Friday, September 4, 2009

Perbezaan Antara Pemandu-pemandu Bangi dan Pemandu-pemandu Kuala Lumpur

Kuala Lumpur memang bandar paling durjana di Malaysia. Pencemaran udara, air, bunyi, jenayah ragut dan rogol, masalah samseng jalanan semuanya lengkap di Kuala Lumpur. Itu sebabnya mengapa aku hari-hari pulang awal dari tempat kerja untuk pulang ke Bandar Baru Bangi yang aman damai. Namun begitu, selagi aku berada di Kuala Lumpur walaupun di dalam kereta, risiko untuk aku diserang penyakit kelamin adalah tinggi. Ini kerana pemandu-pemandu di Kuala Lumpur semuanya bersikap gampang, sekaligus mempengaruhi kita pemandu yang berhemah untuk turut menjadi gampang terutamanya di jalan Ampang di waktu petang. Wahh rhyme.

Di sini aku ingin menyatakan ciri-ciri pemandu di Kuala Lumpur yang bisa membuatkan kita menyalak seorang diri di dalam kereta. Memang ketara sekali perbezaannya dengan para pemandu di Bandar Baru Bangi. Ayuh kita klik Read More untuk mengetahui perbezaannya.

1) Pemandu di Kuala Lumpur tidak mengenal erti kesabaran. I guess that was an understatement, right? Kalau kita berada di hadapan sekali ketika berhenti di lampu isyarat merah, DUA SAAT selepas lampu menjadi hijau jika kita masih tidak bergerak pasti kita akan dihon bertalu-talu tanpa belas kasihan. Samala kalau teragak-agak nak keluar dari simpang, ataupun nak masukkan tiket exit di parking Pavilion, lambat sikit pasti kena hon. Pemandu di Bangi? Korang nak mengambil mood mengorek hidung masa lampu hijau pun orang tak kisah.

2) Pemandu di Kuala Lumpur semuanya ahli kongsi gelap. Beranilah kau potong Q ataupun tak sengaja terpandang awek pemandu Kuala Lumpur, mesti diorang akan mengangkat jari hantu punyalah. Jangan sekali-kali membalas kerana dalam kereta diorang selalunya ada baseball bat ataupun botol arak malam tadi pergi clubbing depa baling kat kereta kau kang habis. Pemandu di Bangi? Bukak tingkap angkat tangan beri salam beb. Well maybe adala sorang or dua orang Bangi yang berani mengangkat jari hantu sebelum dipukul (or hampir2 dipukul).

3) Pemandu di Kuala Lumpur semuanya layak menyertai perlumbaan Rally Dakar ataupun F1. Memandu laju nak arwah macam Fernando Alonso (Xabi Alonso's younger brother, mesti korang tak tahu kan?). Pancung kiri, pancung kanan, ram ram untuk menakutkan kita. Huiii abis dicucuknya bontot kereta anda. Jarak 2 cm je. Lepas tu siap high beam lagi menyuruh kita berambus. Situasi begini mengalah sahaja kerana besar kemungkinannya dia juga merupakan kategori pemandu no 2 di atas. Pemandu di Bangi? Orang naik roller blade pun lagi laju beb. Kami di Bangi tenang sahaja cruisin along menikmati panorama indah Bangi Golf Resort ataupun rumah Harun Din.

4) Pemandu di Kuala Lumpur semuanya berani serta daring-daring belaka. Rileks je ringan-ringan bersama pasangan di dalam kereta di siang hari. Selamba je seluk dan ramas tatkala aku dan Muaz sedang berjalan-jalan di Leboh Ampang tempohari. Nasib baik aku tak rakam 3gp je bagi Jamil tengok mesti dia suka. Pemandu di Bangi? Well diorang ringan2 jugak tapi at least waktu malam dan kereta selalunya tidak bergerak parking di Taman Tasik Cempaka.

5) Pemandu di Kuala Lumpur semuanya nak menjadi fashionistas walaupun di dalam kereta. Pakai spek mata hitam di waktu malam ataupun pakai lingerie tersembul sana sini nak menggoda pemuda yang rapuh imannya seperti Ise ataupun Kusha. Kereta diorang yang mahal tu memang dah kena pimp abis dah dengan Reshmonu (pimp my ride versi asia). Yang ni aku takde masalah sangat, cemburu buta je. Pemandu Bangi? Well aku drive malam2 pergi kedai runcit Kayatri pakai boxer je senang nak garu jika gatal.

