Tuesday, September 8, 2009

Karekter-karekter Yang Dibenci di Dalam Panggung Wayang

Aku gemar menonton wayang. Setiap minggu, aku pasti akan keluar menonton di panggung tak kiralah bersama gadis ke, rakan-rakan ke mahupun bersama ahli-ahli jemaah surau al-Kauthar selepas menunaikan solat terawih. Memang senior perfileman la aku ini. Namun begitu, sesi menonton aku akan menjadi hambar jika aku berjumpa dengan karekter-karekter yang menghanginkan di dalam panggung. Aku pasti korang pun hangin juga dengan orang-orang seperti ini, ataupun mungkin korang adalah salah seorang daripadanya. Cis cis. Sila klik Read More untuk mengetahui siapakah mereka yang melanggar Akta Perfileman ketika menonton wayang di panggung.

1) Orang yang masuk lambat.
Aku pasti masuk awal di dalam panggung agar aku dapat mengadaptasikan diri di tempat duduk aku agar aku boleh menonton dengan selesa. Aku memang hangin jika aku sedang asyik menonton babak pembunuhan di skrin lepas tu ada pulak orang yang "exsquezee me exsquezze me tumpang lalu bangg". Boleh kena osteoporosis tau jika asyik menukar postur. Apa salahnya masuk awal2 takde menyusahkan orang serta boleh tengok iklan minuman keras Heineken yang lucu. Ala yang perempuan menjerit2 tu pastu lelaki pun menjerit histeria sama korang pernah tengok tak iklan tu. Jangan sampai menogak arak selepas itu sudah.

2) Orang yang menggerak-gerakkan kerusi dengan kaki.
Apa kau ni kena Parkinson ke apa? Tak boleh ke kaki kau duduk diam-diam?

3) Orang yang bercerita ketika cerita ditayangkan.
Sekeji-keji manusia ialah manusia yang mendedahkan spoiler ketika cerita sedang berlangsung di hadapan. Mendedahkan spoiler di laman blog tak mengapa. Tetapi jika aku sedang asyik menonton kisah budak perempuan psycho Orphan lepas tu kau pergi bagitau pula yang budak itu sebenarnya perempuan dewasa yang kerdil, siapa yang tak hangin?

4) Orang yang membiarkan bayi mereka menangis.
Why do you bring your baby into the cinema at the first place? Tahu tak cerita tu 18SX umur bayi kau berapa pulak. Lagipun mengikut kata pepatah 'Kalau nak melentur buluh, biarla dari rebungnya'. So kalau dari kecik korang dah dedahkan dengan cerita 18SX, dan besar nanti jangan salahkan mereka jika mereka menjadi seperti Sasha Grey. And kalau baby kau sudah menangis, segerala melarikan diri dari panggung sebelum kau disantau secara konvoi.

5) Makcik yang tidak boleh lupakan lawak sebentar tadi.
Ini selalu berlaku. Aku pun kadang-kadang jatuh dalam kategori ini. Bayangkan, scene yang sedang bermain adalah scene yang teramat serius. Tiba-tiba makcik di sebelah kau ketawa terkekek-kekek dengan tidak semena-mena kerana lawak yang baru dipaparkan masing terngiang-ngiang dalam fikiran mereka. Situasi ini selalu terjadi dalam filem Melayu. Contoh terbaik ialah cerita Zombie Kampung Pisang. Lawak dia sekadar lawak picisan kelas rendah namun makcik kat belakang aku tak berhenti-henti ketawa walaupun lawak yang dipaparkan telah lama berlalu.

6) Orang yang berbicara di telefon di dalam panggung.
Ini adalah peraturan asas. Tahu tak betapa dibencinya dikau jika telefon bimbit kau berbunyi di saat-saat 'precious' seperti ketika sang arjuna hendak berzina dengan gadis yang dicintainya. Lebih dibenci jika kau menjawab pula panggilan telefon itu. Silentkanla you dickface.

7) Pasangan yang ringan-ringan di dalam panggung.
Ini lagi satu. Kita masuk ke panggung untuk menonton cerita, bukannya untuk membuat cerita. Membuatkan aku hilang fokus nak tengok cerita yang mana satu. Kalau nak ringan-ringan, pergilah tempat yang lebih strategik seperti di dalam kereta ataupun di Taman Tasik Cempaka. Itu Jamil cakap ah aku mana tahu.

8) Orang yang berlagak tahu meneka apa yang berlaku.
Ini pun hangin jugak. Dia asyik membuat spekulasi je tentang apa yang bakal berlaku. Tidak salah begitu, tapi keep it to yourself lah tak perlulah ungkapkan di mulut. Contohnya ketika cerita UP, semua orang pun tahu dia akan menerbangkan rumah dia dengan belon tak perlulah kau ulang kembali "Haaa ni mesti dia nak terbangkan rumah dia dengan belon..." Ataupun ketika menonton District 9, "jai dia mesti kena virus alien tu sebab dia transform jadi Udang," ungkap Zulkifli Ibrahim dengan nada yakin. What the what man??

9) Orang yang terlalu emosional.
Jangan bawak orang sebegini ke panggung. Ketika menonton seram ataupun suspense thriller seperti Vacancy, pastikan orang itu duduk jauh daripada anda. Kita tak mahu dikaitkan ketika dia mengeluarkan jeritan bapuk awww dia di saat-saat terkujat. Sumpah malu doo kalau kawan kau menjerit macam arbok. Ada juga orang yang terlalu mengikuti jalan cerita sehingga dia pun turut mencarut sama tak pasal-pasal. Sikit-sikit fak sikit-sikit shit. Kuat pulak tu padahal kau tahu cerita yang kau tonton hanya rekaan semata-mata.

Ada lagi tak?



6 comments:

sI tEDI said...

aku setuju dgn apa yg ko taip ijaii...

bangang je kalau masuk wayang pastu nak dengo dia bercerita laki bini atau bf/gf..

balik rumah lah weyyy

Anonymous said...

saya pernah tgk cite ngn bf saya lps tuh ade plak sefamili nih buat picnic berdekatan.siap main suap2 anak dia and menasihati lg time kat dlm panggung..mana tak hangin saya dibuatnye..nasib baik cite UP je kami tgk..hish3..

Eliza said...

Aku tergolong dalam kategori no. 9. So..meaning..tak boleh dating ngan aku tengok wayanglah, Jai?

Mohamad Faizal said...

tedi: tah. balik rumah la weiii kalau nak bermanja2.

anon: cerita animasi memang penuh dengan kanak2la walaupun mereka sebenarnya tidak faham bahasa inggeris.

eliza: tidak boleh, anda kan sudah berkahwin. adik eliza sila repot kepada abang ipar anda ataupun ugut kakak anda suruh beli beg tangan baru

gadis keliru, sg. merab said...

first of all, sori la kalau komen i takde kaitan dgn entry ni.. tp i nak tambah soalan utk para jejaka..

1) camne nak kenal lelaki tu dah kawin ke belum, esp. kalau dia xde pakai wedding band on his finger?

2) menurut experience saya, yang berani mengorat saya secara bersungguh2 adalah lelaki2 yang sudah berkahwin. tapi sorila saya cari yg single je ok. apesal ek? apesal lelaki dh kawin ni lg berani n nampak kesungguhan? apesal lelaki bujang kalau mengorat tu mcm nak tak nak jer, padehal i betul2 suka kat dia ok.. hmmphh

i miss baca ur blog for the past few entries sbb gi outstation n xde internet connection..

Mohamad Faizal said...

gadis keliru: nanti kami jawab keraguan anda

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...