Tuesday, September 15, 2009

Hadiah di Bulan Ramadan

Aku memiliki pelbagai aksesori berasaskan Liverpool seperti scarf Liverpool, mug Liverpool, Tshirt Champions League Liverpool, sweater Liverpool, keychain Liverpool, snowcap Liverpool serta tatu pakai buang Liverpool. Namun begitu, aku tidak memiliki gajet yang paling penting iaitu jersey Liverpool. Berikut adalah faktor-faktor utama mengapa aku tidak memilikinya:

1) Sebagaimana yang kita tahu, penaja utama Liverpool adalah Carlsberg. Walaupun aku kadang-kadang tak sembahyang subuh, namun aku tahu menayangkan jenama minuman keras dengan penuh kebanggaan adalah berdosa. Apabila aku memakai apa-apa sahaja yang berkaitan Liverpool, aku akan memakainya dengan penuh kebanggaan, termasuklah ketika aku solat Jumaat. Takkan nak pakai Kasbeg mendengar khutbah kan kena halilintar la aku nanti.

2) Tatkala keimanan aku menjadi tipis, aku berazam juga hendak membelinya. Namun keimanan kawan-kawan aku pula yang menghalang. Aku tidak membeli jersey Liverpool aku di sini kerana harganya di luar negara lebih murah serta lebih berkualiti. In fact, semua aksesori yang aku sebut di atas semuanya dibeli di luar negara (kecuali sweater beli kat al ikhsan). So aku kirimla jersey Liverpool kat kawan aku Mohd Dazrul Syariz bin Sabardin yang berada di England. Tapi dia taknak semangat Biro Agama MRSM Jasin dia masih menebal di dalam diri. Siap bagi tazkirah lagi kat aku kata tak elok pakai baju pamerkan arak. Blah la lu Dazu padahal dia cemburu sebab dia peminat Manshitter. Btw kawan-kawan, Dazu dah balik petang karang datang rumah aku Dazu.

3) Faktor yang ketiga ialah kemungkinan halangan daripada Mama. Dulu aku ada beli baju neraka kat Sogo dengan Abe. RM30, kaler hitam, logo Shell yang dimodify tapi dia buang ‘s’ tulis Hell. Aku pakai sekejap sahaja di rumah, Mama aku nampak lepas tu terus nak bawa aku jumpa Harun Din sebab takut aku terpengaruh dengan budaya Black Metal yang sedang popular ketika itu. Keesokan harinya, baju itu terus hilang daripada almari aku. Aku tanya mama aku mana baju tu, mama buat-buat hilang ingatan. Kalau baju Liverpool aku yang dirampas, memang lari dari rumah aku.

Namun berkat bulan Ramadan yang mulia ini, sesuatu yang istimewa telah berlaku. Mungkinkah aku telah mendapat Lailatulqadar? Liverpool telah menamatkan hubungannya dengan Carlsberg dan Standard Chartered akan tertera di jersey Liverpool. OMG! Sila klik Read More untuk berita yang menggembirakan ini.

You can read about it here: http://www.liverpoolfc.tv/news/drilldown/N165741090914-0000.htm

And here: http://soccernet.espn.go.com/news/story?id=676010&sec=england&cc=3436

Aku terus order online kat www.liverpoolfc.tv, pagi tadi lepas sahur sampai. Jangan jeles melihat jersey baru aku ini. Aku ambil gambar khas untuk korang kagum dan cemburu.





11 comments:

Anonymous said...

mungkin berkat bulan ramadhan ni terbukak hati diaorang untuk menamatkan kontrak ngan carlseberg....ala kalau kau nak pakai jersi carlsberg tu boleh jai, tapi kau modified la jadi carl's jr...long live the kop!


-kusha-
rakyat liverpool di malaysia

Anonymous said...

jai aku dah gunakan akunye wild card. team aku skarang cukup garang. ade 3 liverpool players dalam team fantasy league aku skarang. haha.

adam

Anonymous said...

haha..aku ingat lagi baju shell kau tu..gile cool..haha


-shuhud-

Anonymous said...

Carlsberg tiada di baju...tapi menyokong pasukan gerrard yg sering melepak di bar tetap haram hukumnya.

P/S: senang2 lihat la table koka kola league...kami pasti kembali garang...toon! toon!

~AkuApai

IT'S Me N.a.N.a said...

adoi..tak tahan lar baca ayat kamu nie..hihie..

Anonymous said...

Ala kalo pakai jersey bertulis "MEKAH" pun tapi ponteng semayang jumaat buat ape.

- M Fitri Husin

Mohamad Faizal said...

kusha: aku modified jadi yusuf taiyoob terus baru ada keberkatan main bola

adam: biar aku teka, johnson, benayoun, torres??

abe: belikan aku baju heaven

apai: ameobi minum brown ale lagi tinggi alkohol, lagi besar dosa

nana: kena tahan, kalau tak tahan batal puasa

fitri: kamon aku ada bukti masuk kosmo semayang jumaat. kau?

Anonymous said...

haha mcm klakar plak..standard chartered..sbb liverpool cam da sinonim ngn carlsberg die tu..=P

Anonymous said...

-fandi-

Anonymous said...

lerrr aku baru tau pasal bende ni dkt suratkhabar rupe2nye dah ada kat blog ijai hahaha mari beli jersey ramai2


Jamil

Anonymous said...

tak mau ak beli jersi liverfool...kalau bagi free baru la ak pakai..itu pon pakai buat lap kaki je kot...hahahaha...

-fandi-

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...