Sunday, September 20, 2009

Happy Birthday Apai!

Hai kawan-kawan. Bagaimana dengan sambutan hari raya anda? Semalam 19 September 2009 ataupun 1 Syawal Tahun Gajah merupakan hari jadi Amir Rashidi ataupun Apai. Apai merupakan salah seorang bff aku. Jika korang menyetalk blog aku hari-hari, korang pasti tahu Apai baru melangsungkan perkahwinannya baru-baru ini. Daripada riak wajahnya pada gambar di bawah, kita boleh mengassume yang Apai ini seorang yang wara' dan bertaqwa. Usah terpedaya, Apai sebenarnya seorang yang boleh menjadi horny tanpa sebarang rangsangan yang kukuh. Tapi setelah berkahwin, maka tak perlulah ringan-ringan lagi bukan. Berkat usaha Apai yang 'kejap tetapi kerap' Apai dan Mizah kini bakal menimang cahaya mata. Wooohooooo.


Sila klik Read More untuk mengenali Apai dengan lebih lanjut.

So semalam, sempena hari pertama Syawal, kami rakan-rakan Bangi yang line upnya terdiri daripada aku, Abe, Ikram dan Dazu melakukan sesuatu di luar tabii dengan pergi bersolat Isya' berjemaah serta bertakbir raya di Masjid al-Hasanah. Fandi pula pura-pura tak dapat mesej sebab dia memang malas sembahyang. Haa haa. Sesudah bersalaman dengan imam, kami pun melepak di McD sambil menonton cerita Salam Terakhir lakonan Rosyam Nor. Sedih doo cerita tu. Sambil itu, kami mengadakan sesi mengumpat secara bertubi-tubi kerana Ramadan telah berakhir. Tiba-tiba aku teringat yang hari itu ialah hari jadi Apai. Oleh kerana syaitan telah dibebaskan dari belenggu, maka syaitan-syaitan pun berbisik ke telinga kami untuk bergurau senda secara kasar dengan Apai.

Anda semua kenal Ainul Aishah? Alah yang muka macam pekerja mapley Ameerali yang selalu berlakon cerita mamak jugak tu. Dulu dia bersekolah dengan kami dan percaya atau tidak dia mempunyai skandal dengan Apai. Mizah kalau dengan nama dia je mesti bertukar menjadi incredible hulk punya. Apai tiada nombor Dazu. So kami pun menghantar mesej daripada HP Dazu kepada Apai:

"Selamat hari jadi awak! xoxo - Ainul Aisyah"

Tiada reply malam itu. Mungkin Mizah sudah terbaca dan mereka sedang mengalami pergaduhan besar buat kali pertama sejak berkahwin. Kami hanya ketawa terkekek-kekek dengan spekulasi-spekulasi yang kami cipta sendiri. Keesokan harinya, Dazu menghantar sms ketika aku sedang sembahyang raya:

"Thanks. slmt hari raya! mane dapat no? - apai reply. cane duh haha"

Hahahaahahah terus aku tergelak seorang diri ketika khatib sedang membaca khutbah lalu aku diusir daripada surau. Memang priceless. Abe memang keji menyuruh Dazu untuk terus mendorong Apai jatuh ke lembah kecurangan dengan menghantar sms godaan susulan, but aku dan Dazu tidak sampai hati, itu sebabnya aku memberi penjelasan di entri ini. To be fair to Apai, even if Apai thought that the message was really from Ainul, I am sure that he was just being polite by replying to the message. Apai cintakan Hamizah tanpa berbelah bahagi, and Ainul is not that hot anyway.

Anyway, sudah pasti kesilapan kau akan kami ungkit setiap masa. Haa haa. Ayuh kawan-kawan, ucapkan Selamat Hari Jadi kepada Apai!

p/s: sori jamil aku termiss hari jadi kau. Selalunya akan datang emel bagitau ketibaan besday rakan-rakan, tapi tiada pula tarikh harijadi kau. Happy belated birthday Mohd Jamil Fathi bin Jamaludin bin Omar.



