Monday, September 7, 2009

Berbuka Puasa di Hotel California

Aku hari-hari berbuka puasa di dalam rumah, tidak pernah berbuka puasa di luar rumah. Memangla berbuka puasa di dalam rumah apa jiran-jiran kata nanti jika aku duduk bersila membaham nasi di jalan raya di luar rumah pula kan? Haa haa bagaimana lucu tak jenaka sambilan aku? Err ehem hrm. Semalam Pak Long-lai aku mengajak kami berbuka puasa di luar di Hotel Concorde Inn di KLIA. Mendengar sahaja yang aku tidak perlu mengeluarkan wang sesen pun, aku terus bersetuju dan terus membuat solat sunat kesyukuran.

Aku saja je tidak membuat entri ini malam tadi kerana ingin menduga Iman korang melihat gambar-gambar makanan yang lemak berkrim selepas waktu sahur. Melihat gambar-gambar ini adalah seperti melihat gambar-gambar pornografi bagi mereka yang tipis imannya; mengghairahkan dan melalaikan. Bagi mereka yang kuat iman, aku pasti korang akan lebih mensyukuri nikmat yang Tuhan berikan lalu secara serta merta memberi sedekah moreh kepada surau yang berhampiran. Memang melanggar pantang larang aku membaham benda-benda yang penuh dengan kolestrol dan lemak berlipat-lipat macam perut Fandi. Err once in a while takpe kot?

Adakah anda sudah bersedia? Sila klik Read More untuk menjilat skrin komputer masing-masing. Takpe, jilat skrin tak batal puasa.


Ini makanan yang aku ambil. Membazir itu amalan syaitan so untuk mengelakkan pembaziran, aku ambil sebanyak yang boleh untuk kerna jika orang tak ambil, lagilah membazir bukan? Ikut putaran jam: Roti Shawarma Ayam Belanda, Ham Ayam Sepang, Terung yang Disangka Cendawan, Macaroni dan Cheese, Steamed Kacang Panjang, dan Roasted Cajun Potato. Ummmm yeahhh.


da' Killa pula mengambil Nasi Ayam istimewa. Nasi Ayam ini istimewa kerana menggunakan ayam denak.


da' Killa juga turut mengambil Pasta with Carbonara Sauce and kentang bakaq. Huiii sehingga menjilat pinggan dan meja makan kami semua semalam.


Sesudah leading pelancong-pelancong asing muslim berterawih di surau Concorde, aku memulakan pusingan kedua dengan gabungan ayam dan kambing golek yang diliputi sos rahsia. Huiii lama gila aku tak makan ayam dan kambing sejak memulakan gaya hidup yang sihat.


Ini ialah mama aku. Mama aku baca blog aku so baik-baik jangan dedahkan rahsia aku sesuka hati ok.


Untuk pencuci mulut, aku mengambil Bread Pudding (tidak sesedap mak ikram buat), kuih lapis blueberry serta Malaysian Pie.


Tidak cukup dengan itu, aku turut memesan ais kacang. Dulu kat sekolah rendah mata pelajaran muzik korang ada belajar lagu ni tak? "Aisssss kaacang, aaaais ais kacang. Bila cuaca panas dan rasa dahaga, singgah di gerai ais kacang diminta, Susu dan jagung! Kacang dan Lengkong! Air gula berwarnaaaaaa....."


Wajah kekenyangan dan kesyukuran. Aku saja je nak meremukkan hati gadis-gadis lain serta arbok-arbok dengan meletakkan gambar aku bersama da' Killa. Buat pelajar Miss da'Killa, usahlah korang menggugel nama pensyarah korang belajarlah rajin-rajin Miss da' Killa sudah berpunya.

Bagaimana? Sudah mengalir cecair keputihan akibat keghairahan? Takpe certain cecair yang keluar tidak membatalkan puasa. Terima kasih kepada Pak Long sekeluarga kerana membelanja. Diharapkan Pak Long tidak meminta budinya dibalas dengan menyuruh saya pula membelanja di minggu hadapan. Assalamualaikum, selamat berpuasa semua.



8 comments:

Anonymous said...

aku tak makan makanan banyak-banyak macam kau makan ni jai, aku masuk jer maghrib baca bismillah, doa makan, selawat 3 kali, makan kurma 3 biji ngan minum air suam. pastu terus semayang maghrib.

-kusha
mufti daerah pandan indah

Anonymous said...

mudanye faizal punye mama..u anak sulung ek ke anak tunggal and da killa cantik..kawen lah cepat buat post pasal p'kahwinan anda plak;p

sI tEDI said...

mama dak ijai.. dak ijai kalau menaip memang sopan santun. la la la.

harap2 paklong kau minta belanja minggu depan. aku nak tgk. adakah sebanyak ini kau makan.

la la la la

Anonymous said...

faizal kau pon perut berlipat juga..jgn cuba berselindung..bile nak buka puasa rakan2 bangi ni..tiada ke??

-fandi-

Niza @ Anis said...

yaaa tatkala belajar subjek muzik dulu,mmg ada lagu ais kacang tersebut.pastu kena tiup recoder smbil memasukkan key key disertai simbol muzik klef trebel tah apa2.ahahahah =p

pastu ada lagu "ada seorg kawan,namanya muthu[ohhh tak pasti lirik ini].dia juga berkawan namanya ah meng.kami berkawan baik.blablablabla.heiheihei!tiga sekawannnnnn =p

Anonymous said...

wahai fendi kassim yg perut berlipat,
kalau kau nak blanje kitorang on aje..kau set date ngan tempat,pasti kami akan datang..haha..

wei jai, ape kate kite pau fendi di tampat yg sama??haha..dia masih berhutang ngan kite..

-shuhud-

Anonymous said...

wah2 abe kau laju je eh nk mngepau ak...mana boleh belanja tmpt yg sama sudah kerna aku sudah membelanja kamu org di mamak hehe...apa kata jumaat ni rakan2 bangi kita bbuka puasa di restoran village view...pls advice..thx..

-fandi-

Mohamad Faizal said...

kusha: tapi apasal aku macam nampak kelibat kau naik van mayat masa Jais buat raid tangkap orang tak puasa....

anon: saya anak tunggal. mama saya pakai fair and lovely tu nampak muda.

tedi: aku banyak amek gambar je sebenarnya makan secubit dua sahaja

fandi dan abe: sila anjurkan minggu ini. dazu kau balik bila?

niza: tau lagu ni tak "masak kariii ayam dan ikannn serta sambal belacannn. laksa ayam popiah kuih tose dan masalodehhhhh...."

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...