Tuesday, September 29, 2009

Bukti Aku Ini Curvy dan Langsing

Pada hari Ahad yang lepas, aku pergi bertemujanji di salah sebuah kompleks membeli belah yang terkenal di Putrajaya. Di hujung minggulah peluang aku untuk membaham makanan yang mahal dan tidak berkhasiat. Sejak mengamalkan gaya hidup yang sihat, aku kini sudah menjadi vegetarian pada hari bekerja bagi mengawal kadar kolestrol serta mengelakkan berat badan bertambah. Aku dapat rasakan yang 1 pack aku kini secara perlahan-lahan berubah bentuk menjadi 2 pack. Aku pasti, dengan usaha gigih aku figure asal aku iaitu 4 pack akan kembali di perut aku.

Untuk membantu aku mencapai impian Ilyana aku, aku bercadang membeli alat sukatan berat sebagai peringatan kepada aku untuk menjaga berat badan. Kadang-kadang kita ni nampak je kurus, tapi berat badan melebihi berat peha Syanie. Maka dengan adanya alat penimbang berat, dapatlah aku bajet samada hendak muntahkan kembali ataupun berakkan saja jika aku telah makan makanan melebihi daripada yang sepatutnya.

Pada mulanya aku bercadang membeli penimbang berat badan di kedai senaman tetapi semuanya canggih-canggih belaka pakai ada yang pakai touch screen dan ada kamera 3.2 megapixel. Dah canggih harga pun pastila canggih juga kan. So kami membuat tinjauan di dalam Carrefour. Ada satu brand sahaja. Pada mulanya aku ingin beli penimbang analog demi menjimatkan kos, tetapi penimbang yang dijual semua nampak sangat defectnya. Apa neraka semua ini? Aku aku grabla sebuah alat penimbang digital yang berharga RM 49.00.



Sudah beli mestila mau testis kan. Tapi kaunter testis dia tiada bateri yang secukupnya untuk mengetest produk yang aku beli. What the whattt? Marah aku dalam Bahasa Inggeris. Pekerja itu kata tak mengapa sebab ada warranty seminggu. So aku pun pulangla ke rumah dengan perasaan separa gembira. Sampai sahaja di rumah terus aku mencubanya. Hati aku terus membara apabila alat penimbang digital aku tidak menyala. Memang mencarut aku ketika aku.Terus aku sarungkan seluar pendek untuk mendedahkan aurat untuk kembali ke Carrefour untuk menuntut peralatan yang berfungsi. Nak mengamuk dan mencarut kan so tak sesuaila aku berbaju melayu. Penat tau aku memandu. ENTAH MENGAPA, tatkala pekerja itu mengetest barangan aku, depa teruih menyala. Fark. Taktiknya adalah dengan menhempaskan alat penimbang itu ke katil dan mesin itu akan menyala (betul tak tipu).

Sila klik Read More untuk melihat bukti yang aku telah ramping.



Oh yeahhh. Suck on that bitches. Berat badan aku ketika Ramadan ialah 68 kg. Kau lihat di atas, aku masih mampu maintain 68kg walaupun telah membelasah nasi himpit dan kuah kacang tanpa henti baru-baru ini. BMI aku kini normal, tidak lagi dianggap gempal seperti Fandi. Jangan lupa perjudian charity event kita, jika aku mampu maintain bawah 70 kg sepanjang bulan hadapan, korang harus membuat karangan pendek tentang kejayaan aku. Jika aku tewas maka aku akan belanja korang Bak Kut Teh.

Assalamualaikum.



7 comments:

Muaz said...

aku musykil kenapa ko pakai socks?

p/s: khamis petang ko balik kerja kul brapa? aku maybe turun bangi kut

Mohamad Faizal said...

untuk melindungi kaki aku daripada buruan foot fetish di luar sana. cemburu ke berat badan aku jauh lebih ringan daripada kau.

aku balik kerja awal ah demi kau nanti.hubungi saja aku

Anonymous said...

yela nape ko pki stokin??jgn2 tu kaki mak kau tak..pastu kat celah kaki mak kau kau pijak seblah kaki kau utk menambah berat kerna mak kau sure tak berat sgt..jadila berat bersih 68kg hehe..prt ko menten bsr je ak tgk..

-fandi-

wake me for meals said...

kaki jer? muka takder? ntah kaki saper la tu...huhuhuh...ingat cabaran kita jai! aku mmg mengidamkan kuih cornflakes di hujung bulan ini!!!


-kusha-
remaja 45kg

datillah said...

Mohamad Faizal berlari2 anak atas treadmillnya x pakai kasut, tapi pakai stokin ^0^

hehe...

Anonymous said...

Faizal pakai socks n shorts sambil lari2 anak? That's sexy haha


-Jamil

Mohamad Faizal said...

fandi: tak munasabah sungguh teori kau. nampak sangat kau marah sebab berat badan kau mencecah 90kg sekarang.

kusha: ayuh! kau pun jgn lupa, jika aku menang kau harus membuat karangan pendek tentang kejayaan aku serta sediakan kuih sarang semut

datillah: ala babe u belikanla i kasut jogging nose satu

jamil: you think so? aww so sweet thanks jamil.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...