Wednesday, September 16, 2009

First 5 Minutes of Grey's Anatomy Season 6 Premiere

Hoit siri televisyen Amerika kini kembali satu persatu. Seronoknya! Seronoknya! Sudah tonton ke One Tree Hill dan Gossip Girl terbaru? Dua-dua aku tidak ikuti. Hanya membariskan gadis-gadis menawan dan mungkin seorang dua jantan kacak untuk menarik jejaka-jejaka dayus seperti Fandy Uniten untuk menontonnya. Haa haa. Akan tetapi menonton Greys bagi seorang lelaki boleh dikategorikan sebagai dayus juga kan Apai? Ayuh kita lihat sedutan episod pertama musim ke-6 Grey's Anatomy.



Click Read More to discuss your thoughts and conspiracy theories!

Seperti yang kita tahu, pada season 5 finale dahulu, Izzy dan seorang John Doe yang disyaki George yang mukanya dilanggar bas telah didatangi malaikat maut, tetapi kita tidak tahu siapa yang meninggal dunia. Namun begitu semua sudah pasti boleh mengagak George yang akan meninggal dunia kerana pelakonnya T.R Knight Rider sudah tidak mahu berlakon lagi kerana dia ingin pergi menunaikan umrah.

Well memang benarla George meninggal dan Izzy hidup. Akan tetapi, assuming korang sudah menonton video di atas, muncul pula persoalan bahawa yang mati itu bukan George setelah Lexie menyedari itu bukan buku lali George. Jika George tidak mati, funeral siapa yang mereka hadiri? Berikut adalah teori-teori yang munasabah:

1) Lexie silap dan John Doe itu memang George.
2) John Doe bukan George dan majlis pengebumian itu sebenarnya adalah majlis persandingan tepung tawar Meredith dan Derek.
3) Teori yang terpesong daripada landasan ialah teori George survive dan digantikan dengan pelakon lain setelah menjalani pembedahan plastik.

The premiere will air on 24/9. Cerita-cerita lain yang aku bersedia untuk kembali mendownload adalah The Office, 30 Rock, Heroes, Family Guy, South Park dan Supernatural untuk da' killa. My Name Is Earl sudah diberhentikan, Lost pulak tahun depan.

Satu lagi, adakah kalian menonton insiden Kanye West (adik Taribo West) dan Taylor Swift? Did you see the look on Taylor's face? Nak menangis dah minah tu. Bastard kau Kanye.


WKRG.com News

Oh gossip orang putih aku lawat perezhilton.com, gossip melayu aku lawat ohartis.com



8 comments:

Anonymous said...

wei jai..
blog kahar ahmad tu dah kene hack dowh..haha..lawak gile aku bace penjelasan dia..

-shuhud-

Mohamad Faizal said...

tu ah tapi dia dah buat blog baru. kau jangan jadi pengikut pulak

Anonymous said...

nymph gile kat kanye west...cian taylor swift..jadi esok bbuka rmi2 ni??

-fandi-

Eliza said...

mungkin george gay ubah pikiran tak jadi pegi umrah and continue belakon balik kot.....

I love George Gay.

Susah nak caik mamat gentle macam tuh.

andrew said...

Bro,

Gossip girl is way better not oni coz of the gurls :P but for the way way many other reasons..

o btw, did u see hw ManU performed?

Anonymous said...

kahar ahmad tu dh kene tangkap dah kesian hahaha padan muka


Jamil

Khairul Afandy said...

hahahha...One Tree Hill terbaik ijai..ko bleh karang ayat2 cinta utk Da'Killa nnt..heheheh

Mohamad Faizal said...

fandi: jadila kau jangan buat perangai pulak. sila beri cadangan mahu berbuka di mana sebelum pukul 12 tengahari.

eliza: ala watak dia sudah tiada jalan cerita yang menarik, elok sahaja dimatikan

andrew: gossip girl is made for hamsap like you bro

jamil: padan muka dia. woi jamil aku yakin kau boleh reschedule kelas kau untuk bersama kami petang ini

khairul afandy: alah cerita dia asyik2 bercinta, bersetubuh, berpisah, bercinta balik pastu main basketball. lagipun peyton dah takde malas ah. eh camana aku tau nih hee hee

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...