kata kami bermulut manis...

shikin: no 10, adam baik tau dia jarang menipu.

nana: no 2, mestilah nak tahu kalau gadis sakit nanti aku kena belikan kang tersalah beli kang

iza: no 1, haa haa anda akan lebih cemburu ketika melihat kami bertepuk tampar tatkala berdua-duaan. Anda akan dapat hadiah jika saya dapat goodie bag. Pleasee?

eliza: no 3, gerard butler ke dia kan buas

silent reader: no 2, anda tak pakai either? biar saya teka, mungkin anda pakai whisper. Yes 10 markah untuk faizal

anon 2: no 2, mengapa mahu cuci nak pakai lagi sekali ke??

Andrew hamsaplo: alah kau depan sharon terus jadi sotong

zati: kau gunakan kotex terpakai mengelap air mata? memang brutal kau ni

anon 3: no 10, itu bukan penipuan, itu metafora menunjukkan kami rela melakukan apa sahaja demi gadis tercinta

idlan: mengapa mel gibson? mel gibson buat begitu ke? kurang siuman

tedi: takpe entri ini tiada tarikh luput

finaz: no 7, kawan I ikram dan zul, dua2 memiliki paras rupa dan harta benda. jika berminat sila hantarkan resume

thanks gadis2

SHiKiN said...

hi zati!! hi zati!! blog aku takleh dimasuk sbb blog tu dah berzaman ditutup sbnr nyer. hahaha. skarang aku hanye stalk blog org aje...

marcie said...

1) anda ptt suke kalo pompuan tu cemburu.kalo die xcemburu, mknenye either die really trust u or die xksh lgsung ttg ko.msti la cemburu kalo dgr laki puji org lain je..bile ntah nk dpt puji2an ni.tp kdg2 bile dgr laki puji dpn2, aku rs die xikhlas la pulak.huhu.complicated..

2) beza la due2 tu.dr segi penyerapan, harga n rupe..yg pnting mmg beza la.adalah pnting utk laki mengenalpasti brand yg disukai oleh pompuan.

3) aku xknl, xminat n xheran pn dgn nick jonas ni..sape yg gila2kn die ni?..aku suke orlando bloom sorg je.

4) di depan org ramai, pura2 la puase..mnt cm smue org gk..bile org xnmpk, bole la kunyah2 mentos ke ape..kalo di rumah sndiri, mkn la sesuke hati.haha

5) wiladah ni brkaitan dgn org brsalin la..aku xtau sgt, bile nk brsalin nnti br aku bc bab2 ni..

6) samsonite mn popular dgn handbag tp more to luggage..aku xsure samsonite ade handbag ke x, tp kalo ade pn aku xkn pkai kot. gune brand yg popular dgn handbag2 je la.

7) rupe n harta same pnting..harta je byk tp xsdp mata memandang, xnk gk..kalo rupe je hensem, lgsung xde duit pn xnk gk..

8) xtau la. tp aku mmg obsessed pn tgk diri sndiri dlm cermin..tp bile kuar brjln2 tu xde la stop kt stiap cermin yg ade.time tu aku cover2 la obsession aku tu.buat2 xnmpk cermin..tp kalo tgk cermin tu cm biase la, nk tgk n pastikn ls ok x tudung ni..ade x ape2 comot kt muke..touch up makeup etc..the usual things..

9) xsure sgt la mmpi2 ni..

10) mmg ssh nk prcaye..bile xkawin lg, xprcaye sbb rs xsecure dlm relationship yg xmnjanjikn ape2 lg ni..lps kawin, xleh nk jwb lg kna tnggu aku kawin nnti br bole jwb..apepn mmg ssh nk prcaye laki sbb character lelaki yg secretive xbgtau kitorg smue bnde, pastu brmulut manis dgn smue org..mmg ssh la nk prcaye.

miNt said...

Ak jawab bg pihak ak je jugak.
Sb org salu kate ak pompuan pelik.
;p

1-Ak xkuat cemburu.jejaka selalu xpuas hati ngn ak yang kurang perasaan cemburu ni.

2-Entah lah.ak sauk yg mne ade promosi dan ade free goodie.

3-Eh?Nick Jonas yg mne 1?

4-Pura-pura puasa.

5-Entah.

6-Err.tiada beg tangan.

7-Hati budi&susuk tubuh boleh?tp klo ikut skema jawapan ak pilih paras rupa lah.

8-Oh.ak salu betulkn tudung je.sb ak memang slekeh dan cuba untuk nmpk kurang slekeh.dan klo baju mcm ketat sket.kne lah sorok balik spare tayar.

9-Err..entah.jap ak rujuk jawapan org ln.ok.ak tetap ngn jawapan ak.entah.

10-Ak layankan je.percaya jelah klo xrugi pape.klo ak rse xcye ak tny.klo nk tpu jugak lantak kau lah selagi ak xsakit.


:D

Shalia said...

1. Cemburu tanda nya sayang... mne buleh ckp org lain comel! no CANNOT..!!

2. Kotex lg selesa sebab lagi lembut n keluasannya terbukti..

3. Tidak tergolong dalam kumpulan itu.

4. Kalau kt umah, makan jer la.. tp selalunya pura2 puasa. menghormati org2 yg puasa n agar tidak mendorong kaum lelaki membatalkan puasa mereka,.

5. wiladah? apa itu?

6. Kerana design samsonite kurang match dgn baju2 yg kami ada.

7. Harta benda..! yeay. hhahaha

8. Dah menjadi habit. Mmg tidak d nafikan. Bila nmpk benda2 yg reflective, secara auto-pilotnya kami gadis2 akan menoleh ke arahnya.

9. Ntah la. Mcm xde jer.

10.Sebab, lelaki suka men'suspicious'kan diri mereka. Kami gadis2 tidak suka tipu2. Skali d tipu, mmg forever x caya dh weyh..

Noraiyu said...

1. cemburu kn syg..

2. Kotex! Hrga, selesa n serasi.

3. no! Joe JOnas!

4. pure2 pose. xpn, mkn kt bilik.

5. dun know.

6. Brandg is a key of success.

7. Hati budi.

8. Gadis mmg xprnh puas.

9. erk. de kot.

10. sbb laki ni suspicious. suke wt kte t'tny tny. kn senang kalo straight to d point jek.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...