Sunday, September 13, 2009

Jawapan Kepada Persoalan Gadis-gadis: Episod 2

Assalamualaikum gadis-gadis. Masa yang ditunggu telah tiba. Korang tidak perlu membeli buku-buku tentang lelaki di MPH untuk memahami kami. Tanyalah terus kepada yang pakar. Saya telah merekrut seorang ahli panel jemputan yang sememangnya memiliki pengalaman persetubuhan bagi membantu kami menjawab soalan-soalan yang penuh emosi daripada korang kaum Hawa. Apa kata kita berkenalan dahulu dengan ahli-ahli panel.



Dari kiri:

1) Aku. Tubuh badan tak penting, yang penting rupa.

2) Ahmad Shuhud. Warna kulit tak penting, yang penting rupa.

3) Khairul Afandi. Keboroian di perut tak penting, yang penting rupa. Jika tiada rupa, pembedahan plastik sahaja

4) Adam Johari. Berjauhan dengan isteri, genggaman tangan jadi pengganti.

5) Amir Rashidi. Menggauli isteri setiap hari.

Ahli panel jemputan: Syed Muhammad Muaz. Status: berkahwin dan memiliki seorang anak perempuan. Saiz seluarnya bersaiz 38" walaupun minum shake aneh Herbalife. Kau puasa ke tidak ni.

Jantan-jantan ini akan membantu korang gadis-gadis untuk memahami isi hati serta perlakuan abnormal seorang lelaki. Sila klik Read More untuk mengetahui jawapan kepada persoalan gadis-gadis dalam entry yang lalu. Bagi mereka yang tidak meletakkan nama ketika bertanya soalan, jangan tesinggung dengan nama-nama yang aku berikan. WARNING! Entri ini sangat panjang ok kerana banyak benar soalan korang.

Soalan 1

Lelaki tetap sayangkan bini dia ketika mengandung?? Apa yg berlaku dgn Nora Danish tu..Suami dia tinggalkan dia time dia pregnant..Jawab jangan x jawab..

Chua Shi Yun, Klang


Sally menjawab:

Hai uolss. Alahh laki dia tu curang sebab ada PEREMPUAN lain yang dedahkan cleavage kat dia. Siapa lagi kalau bukan si puaka kubor tu so not entirely his husband's fault okayyy. Alah si Nora kalau uols lawat ohartis.com boleh je tengok dia berparti liar kat kelab malam mabuk2 masa tengah berpantang.

Soalan 2:

aku baru break up dgn bf aku. aku stat dgn dia as a fren. tp sbb dah break up terus tak berkawan. sedih siot hilang kawan. apsal lelaki ni cam ego gila ajak jumpa as a fren pon tanak. bukan ajak kuar dua2 pon. secara berjemaah. macam running away la kiranya. tp still msg aku cam biasa. gi holiday pon belikan aku hadiah lagi. apakah maksudnya semua itu?(mungkin dia tiada niat lain, mungkin aku perasan owh malu)

kalau lelaki cakap sesuatu wajar ke kita percaya. sebab lepas break up aku semacam trauma dgn lelaki. dgn adik aku pon aku skeptikal. macam talks are cheap. duhh~

gadistakpaham, putrajaya


Ahmad Shuhud menjawab:

ada beberapa kemungkinan:
i) mungkin dia trauma akibat perpisahan yg terjadi (lagu Perpisahan Terasing dendangan KRU sebagai lagu latar...haha).

ii) mungkin dia malu ngan anda especially kalau dialah punce perpisahan lepas tu tetibe dah sedar kesilapan die...

iii) mungkin die menyampah ngan anda..especially kalau andalah punca perpisahan..

iv) mungkin dia dah ade orang lain, nanti gadis dia marah kuar ngan ex girlfriend walaupun ramai2..pompuan biaselah cemburu..

kenapa still belikan hadiah?

i) dia still ingat kat anda walaupun di mana2 dia berada..memori ketika bersama mungkin masih segar dalam ingatan dia (ni ayat karangan mase form 3..haha..)
orang kate cinta pertama sukar dilupakan (tapi ia tidak berkesan terhadap ijai)..

ii) mungkin dia masih konfius nak sambung blik ke@ nak cari pompuan lain..so for the time being, maintain je la sms ngan bagi hadiah supaya tak lost contact ngan anda..
sekian wassalam.

