Friday, September 18, 2009

Berbuka Puasa di Kafe Oasis

Oasis merupakan band kegemaran aku sejak sekolah menengah setelah diperkenalkan oleh Shahrizal Jaapar. Gaya nyanyi nak taknak Liam, kesamsengan Noel menunjukkan reserved v sign tak kira di mana serta penggunaan chord-chord mudah dalam lagu mereka untuk aku tiru menyebabkan aku terpengaruh dengan irama Britpop yang sedang menular ketika itu. Lagu-lagu klasik seperti Don't Go Away, Stand By Me, serta personal favorite aku Some Might Say memang sering aku mainkan siap rekod dalam kaset lagi untuk dijual kepada kawan-kawan. Namun begitu berita pengunduran Noel daripada Oasis benar-benar meremukkan hati aku. Sebagai tribute, semalam kami kanak-kanak Bangi mengadakan majlis berbuka puasa di Kafe Oasis di seksyen 7 Bandar Baru Bangi.

Line up pada hari itu ialah aku, Dazu, Abe, Fandi, Apai dan Mizah. Di mana rakan-rakan lain tak Oasis aa korang. Oleh kerana aku tidak bekerja, aku dipertanggungjawabkan untuk mencari venue berbuka puasa. Antara tempat yang dikonsider adalah Bangi Golf Resort restaurant, Restoran Bayou Alamanda, serta maplay-maplay berhampiran. Setelah membuat kajian berdasarkan harga dan lokasi, aku membuat tempahan di Kafe Oasis. Kafe Oasis beroperasi dari pukul 9 am - 12 am setiap hari, tapi bulan puasa depa bukak lambat sikit. Di bulan Ramadan ini, mereka mengadakan promosi buffet dengan harga yang berpatutan iaitu RM29.90 seorang yang terdiri daripada 40 jenis hidangan tanpa babi, serta boleh memilih satu hidangan utama yang terdiri daripada Chicken Chop, Beef Steak serta Lamb Chop. Lokasinya terletak di belakang restoran Sup Urat Ketin di seksyen 7. Kafe ini memiliki suasana serta ambience padang pasir dan lagu Oasis berkumandang di udara. Surau dan gymnasium pun ada untuk kemudahan korang. Untuk maklumat lanjut serta peluang kerjaya di Kafe Oasis, sila layari http://kafeoasis.com.my/



Sila klik Read More jika anda sudah bersedia untuk melihat gambar-gambar ghairah.



Bukti saiz pinggang aku kini 34", sumpah aku tak kawal pernafasan.


Ini hidangan pembuka selera aku yang terdiri daripada spaghetti berserta kentang dan balls, salad campuran yang menyihatkan serta sup cendawan yang rasanya seperti sup pasir. Spaghetti = ok, salad = superb, sup = campakkan ke laut.


Ini pula adalah hidangan utama, chicken chop oasis. Boleh tahan rasanya. Aku tidak mengambil lamb dan beef kerana doktor kata red meat banyak kolestrol.


Ini pula makanan asas Fandi. Di dengan tamak mengambil spaghetti dengan sos carbonara, nasi goreng sosej orang Asia serta sup cendawan beracun. Abe dan Dazu memesan nasi goreng serta keropok rota.


Fandi gembira kerana tak perlu balik awal untuk solat terawih pada hari itu. Malam tadi semua tak terawih so korang jangan ingat boyfren korang bertaqwa sangat jangan tertipu dengan dakwaan yang mereka solat terawih hari-hari.


Apai dan Mizah datang lambat sikit, disyaki berbuka dengan cara yang tidak sepatutnya di dalam kereta. Alah dah halal apa salahnya kan.

Sesi berbuka puasa disudahi dengan sesi mengumpat musuh lama, gadis lama, serta berita tertangkapnya 'Rasul Melayu'.Puasa tinggal sehari apa kata korang pergi berbuka di Kafe Oasis petang karang. RM29.90 untuk semua di atas, memang worth it la. Jangan pergi kafe Akhil Hayy bodoh sekali masakan dia.



4 comments:

Anonymous said...

kau dah try kafe akhil hayy ke??haha mesti ada menu sup kangkang waheeda hahaha...ak tgk website oasis ni kt seksyn 7 la lokasinya faizal...mne pic steak half cook ak tunjukkan la hehe...

p/s: abe pura2 mengantuk di rumah kau bila pulang die bermain mercun..tak ajak kita pon...

-fandi-

Mohamad Faizal said...

ha'ahla seksyen 7 takpe aku sudah betulkan. tak baik kau hina waheeda hina akhil sudahla. abe ghairah melihat aksi kulum bruno pastu tak terawih

Anonymous said...

haha abe blk rumah guna botol kicap pn jadi...pastu sumbat mercun das kt blkg dan tembak ke arah pokok kelapa dpn rumahnya haha...

-fandi-

Anonymous said...

mcamana akil hay boleh terkait dgn kafe nih..pegila makan kat situ tanye sape tokey sebenar?
komen tak bertempat...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...