Friday, September 25, 2009

Hari Raya Tidak Indah Lagi...

6 Syawal. Pernah tak korang melakukan sesuatu yang menyebabkan korang murung dan patah hati sepanjang hari? Pernah tak korang merasa bersalah terhadap tindakan cuai anda sendiri? Pernah tak korang dihantui penyesalan sepenuh hati dan bertaubat taknak buat lagi setiap kali selepas masturbasi?

Pernah tak korang melanggar kucing sehingga mati? Klik Read More untuk sama-sama menginsafi. Wahh memang rhyme habisla introduksi aku ini.

Aku bangun pagi pergi kerja seperti biasa. Aku memasang cakera padat Green Day dan memutarkan lagu 21 Guns berulang-ulang kali. Pagi itu sama sahaja seperti pagi semalam. Jalanraya yang sunyi. Langit pun masih gelap lagi. Di jalan rumah aku korang tau-tau ah mana ada lampu jalan. Aku memandu 80km/j kerana tiada kenderaan lain. TIBA-TIBA! Prottt aku terkentut. Saja je nak bagi suspen cerita aku ini. TIBA-TIBA LAGI SEKALI lampu kereta aku menyuluhi kelibat seekor binatang yang disyaki seekor kucing yang duduk betul-betul di hadapan aku. Memang dia senang enak beristirehat di atas jalanraya itu. Aku menekan brek sekuat hati. Namun aku tahu memang sudah tidak sempat lagi.

Kung! Kedengaran seperti kereta aku melanggar sesuatu. OMG. What a horrible feeling. Aku tertanya-tanya adakah kucing itu meninggal dunia terus ataupun menderita sambil menggelintin seperti ikan yang baru dipancing dahulu sebelum dilanggar kereta lain. OMG. Sepanjang perjalanan aku meratap hiba dengan tindakan aku tu. Buat kerja pun serba tak kena teringat kalau dia ada anak-anak kecil siapa nak susukan nanti. Naufal? Huh. Pulang dari kerja aku cuba-cuba melawat tempat kejadian, tetapi aku tidak jumpa mayat kucing itu. Mungkin dia survive tapi tidak dapat hidup sempurna kerana buah pinggangnya telah hilang sebelah. Mungkin. Oh Tuhan maafkan dosa hamba-Mu ini.

Sekarang baru aku faham perasaan kau Adam apabila kau bunuh kucing yang sedang enak tidur dalam rim kereta abang kau.



7 comments:

sI tEDI said...

Ya Allah ijai.. kau langgar kucing tu ke tak??? Aku harap2 tidak..

aku kalau nampak kucing tepi jalan mati kena langgar aku sanggup berhenti dan alihkan ke tepi. itu sahaja yg aku mampu walaupun aku nak buat lebih dr itu dgn menanamnya... :(

aku harap kucing itu tak mati dan tidak cedera. kalau luka2 tidak mengapa...

Anonymous said...

time aku terlanggar anak kucing yg tidur dalam rim kreta abang aku (aku dah tengok bawah tayar just in case tapi anak anak kucing tu tidur dalam rim tak nampak)... mak die duduk kat tepi tengok anak dia mati tapi tak brani nak dekat sebab takut ngan aku.

sedih gile.... urgh. T_T

adam

Mohamad Faizal said...

tedi: aku rasa dia tak mati sebab mayat dia takde masa aku balik kerja. mungkin cedera parah dan amnesia je.

adam: kau dengar tak bunyi penderitaan dia masa kau hancurkan tulang2 dia....(saja nak buat kau lebih miserable daripada aku)

z a t i said...

aku siap terlanggar anak kucing aku sendiri :( horrible gile perasaan dengar bunyi tulang-tulang patah.kucing mase die kecik2 mmg ade sifat kalau takut bunyi enjin keta lari masuk bawah keta sebelah tayar. aku ingt die ilang g menyorok bawah akuarium.
smpai sekarang mata biru beliau menghantui hidup aku. tsk.

Mohamad Faizal said...

terima kasih zati kerana berkongsi pengalaman meyayat hati anda.semoga kita terus tabah menghadapi hari yang mendatang

anak pak li said...

Lek ar. Kucing tu br nk ilang nyawa 1st dia. Sbb tu dia tegar je lepak tgh jln Ada baki lg 8 nyawa.

dudu said...

cara-melatih-anjing-berjalan-di-samping
melatih-anjing-berjalan-dengan-tali
melatih-anjing-pura-pura-mati
melatih-anjing-betah-di-kandang
cara-melatih-anjing-agar-tidak-keluar-rumah
cara-mudah-melatih-anjing-bermain-lempar-tangkap-bola

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...