Friday, August 28, 2009

Usah Terpedaya!

Hidup ini penuh dengan tipu daya. Kita harus berwaspada agar tidak terpedaya. Wahh rhyme.

1) Kawan anda yang jarang sekali bergayut di telefon dengan anda apatah lagi hendak pergi ke Mines bersama tiba-tiba call, lepas tu ajak main bola bersama walaupun dia kaki bangku. Lepas itu, dia ajak pula anda ke maplay untuk belanja anda minum. Adakah kerana dia ingin menjadi rakan yang lebih baik? Usah terpedaya. Dia sebenarnya hendak mengajak anda jadi downline bisnes MLMnya.

2) Saudara mara tidak akan berbicara di telefon. Kecuali bila nak ajak pergi kenduri ke, ataupun nak ajak pegi hospital tengok pakcik recover daripada pembedahan payu dada. Maka jika saudara korang tiba-tiba call, lepas tu berbual-bual kosong tanya soalan-soalan asas itu ini, dan background dengar bunyi kereta lalu lalang, usah terpedaya. Saudara anda sebenarnya hendak meminjam wang (dan tak pulangkan) dan most probably dia sudah berada berhampiran rumah anda maka anda tiada pilihan.

3) Anda sedang lepak chill di rumah menonton siri televisyen yang dimuat turun dan ditonton di tv 42" inci anda pada pukul 12 tengahari. Tiba-tiba anda terdengar suara perempuan yang lunak memberi salam. Bukan sekali. Bukan dua kali. Tetapi at least 8 kali. Lepas tu siap ketuk pintu rumah anda macam pegawai pencegah maksiat mengetuk pintu pejabat Norman Hakim. Perlukah anda membuka pintu? Mungkin ada kecemasan? Usah terpedaya. Itu sebenarnya adalah sindiket meminta sedekah yang annoying. Lepas minta wang, minta air pulak. Paling kurang sopan siap nak main xbox aku what the whattt? So korang teruskan menonton tv, dan jawab sahaja salam mereka perlahan-lahan.

4) Jika anda sudah berkahwin, tiba-tiba isteri anda merengek manja memanggil anda, "Sayangggg.......". Usah terpedaya. Isteri anda bukannya nak minta untuk disetubuhi, sebaliknya dia baru sahaja ternampak iklan jualan murah di Parkson Grand. Eh betul ke aku mana tahu aku belum kahwin.

5) Jika anda sudah berkahwin, tiba-tiba suami anda merengek manja memanggil anda, "Sayangggg.......". Usah terpedaya. Memang nak ajak bersetubuh, tak mungkin ada niat yang lain. Eh betul ke aku mana tahu aku belum kahwin.

Sila klik Read More untuk terus terpedaya.

6) Anda sedang berbual-bual dengan teman lelaki anda di telefon. Tiba-tiba teman lelaki anda bertanya, "What are you wearing?". Usah terpedaya. Teman lelaki anda bukannya seorang fashionista pun dia langsung tidak peduli jika anda explain fabrik yang anda pakai, sebaliknya itu adalah dialog untuk memulakan persetubuhan di telefon.

7) Jika anda sangka anda mendapat bargain yang hebat melihat harga xbox360 dengan harga RM400 di forum lowyat, usah terpedaya. 360 itu sudah terkena RROD at least 2x dan anda pasti akan tension gila barbie nak arwah apabila melihat xbox anda mengalami period selepas seminggu membelinya.

8) Jika anda mendapat pop up ketika melayari internet mengatakan komputer anda diserang virus dan menyuruh anda untuk klik button untuk menghapuskan virus itu, usah terpedaya. Alah ini pun kalau korang terpedaya korang memang cikai mak lampir ah.

9) Jika ada orang tinggalkan mesej di shoutbox anda mengucapkan "Salam ziarah" or "Tumpang lalu" or "have a nice day!", usah terpedaya. They don't really read your blog. Sekadar meninggalkan link mengharapkan kita klik and somehow mengkagumi blog mereka and menambah bilangan pengikut.

10) Jika korang mengikuti blog aku hari-hari, korang semua mungkin sudah diperdayakan aku. Hee hee.

Bersahur bersama esok di Impian Maju pukul 4 pagi kemudian solat subuh bersama jom! Assalamualaikum.



5 comments:

Anonymous said...

haha..mirzam taiman..tah ape la jadi ngan omegatrend dia tu..haha..
jom sahur berjemaah, lepas tu kau jadi imam solat subuh kami..haha..ada brani??


-shuhud-

n @ s said...

nice way bt org akn beware
spy jd lbh tak mdh terpedaya=)

<< s| tED| >> said...

no 1-3 aku setuju.

no. 4-6 itu nak tanya. Mana ijaii tau??

no. 8 memang mengong org klik.

no. 9 tu taktik yg tidak akan berjaya di lakukan di sini, sbb tuan tanah ini mmg x pergi blogwalking ke tempat lain!! La la la....

no. 10 itu. bukan di perdaya. kalau kau tulis sepatah pun kalau org dah selalu masuk. nak masuk gak. org kata.. tak kenal maka tak cinta..

walawehhhh!!

ekekekekekeke


Tapi... ijaiii tolong buat entry untuk org yg rajin gila blogwalking.. rajin gila mengomen. tiba-tiba tanya soalan.
'eh apa nama kucing tu?'

walhal kat entry dah mention

itu maknanya dia masuk pandang2 sekali imbas tak baca terus komen.

What the what! eh.. pinjam ayat..

Mohamad Faizal said...

abe: omegatrend dia ada 2 orang je downline dia. kena carik lagi sorang baru boleh masuk RM30 sebulan

n@s: jangan terpedaya dengan perdayaan saya

tedi: tak kenal maka tak cinta? hee hee orang yang baca blog saya sebenarnya dah kena ubat guna-guna secara online susah nak pulihkan kena mintak tolong harun din

atikNAOshi said...

serius saya yang tengah emo ni tersenyum pagi2 baca blog ijaicool niii

waahhh!! kena santau ke apa

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...