Nota editor: Berkawan selepas berpisah adalah dongeng semata-mata. Kami ego, kami hanya menegur anda di YM atau Skype sahaja. Di hadapan kawan-kawan, mestila buat-buat benci dan tidak kenal. And that my friend, is the ugly truth (baru lepas tengok cerita the Ugly Truth).

Soalan 3

Nape laki bawa laju takpe..tapi dia takkan bagi pompuan (awek @ bini) bawa laju??
abang saya bawa macam pelesit xpe..tapi bila bini dia bawa 110km/j di highway pantai timur, dia marah gile2!!! padahal kete x banyak masa tu...x patut tol!!!!

enulwanie, Kota Bharu


Amir Rashidi menjawab:


Ego beb.....laki nih slalunye ego melangit.....diorg mesti bwk kete laju2 punye...lagi laju lagi hebat laa.....cekap laa drive macam F1....ape barang slow2.....
Walaupun hakikatnye dalam hati pon dah goyang jugak walaupon meter tuh baru cecah satu due satu tige......jadi bile awek or bini bwk laju....some more laju lagi daripada die.....terbakar beb.....lagi satu marah pon ade.....yelaa takut pape terjadi or tak confident dengan pemanduan pasangan.....tapi kebanyakkannye terasa tercabarlaa bile pasangan lebih cekap memandu dari mereka.....wallahualam.....

Soalan 4

Saya baru lagi dengan bf saya.time nk dapatkan saya dulu punyelah dia hempas pulas sampai kalau tak dapat saya dia bleyh tak keruan lah hidup tapi bila dah dapat nih dia cam acuh tak acuh plak,tak bagi attention lah buat kita jeles and sakit hati lah..ape semua ini.cuba jawab yg arif.

Gadis dambakan perhatian, UK


Khairul Afandi menjawab:


Itu lumrah manusia, perempuan pon kadang bila menerima nguratan lelaki itu mula la nk dlayan lebih bagaikan puteri gunung berapi..kadang2 kite kena periksa diri kita adakah apa yg kita perlakukan itu menepati apa yg bf kita nak..masa bf kita nak ngurat kita dulu kita bukan main jual mahal tunjuk prangai wanita yg budi pekerti shaja, lepas kapel mulala keluar ayat 'menyesal i jumpe u' mmg sure bf korang buat acuh tak acuh la lepas tu..

Nota editor:
Kami mengejar 'thrill' ketika mengurat. Setelah dapat thrill itu akan hilang dan gadis2 harus mengurat kami pula untuk menyemarakkan kembali bunga-bunga cinta. And that my friend, is the ugly truth. Damn aku dah menjadi Gerard Butler.

Soalan 5

Mengapakah lelaki sukar mengingat tarikh2 penting seperti, tarikh lahir pasangan? tarikh mula bercinta/berkapel? tarikh ulangtahun perkahwinan.. malah tarikh lahir sendiri?? mengapa semuanya kita yg harus ingatkan??? mengapa??

Tedi, Alor Gajah


Adam Johari menjawab:


Sebab lelaki sibuk bekerja. Penat tak dapat focus bende yang super remeh temeh seperti tarikh ulang tahun berkapel. Ataupun sebab lelaki bodoh. haha. Kenapa pompuan takleh ingatkan je lelaki tarikh tarikh tersebut tanpa merasa tak puas hati? Aku rase pompuan memang keji mengambil peluang untuk memarahi kaum Adam sebab tak ingat tarikh. Saje je nak lepaskan kemarahan.

