Tuesday, September 22, 2009

Perkara-perkara Yang Tidak Senonoh Untuk Dilakukan di Hari Raya

Apa khabar rakan-rakan? Sudah pulang dari kampung halaman? Bagaimana sambutan hari raya anda? Adakah anda memakai baju raya tahun lepas? Kita memang diharuskan untuk bergembira di hari raya; namun terdapat beberapa perkara yang tidak sesuai ataupun tidak bermoral untuk kita praktikkan pada hari raya. Ayuh kita kaji perkara-perkara tersebut:

1) Bermain futsal.


Apa? Orang sibuk-sibuk memakai baju melayu bagi sedap mata memandang, anda pula sibuk-sibuk memakai jersey Newcastle anda. Kita memang digalakkan berkumpul dan bersemenda di hari raya, tetapi padang futsal bukanlah tempatnya. Lagipun orang yang bukak kedai futsal tu pun nak beraya jugak tak payahla korang pergi menempah gelanggang.

2) Menonton wayang

Huii ini memang tabiat keji yang popular di hari raya. Nak nak pula filem-filem Melayu yang 'ngetop' selalu ditayangkan pada 1 Syawal. Adakah wajar hari untuk anda bermaaf-maafan sesama insan dihabiskan di dalam panggung wayang? Kalau anda memang hidup sebatang kara tiada saudara mara mungkin boleh diterima. So bila Abe call aku masa aku tengah sembahyang raya untuk mengajak aku menonton 'Jin Notti' terus aku tengking dia. Alah kalau korang bersabar sedikit cerita yang keluar di wayang tu Hari Raya Haji nanti keluarla kat TV3 nanti apa korang nak kecoh-kecoh.

Ada lagi. Sila klik Read More.

3) Menziarahi kubur untuk tujuan lain

Apa maksudnya 'menziarahi kubur untuk tujuan lain?' Di bulan puasa, iblis dan syaitan semuanya dibelenggu. So orang tidak boleh menurun minta nombor ekor di kubur-kubur di bulan Ramadan. Pada hari raya, tatkala Iblyss telah bebas, hmm memang tak menyempat mereka yang kaki judi ni meminta nombor Magnum 4D.

4) Melepaskan syahwat secara berleluasa.

Jika bulan Ramadan kita mampu menahan diri daripada perkara-perkara yang keji seperti menonton pornografi sambil menggenggam kemaluan sendiri, ataupun membaham makanan berkolestrol sesuka hati, mengapa kita tidak boleh bertahan untuk at least sehari lagi di hari raya? Korang tidak boleh menyedapkan hati korang dengan berkata "Alahhh aku dah sebulan bertahan hari ini hari kemenangan aku harus menyambutnya secara besar-besaran...". Ish ish ish.

5) Berpuasa

Hari Raya ialah hari yang haram berpuasa. Tak usah nak mengada-ngada.

6) Bersembahyang raya tetapi tidak mendengar khutbah

Huii baju melayu dah kilat-kilat ada labuci. Songkok pulak tinggi gila mengalahkan songkok Jins Samsudin. Sampin ikat bunga siap ada keris lagi. Dengan spek mata Ray Ban tiruan dia huii memang dialah orang yang paling bergaya kat surau tu. Tapi lepas beri salam je, terus lari laju mengalahkan __________ (sape terer sila isi tempat kosong).

7) Membaca blog aku di pagi raya

Jika anda membaca blog saya pada hari raya pertama sebelum meminta maaf kepada ibu anda, mungkin anda sebenarnya tiada tiket bas untuk balik beraya kan? Tak mengapa aku faham. Tidak semestinya anda ni stalker saya.

Apa lagi? Selamat hari raya. Aku buat open haus hujung-hujung raya sila bersedia.



8 comments:

Anonymous said...

usain bolt?

adam

Anonymous said...

bukan usain bolt la dam..
sorg lagi..besfren ijai dulu..haha..


-shuhud-

Anonymous said...

owh! hahaha. keji gile korang. korang patut bermaaf maafan ngan diorang duhs. hahaha

adam

Anonymous said...

bermaafan ngan "dia". silap

adam

ikmar said...

acap laju?

Mohamad Faizal said...

tak baik korang ni membuat spekulasi sendiri. mungkin aku maksudkan Imran sebab Im lagi laju dan tak jatuh lama-lama masa acara 100m hari sukan

yo ikmar dengar cerita next week nak kahwin keji tak mahu beri kad ke

z a t i said...

selamat hari raye

Anonymous said...

haha besfren ijai ke??ptt gaya ijai jln ade mcm dia gak =P..

yo ikmar nak kawin??senyap2 je ntah2 da bnikah di golok ke??hehe..

-fandi-

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...