Thursday, September 17, 2009

Kejayaan di Bulan Ramadan

Orang kata bulan Syawal itu merupakan bulan kemenangan setelah sebulan bertarung dengan hawa nafsu di bulan Ramadan. Akan tetapi, sebagai seorang Sang Juara yang berkaliber, aku telah berjaya mengecapi beberapa kejayaan di bulan Ramadan yang mulia ini. Ayuh kita kaji selidik kejayaan yang dicapai.

Kejayaan 1: Menurunkan berat badan.

Semalam aku pergi ke klinik untuk membuat pemeriksaan kesihatan untuk memeriksa kandungan kolestrol di dalam badan. Sebelum berpuasa, berat badan aku ialah 74 kg. Setelah aku memulakan gaya hidup yang sihat dengan meninggalkan makanan-makanan yang tidak berkhasiat, bersenaman perut dan ditambah pula dengan berpuasa, berat badan aku kini 68 kg. Ohh yeahhh suck on that Jamil, Adam, Fandi, Anas, Muaz, Syanie serta sesiapa sahaja yang memiliki berat badan lebih daripada aku.

Kejayaan 2: Mengurangkan saiz perut

Minggu lepas aku pergi membeli belah sempena Aidilfitri sesi pertama. Aku ingin membeli baju melayu jeans untuk digayakan semasa sembahyang raya nanti. Tapi diorang kata diorang tak buat baju melayu jeans so aku sekadar membeli seluar jeans sahaja di sebuah kedai Yahudi yang terkenal. Ketika aku pergi mencuba seluar, OMG saiz pinggang aku kini 34" dahulu 36". Ohh yeahhh suck on that Jamil, Adam, Fandi, Anas, Muaz, Kusha, Syanie serta sesiapa sahaja yang memiliki saiz pinggang lebih daripada aku.

Sila klik Read More untuk mencontohi kejayaan-kejayaan aku.

Kejayaan 3: Menjadi juara Fifa Asia Pasifik

Di pejabat aku tidak lunch di bulan Ramadan so aku gunakan waktu itu untuk mengajar kanak-kanak di pejabat erti kehidupan yang sebenar. Mangsa-mangsa ratahan aku di pejabat seperti Faisal Habeeb, Mohd Shahezan, Adam Phong semuanya tidak dapat menjelaskan mengapa mereka langsung tidak mampu memberi saingan kepada aku. Kemudian, Dazrul datang ke rumah aku semalam dan mendakwa dia menduduki ranking 6+++ dalam Playstation Network. Hantar sahaja abang Torres aku terdiam kau Dazu aku ketuk 4-2. Err lepas tu Dazu menang balik tapi hanya match pertama je yang dikira.

Kejayaan 4: Bercuti di hari raya

Aku bekerja di kompeni orang putih maka di hari cuti umum di Malaysia, aku pula sibuk pura-pura bekerja. Tahun lepas aku beraya di pejabat. Namun tahun ini tidak lagi. Oleh kerana aku ini pekerja terbaik syarikat aku, maka mereka membenarkan aku untuk bercuti selama seminggu bermula semalam. Uuuuu seronotnyaaaa. Takziahlah buat mereka yang tidak dapat bercuti raya tahun ini.

Kejayaan 5: Membayar zakat fitrah.

Aku rasa tahun ini aku perlu membayar zakat tapi mama aku dah bayarkan haa haa.

Diharapkan para pembaca semua mendapat iktibar daripada kejayaan-kejayaan saya di atas dan berusaha dengan lebih gigih lagi untuk mengecapi kejayaan tersebut.



9 comments:

Anonymous said...

setakat bulan ramadhan belum berjaya lagi jai...bulan syawal nak datang ni...bulan membaham ketupat...tengok entri kau nanti hujung bulan syawal baper berat badan kau....


-kusha-
miss body beautiful

Diyana Yunus said...

biar betol saiz pinggang ko 34??suami aku pun 31 hahaha..hebatla suamiku!

Mohamad Faizal said...

kusha: baiklah saya terima cabaran anda. di penghujung syawal jika berat badan aku melebihi 70 kg aku belanja kau kuih cornflakes

nana: nana kau seharusnya memberi galakan kepada aku sebagai best friend kau ketika perlu. cis baiklah jika suami anda benar-benar hebat mari kita ukur saiz organ lain. berani tak berani tak

Anonymous said...

haha aku memang 34' dari dulu lagi jai. ntah brape ntah berat badan aku. esok aku pergi gym ukur skejap.

gile babi ah kau boleh kurangkan berat badan sampai 6kg dalam mase singkat. kau kene tambah berat dulu jai... bile dah sampai brape ratus kg boleh join biggest loser asia.

adam

finaz said...

tahniah diucapkan... cepatnya u lose 6kg dalam masa sebulan !! sgt kagum.. !!!

Mohamad Faizal said...

adam: ala takdela singkat itu berat sebelum aku start mengamalkan gaya hidup sihat sebelum dapat result kolestrol dulu. 2 bulan lebih kot?

finaz: terima kasih rahsianya ialah makan sepuas2nya kemudian muntahkan kembali macam model selalu buat.

Anonymous said...

haha dazu titik ko xnak war-warkan kepada semua?

Anonymous said...

ya faizal di manakah ayat : masuk halftime aku dititik 5-0 apa lagi aku pun quit game hahaha

-dazu-

Anonymous said...

oh game pertama aku hantar abg cisse je (sunderland) bole la ko mng. terunderestimate lak

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...