Soalan 6

a) knape lelaki suka pegang2 ek?diorang tak rase rimas ke pegang2?hish3..

b) betul ke lelaki time mimpi basah diorang mimpi gadis yg akn dikahwini?nampak ke muka perempuan tuh time itu?

c) knape lelaki liat nak bitau atau bwk pasangan jumpa mak bapak diorang?

d) ape cut point utk lelaki lambat kawin dan takkan dipanggil bujang terlajak?

e) kalau dh couple lama and br cakap u're not the one and tanak kawin ngn kita bleyh tak jadikan tuh alasan nak pukul dia sampai pengsan..haha(joking;p)

Gadis banyak persoalan, ExxonMobil


Aku menjawab:
a) It's either we touch you or touch ourselves.

b) Tak betul. Pasangan persetubuhan mimpi basah aku yang aku ingat kebanyakannya selebriti. Madonna ada, Sharon Stone ada. Tanak aku kahwin ngan diorang. Mostly kitorang tak ingat mimpi buat apa tau-tau kain dah mengeras menjadi kanji.

c) Sebab jejaka itu tidak mahu berkahwin dengan anda. Ataupun parents dia dah meninggal.

d) Tiada. Kami tidak seperti wanita ada istilah andartu. Norman KRU pun kahwin masa umur dah senja.

e) Usah pukul. Hantar nasi kangkang buat berbuka terus (i'm joking as well, tolong jangan kangkang betul2).

Soalan 7

a) adakah lelaki akan rasa tergugat sekiranya gaji awek/isteri dia lebih drpd gaji dia sendiri? if so, mcm mn nk soften his ego?

b) lelaki rasa sakit x time first night cam girls akan rase?

c) kalau lelaki tu ade layan sorg pompuan ni, tapi awek dia rs mcm dia lyn lebih2, but he said she is only a friend, can we trust that??

d) kenape lelaki suke sakat pompuan yg dia suke smpi kdg2 girls rs geram nk cubit2 je..hehe

Ms.Curious,Bangi


a) Adam: Banyak lelaki akan tergugat. Namun aku tidak sebegitu. Shikin (isteri aku) bakal mendapat gaji yang berlipat ganda lagi banyak dpd aku. I'm considering her my retirement plan. Sugar mama all the way!

Zaman skarang dengan equal opportunitynye dan equal pay pompuan pompuan yang lebih talented pasti akan mendapat gaji lagi banyak dpd suami/bf mereka. Janganlah mengcomparekan suami/bf tersebut dengan jejaka jejaka lain yang mendapat gaji lagi banyak. Sedih hati suami/bf tersebut. Yela, lelaki merasakan diri sendiri sebagai sumber rezeki dan nafkah zahir. Mesti mereka terasa agak 'kerdil' sebab tak dapat jadi the 'provider'. Kalau lelaki tu berlakon keji seperti "yela... awak kan kaya. siapalah saya" janganlah layan.

b) Amir: Lelaki rase sakit jugak...bayanglaa sebelum nih kita biasa adjust sindri kadar kegripan mengikut kesesuaian.....tibak2 kadar kegripan tersebut dikawal oleh pasangan kita.....kira macam radas kawalan laa....tempo yg di luar kawalan kita....
Lari tempo masak jgk laa.....mcm lari laju2 hentam tembok dalam keadaan stim laa.....speechless......
anyway.....application n result may varies......hargailah pasangan anda......

c) Fandi: that depends, untuk girls yg pakwe die mat saleh, kalo pakwe die jumpe kawan perempuan then kiss2 pipi n peluk2 tu biasa..tp klo mlayu pon ade gak berperangai sebegitu pada zmn ini..apa yg penting ialah kepercayaan..jgn risau ingatla pepatah ini, sepandai2 tupai melompat akhirnya jatuh juga ke tanah.

