Tuesday, September 1, 2009

Mari Belajar Bahasa Asing

Pejabat aku memang berkonsepkan 1 Malaysia. Perbezaan warna kulit, warna contact lens serta warna panties tidak menghalang kami untuk hidup dalam semangat perjuangan harmoni. Kat sini ada Melayu, Cina, India, Orang Putih, Orang Hitam serta orang Arab. Setelah hari-hari bersenggama bersama kaum lain maka aku sedikit sebanyak berjaya menghafal beberapa frasa asing yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian walaupun kebanyakannya adalah ayat-ayat carutan.

Maka sempena menyambut hari kemerdekaan negara yang ke-______ (cuba isi tempat kosong tengok korang tahu ke tak) ini, aku dengan bangganya ingin berkongsi frasa pelbagai kaum yang telah aku hafal dengan lancar dan lengkap makhraj serta harakatnya. Err kalau salah sila beri tunjuk ajar ya. Sila klik Read More untuk memulakan kelas bahasa asing.

Kita mulakan dengan bahasa kegemaran aku, Tamil.

Ni rombe allega irruke = Kau ini memang cantik (sesuai digunakan untuk mengurat gadis India muslim di bulan Ramadan)

Taani kude kelam = Kita minum dulu (sesuai untuk dilaungkan sebelum berbuka puasa)

Nan break pova mudiyama? = Boleh tak saya hendak pergi break? (boleh diaplikasikan jika boss kita India)

Kunji munji = dick face (self explanatory)

Bahasa kedua, Kantonis

Lei hou leng = kamu sangat cantikkkkk (ucapkan kepada gadis Cina sahaja)

Mou lan yong = kau memang tak guna betul

Ngo hou leng chai = saya sungguh kacak

Chow Sing Chi = Stephen Chow

Ham sup lo = lelaki miang/gatal/horny

Bahasa ketiga, Arab


Aku memang sejak sekolah agama lagi memang handal bahasa Arab. Tapi sekadar kira satu sampai sembilan belas serta anggota badan dalam bahasa arab jela. Takpe aku yakin aku still jauh lebih daripada budak-budak kelas Arab seperti kelas 3 Ikhlas dan 3 Jujur dahulu. HO untuk kelas Amanah! (saja nak cetuskan pergaduhan antara kelas).

Yadun = tangan
Uzunun = telinga
Rijlun = kaki

wahidun = satu
isnani = dua
salasatun = tiga

mistoratun = pembaris
qolbun = anjing
ma is muka? ismi ismi azhan = Siapa nama kamu? Nama saya Ismi Azhan.

Apa lagi ayat-ayat menarik? Ajarla saya Chua Shi Yun.



9 comments:

sI tEDI said...

min aina ila aina : dari mana hendak kemana?

asshamsu : matahari
fiil : gajah
arnabun : arnab
batata: ubi keledek
madrasah : sekolah
muzahara : pertolongan
limaza : kenapa
arba'a : empat
Hamsah : lima
sitta : enam

hUdArLiNg said...

Maka sempena menyambut hari kemerdekaan negara yang ke-______ <---cis padahal dia sendiri tak tau. heh.

p/s: bahasa jepun takmo?

z a t i said...

HO.

weh, apsal bahase arab kau tau smpai number tige je? tak semayang isyak betul.

Anonymous said...

HO untuk amanah..

-shuhud-

andrew said...

Hi faizal..

haha.. u make me proud!
lei sei ham sap lo.. yat yat kam ham sap.. yat tit tou mo pin tou..

Mohamad Faizal said...

tedi: syukran ya ustazah

huda: 2009 - 1957...emmm haaa yang ke 52. bahasa jepun dah terer aaa. oh shizuuuuuuuka na na na na naa

zati: hoit aku tahu sampai nombor 19 la. mari aku buktikan:

arbaatun = empat
hamsatun = lima
sittatun = enam
sab'atun = tujuh
samaaniatun = laman
tis'atun = sembilan
asyaratun = sepuluh
ahada asyara = sebelas
isna asyara = dua belas
salasata asyara = tiga belas
arba'ata asyara = empat belas
hamsata asyara = lima belas
sittata asyara = enam belas
sab'ata asyara = tujuh belas
samaaniata asyara = lapan belas
tis'ata asyara = sembilan belas
dua puluh aku dah lost. asyara asyara kot.

neway zati dalam fikiran aku sentiasa terbayang kau ni budak kelas arab. mengapa aa?

abe: ho untuk pn maudziah

andrew: tiu lei (calvin loi ajar)

Anonymous said...

hola! como estas? = hello, how are you


(ni pun setelah search kat google)

-kusha-

Anonymous said...

kamek = saya
kitak = awak
sik = tak
kacak = cantik (for ladies)
ensem = handsome (for dudes except ijai)
lawa = sombong
mun = kalau
kali = maybe
kenak = mengapa
sikhal = tidak mengapa
paduhal/padu/duhal = rupanya
maok = mahu
sigek = satu (benda...the rest macam melayu baku)


amacam? kira bahasa asing x?

Mohamad Faizal said...

kusha: la isla bonita = usah mengorek hidung di bulan ramadan - aku google jugak eh tak, aku Bing)

qairom: kenak sik puasak. makan manok sajak.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...