Wednesday, September 23, 2009

Berhari Raya di Rumah Anas

4 Syawal 2009. Hari ini aku kembali bekerja. Aku secara automatik akan bangun pada pukul 5 pagi tanpa dipaksa. Aku sudah berniat untuk puasa enam hari ini tetapi tak jadi. Ahh malasnya hendak kembali bekerja. Pasti ramai orang Australia yang merindui aku untuk menyelesaikan masalah Internet Explorer 8 mereka. Jalan raya masih lagi lengang kerana orang ramai masih bercuti di kampung. Sampai sahaja di pejabat, semua orang menuduh aku sudah kurus dan lebih segak daripada biasa. Aku tak nafikannya. Namun pujian bertukar menjadi cacian kerana aku tidak membawa rendang yang dijanjikan.

Amacam menarik tak epilog pembukaan aku? Macamtula kalau nak dapat markah tinggi dalam Kertas 2 Bahasa Malaysia Sijil Pelajaran Malaysia. Aku menyiapkan kerja dengan pantas kerana ingin pulang berhari raya setelah Anas menghantar mesej menjemput aku ke rumah terbukanya. Aku terus singgah ke rumah Dazu dan menggodanya untuk membawa PS3 ke rumah aku. Abe dan Fandi menyusul kemudian dan kami berparti liar dengan bermain Call of Duty: Modern Warfare. Best gila aku menusuk Fandi dari belakang. Ahhh. Macam tak kena je bunyinya. Lepas tu main Virtua Tennis mendengar jeritan ghairah Sharapova.



Akibat lalai, kami hanya bergerak ke rumah Anas pada pukul 6 petang. Sila klik Read More untuk berhari raya di rumah Anas.

Di rumah Anas kami membaham nasi minyak lauk ayam masak tomato, terung masak dal, acar, serta ada laksa dan mee kari. Aku tak ambil gambar makanan takut nilai kolestrol kembali bertambah setelah turun daripada 7.6 ke 5.7 tempohari. Oh yeahhhh. Sambil membaham, kami berbincang tentang kisah-kisah silam yang hitam yang berlaku kepada Ikram. Dazu juga membawa hadiah pakaian bayi untuk Anas dan Zack. Anak Anas telah disahkan berbelalai tetapi Dazu membeli pakaian bayi wanita pula. Ish ish ish Dazuuuuu.



Siapa yang mengandung ni Zaahirah ke Anas. Bawak-bawakla berhenti minum minuman keras Anas oi. Maksud aku, minum ais tak elok.



Serius doo aku dah kurus. Fandi dan Anas semakin boroi. Abe semakin cerah. Eh?


Oh esok Dazu akan berakit ke Sarawak untuk bercinta. Diharapkan kau dapat menjadi contoh yang baik untuk kami di sini agar tidak bersentuhan telinga antara lelaki dan wanita. Haa haa. It's ok Dazu. Kau tahu kami semua sayangkan kau. Belikan mama aku fridge magnet Kuching satu ok.



3 comments:

Anonymous said...

ya dazu...
tolong belikan aku sumpit buatan kaum iban..nanti main call for duty senang aku nak sumpit korang..haha..
kematian ditusuk pisau dari belakang dalah kematian paling sadis..haha..same la mcm kemtian ketika sdang meniarap dlam semak..haha..

-shuhud-

Mohamad Faizal said...

sniper terhebat kenala menyorok dalam semak. apasal kau homoseksual sangat malam tadi malam inila kita berfoya2

Anonymous said...

haha cibai kau menusuk ak kerap juga ya faizal..tak pe ak da kalahkan kau dlm wii tennis dgn teruknya hahaha..=P

-fandi-

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...