d) Fandi: lelaki yang sakat perempuan ada dua makna sahaja..sama ada nk mengurat pmpuan itu terus atau yg berkaitan dengan perempuan tsebut (iaitu kawan rapat atau kakak atau adik si mangsa sakatan)..actually purata menunjukkan perempuan lebih meminati lelaki yg menonjol sedikit..kdg2 perempuan skema pon minat budak kene gantung sekolah btol tak dgn alasan dia cool la..=P

Soalan 8

nak tanye ah gak..ke entry ni dah sampai tarikh luput??
nway kalo blom nak tanye gak weh.. apesal laki2 layan gile ngan kete2,motor2,beskal2 etc..nak tambah muncung ah,kepak ah,ekor ah..bgi tgi ah,rendah ah.. sanggup perabis riban2 nak makeup kete.. lg baik korg perabis ke makwe masing2..dpt gak pulangannye..wahahaha

sesuci@pagi, KL


Ahmad Shuhud menjawab:


biasela..itulah hobi namanye..minat tgk kete cantik,tgk motor harley davidson..so dah minat punye pasal, penambahan aksesori kereta dan motor menjadi satu kemestian..samela ngan gadis2 yg gemar mengumpul handbag ngan kasut padahal dalam almari yg tanda harga belum bukak pun ade lagi..kalau minat bola, sanggup bayar tiket mahal2 nak tgk pasukan idaman beraksi..minat megan fox,sanggup beratur dekat 2 jam nak beli tiket transformers..sekian.

Soalan 9

kenapa lelaki zmn skrg lambat untuk make the 1st move to the next level? pdhal dia dh citer dh kt kwn dia yg dia mmg btul2 suke kt pompuan yg dia suka tu. mengapa? mengapa? haha

BertanyaBilaDiBeriPeluang, UK


Syed Muaz menjawab:


Hoho. It depends kat laki tu. Suka hati dia lah dia nak buat first move ke tak. Hehe.
On a serious note, memang depends kat laki tu. Assuming next level tu nak berkenalan dgn that girl, I think ada 2 big distinct reasons

1. dia takut nak buat first move, nervous, tak penah approach perempuan ke, fear of kena reject, fear of not worthy, tak nampak hint from the girl or just total loser. (Group laki penakut)

2. dia saje main tarik tali. saje biarkan lama skit..utk make sure that girl tu suka dia or just playing around - this is finest move..selalunya by org yg player-buaya darat or terer on girl stuff.. - doesn't mean that they are bad, but they're good. (Group laki confident)

Tips: If u like that guy, think he's worth it and know he likes u too, make the first move or give a big hint. It may sounds like perigi cari timba (or is it timba cari perigi?), but some guys do appreciate it and love it. Hehehe.

Soalan 10

bila masanye lelaki tuh rase dia dah sedia nak bwk gf dia jumpa mak bapak dia?dia takut ke malu ke gemuruh ke?ape perasaan dia time tuh?saya sebagai gf tak bleyh nak push dia tanye bila nk bwk saya jumpa mak bapak dia ke?

Gadis Gemuruh, Ampang


Muaz: Depends kat jenis lelaki tu. Some yang baru jer couple, dah bawa jumpa parents. Some yang tunggu sampai nak kahwin, baru bawa. Kalau yang tak biasa bawa girl jumpa parents, of course nervous (wanting approval) but i think girl yang jumpa parent's guy lagi nervous if it's first time. Ya la, takut mak mertua tak suka..susah plak. Selalu laki rileks jer.