16 comments:

Anonymous said...

gile keji perangkap korang. hahaha. aku kene berhati hati in the future.

adam

Anonymous said...

haha...
hepi besday apai n jamil..
mizah jgn risau,suami kau seorang lelaki yg baik..haha


-shuhud-

Anonymous said...

jai,aku ngan fendi dah tau tajuk cite zul yahya tu..kabir hero kabir zero..haha..

-shuhud-

Anonymous said...

mmg keji sampai aku ada 2nd thot dah skrg.

Anonymous said...

Korg mmg zalim....xtido aku di mlm raya memikirkan tawaran pelakon tambahan yg mane la tau kot2 A.Razak Mohaidin nk offer. Btw, berpeluh jgk la aku menylow talk mizah di ptg raya

~AkuApai

Mohamad Faizal said...

adam: haha jika nak kenakan kau kami pasti menggunakan nama gadis yang boleh membuatkan Shikin mengamuk sehingga suruh hantar balik Qatar terus. jeng jeng jengggg

abe: baik di hadapan mizah je bersama kita terus jadi watak jahat farid kamil

anon: tak faham. tulis nama please

apai: haa haa sorila jika mizah suruh kau tidur atas sofa malam tadi

Anonymous said...

gurau pasal kecurangan adalah benda paling tak lawak di dunia okay.

om.

Mohamad Faizal said...

cik qairom, ada banyak lagi perkara-perkara yang jauh lebih ekstrim yang kami guraukan among rakan2 bangi termasuklah dazu, tetapi kami tidak kisah kerana kami semua rakan baik dunia dan akhirat. betul tak rakan-rakan?

mungkin sementara anda masih bercuti anda boleh datang sini duduk bersama kami ketika sesi boys talk untuk mengenali kami dengan lebih lanjut. bagaimana?

Anonymous said...

yup,betul jai..
lawak mengejek nama keluarga juga amat popular di kalangan rakan2 bangi,especially time buat karangan atau tatabahasa pn maudziah..haha..
tapi jgn risau,kami jejaka2 bangi semua berhati baik lagi mulia..

-shuhud-

z a t i said...

hahahhaha. keji sial.
aku bayangkan apai reply dlm toilet mcm cerite2 suami curang kt saluran rtm.

ampun mizah. tk sengaje gelak.

Anonymous said...

haha hpy bday apai n jamil...kami lelaki bangi mmg baik...paling jahat pn sejahat faizal je ape la sgt...hahaha...

-fandi-

Anonymous said...

ya encik faizal, mungkin menanamkan rasa ragu di hati isteri yg 3 bulan mengandung terhadap suami perkara biasa di bangi. apologies. also, the question was not about betapa ekstrimnya gurauan korang (sapalah yg x gurau ekstrim ngan besprens kan), tapi pasal sensitivity. sometimes we need to know where and when to draw a line. mungkin bagi sesetengah orang infidelity is not an issue and kalau x libatkan mizah (wpun aku x kenal dia) aku x kisah kot.

p/s: ejek-mengejek keluarga baru nak UP skrg ke kat bangi. tmpt yang mundur byk sumpit ni perkara tersebut so 15 year ago. sian.

Anonymous said...

betul juga kata2 om tu. aku sbg pghantar sms la plg bersalah walaupun sms tu bkn idea aku (identiti pencetus idea dirahsiakan demi kemaslahatan umum). ampun apai-mizah!

-dazu-

Anonymous said...

aku setuju dgn om . nak gurau dgn rakan2 gurau lah . tp libatkan perasaan org lain mmg tak brp best .=)

slmt hari raye.

-sanah-

Mohamad Faizal said...

eh apasal kau komen kat entri tahun lalu.

fakta: tak melibatkan perasaan orang lain langsung. kawan aku apai exaggerate sahaja. tiada isu pun sebenarnya. bini dia, mizah, langsung tak marah pun sebenarnya sebab dia tahu kami yang buat

Anonymous said...

macam haram punye joke! hahaa.. btw, ainul satu kelas ngan aku mase form 5..

-diha

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...