Tuesday, August 4, 2009

Take Off Your Shirt

Take off your shirt. Kita hanya boleh membayangkan gadis-gadis hangat mengungkapkan kata-kata sebegitu dalam kehidupan kita. Realitinya, ayat-ayat sedemikian hanya boleh didapati dalam salah satu episod Mike's Apartment ataupun Naughty Office. Namun hari ini sesuatu yang tidak disangka-sangka telah berlaku. Aku sebenarnya hesitating sama ada hendak menulis pengalaman aku ini ataupun dipendamkan sahaja di dalam hati. Aku percaya para pembaca semua boleh menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Aku harap korang semua boleh menerima apa yang aku ingin sampaikan dengan fikiran terbuka.

Kisah ini berlaku tengahari tadi. Aku turun ke tingkat 24 kerana ada urusan. Aku pun menunggula di sebuah bilik atas arahan orang atasan aku. Apa yang menghairankan, kaca 'see through' bilik itu telah ditampal dengan kertas, dan kita tidak boleh melihat apa yang berlaku di luar, vice versa.

Tiba-tiba seorang gadis cina masuk ke dalam bilik itu dan mengunci pintu. Aku tidak pernah nampak gadis cina itu sebelum ini. Mungkin auditor agaknya. Minggu ini memang minggu audit untuk Maikrosof. Aku pun chill sahajalah. Tiba-tiba gadis itu berjalan menghampiri aku. Aku menjadi sedikit tidak selesa kerana hanya kami berdua yang berada dalam bilik itu. Gadis itu berkata dengan nada yang perlahan tetapi jelas, "Take off your shirt...". What the what?? Maybe aku salah dengar. "Pardon me?" tanya aku kehairanan. "Take off your shirt," kata gadis itu, tegas. Aku sudah tak tahu nak fikir apa. Jelas-jelas ini sexual harassment di tempat kerja. Tapi siapa yang akan percaya kata-kata aku? Makin kuat aku dengar bisikan syaitan di telinga. Aku tarik nafas panjang-panjang. Aku tidak pernah melakukan dosa besar dan aku tidak mahu melakukan dosa besar. STOP IT BITCH!!! (klik Read More untuk terus membaca)

"Aiiyaaa lu mau buat ke tak ini ECG (electrocardiography) cepatla bukak itu baju olang banyak belatur kat luar maaa..." marah amoi itu. Maka aku pun teringat tujuan sebenar lalu aku akur sahaja dengan kehendak nurse itu. Hari ini merupakan hari pemeriksaan kesihatan di pejabat aku. Maka ECG, Audiogram, ujian darah, ujian air kencing dan ujian memandu diadakan secara percuma. Tapi betul ke buat ECG kena bukak baju? Aku syaki gadis cina tu saja nak ambil kesempatan terhadap aku. Aku dengan tersipu-sipu membuka baju. Memang sumpah aku segan kerana struktur perut aku yang berlebihan serta bulu ketiak yang terjulur keluar sedikit daripada paksinya.

Nurse itu meletakkan cecair aneh, mungkin lubricant ke dada aku. Memang dia sengaja menyapukannya ke nipple aku sebab aku boleh dengar nafas dia turun naik seolah-olah sudah ghairah. Kemudian disedutnya tapi bukan dengan mulut, dengan benda yang cucuk kat jantung macam dalam cerita Grey's tu. Ntah aku pun tak tahu terminologinya. Aku nak suruh nurse tu amek gambar untuk ditayangkan di sini, tapi macam anehla pulak permintaan aku tu kan. Kang di 3gp nya terus naya aku Jamil download video aku di Internet.

Sebenarnya ujian-ujian tersebut diadakan sejak pagi lagi. Hari ini aku puasa harus hari Selasa kerana ingin membuat ujian darah. Huii aku adalah seorang yang takutkan darah. Boleh pitam aku tengok darah, tak tipu. Aku rasa orang yang bertugas mengambil darah aku tu masih budak praktikal, kerana dia tidak dapat mencari urat untuk dicucuk di lengan aku. Tak jumpa tangan kiri, pindah tangan kanan, pastu kembali ke tangan kiri. Pastu dan cucuk dah dan terus aku mengiau kesakitan, boleh dia cancel pulak panggil supervisor dia suruh buatkan. Koksaker. Supervisor dia pulak cucuk aku kali memang menyalak aku apabila disedut darah. Memang aku tak tengok masa dia cucuk kerana bimbang air muka jatuh jika pengsan melihat darah.

Sesudah ujian itu, aku disuruh memberi sampel air kencing. Damn, aku baru sahaja melepaskan air kumbahan beberapa minit yang lalu. Terus aku minum bergelas-gelas air untuk membantu proses pelawasan. Sedang aku bertakafur di dalam bilik air, TING! tiba-tiba aku mendapat idea keji.


Wouldn't it be super funny if I gave them a different 'sample'? Yes, it is exactly what you guys are thinking right now. Hahaha aku terkekek-kekek seorang diri di dalam tandas dengan kelucuan diri sendiri. Akan tetapi, hasrat aku dibatalkan serta merta kerana tiada 'modal' untuk dijadikan panduan. Akhirnya setelah meneran beberapa kali, aku berjaya juga memenuhkan botol di atas dengan air kencing aku yang masih hangat.

Result hanya akan keluar pada minggu depan. Aku rasa kadar cholesterol aku mesti tinggi sebab aku makan tidak berpantang dan tidak bersenam melainkan bersenam jari menaip di blog ini serta bersenam jari bermain permainan video. Sigh. Mama cepatlah beli treadmill.



6 comments:

Muaz said...

Hahahaha..

mati-mati aku ingat betul la ko citer siang tadi.. hehehe siut..

tapi dalam hati aku rasa macam tak mungkin.. hahahaha..

anyway, good story.. hahaha

Anonymous said...

haha..
ecg memang kene bukan baju jai..nasib baik kau tak naik syeikh bukak seluar skali..haha..

p/s:aku yakin paras glukosa,kolestrol dan dosa2 besar dalam darah kau tinggi..haha..

-shuhud-

Mohamad Faizal said...

muaz: mesti kau mengharapkan sesuatu yang sama berlaku kepada kau juga. ish ish ish. dah register belum bolehvpn komisen aku jangan lupa

abe: aku memang berniat nak bukak seluar suruh check balls aku mana tau sebelah testis hilang

Muaz said...

dah register bolehvpn.. kejap jer download dari private torrent.. haha..

walaupun semalam ada masalah skit ngan tmnut..

tgh download hannah montana! yahaha

Anonymous said...

Ko kincing kuat ahh

yg x cool
-hot Param-

Mohamad Faizal said...

muaz: tolong hormat sikit miley cyrus sila beli DVD original dia

param: aku memang kencing padu sehingga tak cukup sebotol aku bagi kat nurse tu

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...