Tips: Tanya jer dia secara baik atau berjenaka (don't make it serious) bila nak bawak u jumpa parents dia. Contohnya, "agak-agak lah, bila yer awak nak bawa saya jumpa parents awak?" Pastu gelak sipu2...Hehe

Soalan 11

first of all, sori la kalau komen i takde kaitan dgn entry ni.. tp i nak tambah soalan utk para jejaka..

a) camne nak kenal lelaki tu dah kawin ke belum, esp. kalau dia xde pakai wedding band on his finger?

b) menurut experience saya, yang berani mengorat saya secara bersungguh2 adalah lelaki2 yang sudah berkahwin. tapi sorila saya cari yg single je ok. apesal ek? apesal lelaki dh kawin ni lg berani n nampak kesungguhan? apesal lelaki bujang kalau mengorat tu mcm nak tak nak jer, padehal i betul2 suka kat dia ok.. hmmphh

i miss baca ur blog for the past few entries sbb gi outstation n xde internet connection..

Gadis Keliru, Sungai Merab

a) Muaz: Susah unless dia bagitau or tahu daripada org lain Hehe. Maybe bleh tahu dia kawin ke tak by google nama dia.. or search kat facebook, myspace, jobstreet etc.

b) Maybe because your environment is surrounded by married men kut. Selalunya kat tempat kerja, byk men are married compared to men yang kat college. Kalau ada byk men yang still single kat tempat kerja but tak ngorat u.. well..i don't know what to say.. maybe diorang gay or suka matured women. Haha. Or diorang dah ada gf, u are not up to their standards etc etc.

Kesimpulannya, the world of suka/tak suka between men and women is really subjective. You're best to know your game when you play it and when you learn from your experiences or other people's experiences (read relationship books. e.g allen pease or john gray).

Nota editor: Apasal aku rasa macam Nurul Iza mempengaruhi jawapan kau...

Soalan 12


apa maksud lelaki tuh kalau dia stil ada angan2 nak perempuan mcm nih mcm tuh?dia main2 je ke atau dia nak suruh kita berubah mcm yg dia nak?bukan once lelaki tuh dh couple dgn kita dia dh bg kita harapan utk kawin dgn dia ke?asal nak jd mcm ni plak nih?ok vague gila soalan.harap en.Faizal bleyh solvekan

-gadis yg skarang sakit hati ngn bf dia!


Adan solvekan:

kenapa kau bersama lelaki yang keji gile? kalau lelaki tu suke kat kau confirm die akan terima kau seadanya. time aku bace comment ni first time aku terasa cam lelaki kau sungguh keji untuk compare comparekan kau. mungkin die tak berniat. mungkin die berniat. maybe kau terasa walaupun die tak cakap camtu. ke die tak comparekan kau langsung dan cume tunjuk tunjuk ciri ciri pompuan lain yang baik? i dunno.

Lelaki tak semestinye couple untuk kahwin. couple adalah untuk berseronok. jangan salah faham. kalau die nak kahwin die akan berusaha ke arah perkahwinan. kalau die cume nak berseronok die akan berseronok jelah.

Soalan aku kepada pompuan: kenapa pompuan tau nak kahwin je?? you should work on your marriage not your wedding. kalau tak kau akan end up with a loser that will make you unhappy and cheat on you one day.

Soalan-soalan last minute (semua aku jawab last minit juga)

lelaki kalau dia tak suka perempuan tuh dia mmg liat nak ckp sorry atau thank you ke?kalau dia cakap plak ape maksudnye? - Gadis A


Ego, bukan tak suka. Kalau dia cakap sorry atau thank you, itulah yang dimaksudkannya; tidak perlu misinterpret atau nak fikir jauh-jauh.

--------------------------
lelaki yg rapat dgn sisters dia atau mengagumi mak dia lebih baik atau sweet ke dgn gf dia?bf saya ade sorang je sister and dia syg gila adik dia nih and dia mengagumi gila mak dia.ape komen encik ttg hal ini?saya perlu risau ke sbb susah nak impress mereka nanti? - Gadis B

Syurga di bawah tapak kaki ibu mestila dia kagum. Nak impress emak kena jaga solat dan pandai masak; nak impress adik belikan sahaja majalah Cleo.
-------------------------

a) betul ke lelaki nih lbh pentingkan brg elektronik dr gf dia sendiri?
b) bila ada duit lebih je spend kt component computer dulu br belanja gf?
c) bila nk tackle kita terhegeh2 guna ayat sweet.bila dh dpt dh tknk sweet2 lg ke?