Sekian sahaja buat masa ini. Sila kongsi bersama sekiranya anda mahu mengeji pemandu Kuala Lumpur. Damn esok aku kena memandu di Kuala Lumpur. Hari Sabtu aku nak rileks woi. Tetapi apakan daya ada kursus Windows 7 pula. Jumpa korang di sana wahai pemandu-pemandu Kuala Lumpur durjana.



9 comments:

enuLwanie said...

siang-siang hari sy suka jadi penumpang kepada pemandu KL...esp abg sy sbb dia suka bawa laju(160km/j)..mcm msuk F1!!mcm duk sblh alonso...dia mmg coool...

malam-malam,sy suka jadi penumpang kepada pemandu Bangi..sbb angin malam memang coooool n boleh tgk lampu2 neon yg sungguh coool...

(jadi penumpang je sbb xtau bawak kete...huhu..abg ijai sponsor sy amik lesen bolehhhh?)

sy nak tanya abg ijai (wajib jawab!), nape laki bawa laju xpe..tp dia xkn bg pompuan (awek @ bini) bawa laju??
abg sy bawa mcm pelesit xpe..tp bila bini dia bawa 110km/j di highway pantai timur, dia marah gile2!!!padahal kete x banyak ms 2...
x patut tol!!!!

sesuci@pagi said...

siot ah..time aku nak lelap plak ko post entry baru.tepakse plak tu klik more sbb mukaddimah menggiurkan..
memang pemandu kat kl cam haram..stakat pemerhatian aku slame ni,pemandu kete perodua spt kancil n myvi sgt ober..nk overtake moto pun amek ruang mcm nak potong bas skolah..aku yg kat lorong kanan ni tecungap2 kne himpit..siot..lg 1 kete proton saga version lame..aduh, nak menderam kalah jaguar..men cucuk2 kete standed racing plak tuh..padahal satu lebuh raya tau ko nak pintas honda lame tu pun tepakse tekan pedal minyak sampai rapat ke lantai..ceh..
nway list 1-3 ko tu mmg menepati ciri2 pemanduan aku..=p mmg kl sjati nih!

sI tEDI said...

aku duduk dah bekerja di kawasan kampung. jarak dr rumah ke opis sekangkang kucing. aku tidak perlu sakit jantung memikirkan pemandu yg telah kau sebutkan di entry ini.

melainkan aku terpaksa bersaing dengan kambing2 yg ingin melintas, lembu2 g berdedai2 membontoti antara satu sama lain.. ayam2 yg berterbangan minta di langgar dan anjing yg ingin melintas tanpa menoleh kiri dan kanan.

sekian, terima kasih.

z a t i said...

kat KL driver teksi tak wajib kasi signal nak masuk simpang...atau boleh berhenti tiba2 suka hati sebab jalanraya tu opis die.

Anonymous said...

saya br lg dgn bf saya.time nk dptkan saya dulu punyelah dia hempas pulas sampai kalau tak dpt saya dia bleyh tak keruan lah hidup tp bila dh dpt nih dia cam acuh tak acuh plak,tak bg attention lah buat kita jeles and sakit hati lah..ape semua ini.cuba jawab yg arif.
p/s:oh saya dah lama tk blk m'sia so taktaw perangai pemandu KL and maaflah komen tak kena ngn tajuk post;)

Mohamad Faizal said...

enulwanie: usah gusar soalan anda akan dijawab dalam ruangan soal jawab yang akan datang

secuci@pagi: kalau kita terjumpa di jalan raya di kuala lumpur lepas tu aku tercarut ke minta maaf awal2 ya

tedi: tapi kat melaka pun slalu gak orang menyalak sebab jalan jam banyak lampu isyarat

zati: kau tengok iklan yang tampal kat belakang teksi tu. kalau iklan pinjaman wang ah long huii kau jangan cari pasal

anon: soalan anda akan dijawab bersama soalan2 gadis lain yang belum dijawab di dalam entri khas yang akan datang

QilahLala said...

ada rhyme lagi!! hehe
masuk lane ikut suka tu mmg wajib la kan.. ade je cilok sana sini.. tahun ni tak pegi kedai perabot ah seng ke??

Mohamad Faizal said...

kedai perabot ah seng dah terbakar la. panggillah kalsom pulang

Anonymous said...

kena pindah bangi la kalu camni, sekaligus dapat memadamkan kerapuhan iman ku...huhuhuh

-kusha

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...