-emo ngn bf johor


a) Tidak betul. Ranking yang sebenar adalah begini:

Menonton Bolasepak bersama rakan2 > Minum maplay > Gadis > Barang elektronik (pandangan umum, tidak semestinya jejaka anda begini, mungkin lebih teruk lagi).

b) Tidak. Jika lelaki sudah ada teman wanita, kami memang tiada wang lebih kerana nak beli beg tangan, kasut serta alat mekap yang korang pinta.

c) Adaaaa. Masa nak ringan2 ataupun masa takde duit nak bayar duit minyak nak pegi dating.Gadis2 pula bilanya mahu bagi kami ayat2 sweet?

Sekian sahaja sesi soal jawab untuk kali ini. Jika gadis-gadis ada rasa tidak puas hati dengan jawapan yang diberikan ataupun memerlukan lebih penjelasan bagaimana skrotum berfungsi, sila letakkan di ruangan komen. Kami sedia mengignorenya menjawabnya di episod 3 nanti. Assalamualaikum.



10 comments:

sI tEDI said...

ha ha ha ha... itu je komen hari ini!

Anonymous said...

a) It's either we touch you or touch ourselves.

jawapan termantap jai. hahaha.

adam

Anonymous said...

jawapan to adam:
perempuan nk kawin sbb
1.tanak dipanggil andartu
2.tanak mak bpk risau thinking anak dia nih ade sthg wrong ke..
3.a man wants to be a womans first love
a woman wants to be his last.
-susah nak couple and once in nak dia kekal so nak kawinlah so that bf tak cr lain
4.nape nak tunggu lama2 pastuh nk ringan2 plak ngn gf.kan ke haram.tp zaman skarang dah taktaw haram halal so nak elak maksiat.
5.sbb married people bkn lg happy ke?
6.nak anak yg comel sbb muka mcm kita;p
7.best ape kawin?takke?
sekian.
and thanks faizal dan ahli panel lain ats jawapan bernas

Diyana Yunus said...

haha lawak gile but best..sangat informative..good job panel sbb this entry really made my day (aku tgh emo kat office ni) :D

QilahLala said...

we touch you or you touch urself..haha touch n go je la ijai...

sesuci@pagi said...

aku as pompuan pun pelik pesal pompuan asek pk sal kawen jeh.cube ah bwk2 berpk bile gunung tahan nak meletus ke,bile avril lavinge nak pakai tudung ke,bile norman nak kawen ngan memey ke,or nora danish pandai masak ke tak.bnyk gile bleh jdikan psoalan.nway thnx ah team yg penting rupa nih coz luangkan masa jwb soklan2 gadis2 nih.brape malam tarawih la yg korng miss agaknye =p

enuLwanie said...

trima kasih pada enche amir rashidi yang sudi jawab persoalan sy..

laki2 mmg ego tinggi kn?
xnk ngaku dgn kecekapan pemanduan wanita..
hehehehe...

Anonymous said...

Sumpah lawak giler!!! korang mmg keji`~hahaha

Anonymous said...

kepada sesuci@pagi...bukan berapa mlm terawih yg kitorang miss...tp tny berapa mlmkah yg kitorang buat hahaha...tp paling tak terawih sekali potensi besar memonteng adalah tuan punya blog la hahaha...

-fandi-

Anonymous said...

terima kaseh kerana menjawab persoalan aku ijai n sahabat panel.

Berkawan selepas berpisah adalah dongeng semata-mata? betol ke ni encik editor? mmg dah tak boleh di baiki eh?

gadistakpaham, putrajaya.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...