Wednesday, September 9, 2009

Sejarah Yang Penting Rupa

Dari mana datangnya frasa Yang Penting Rupa? Mengapa blog aku ini dinamakan Yang Penting Rupa? Soalan-soalan ini sering ditanyakan oleh ratusan peminat fanatik imaginasi aku. Yang Penting Rupa ataupun abbreviasinya Y.P.R, mula digunakan aku secara meluas bermula dari zaman sekolah menengah. Semasa di sekolah menengah, badan aku memang super kerempeng seperti lempeng. Dulu-dulu aku siap makan Appeton Weight Gain mentah-mentah untuk menaikkan berat badan namun gagal (sekarang pulak dia nak berkesan). Situasi itu berlarutan sehingga ke matrikulasi dan universiti. Berat badan aku sering diperlekehkan oleh rakan sebaya. Mereka panggil aku Pelawak Tulang. Aku berasa murung dan suicidal. Namun satu hari ketika aku memandang cermin, aku tiba-tiba terperasan, Tuhan itu maha adil. Walaupun aku kurang di tubuh, namun Tuhan memberi aku kelebihan di wajah. Sejak hari itu, sesiapa yang memperlekehkan berat badan aku terus aku balas, "Hoi, tubuh badan tak penting, yang penting rupa"

Y.P.R merupakan suatu entiti yang signifiken dalam hidup aku. Sila klik Read More bagi melihat pengaruh Y.P.R dalam menempuh kehidupan di alam fana ini.

Yang Penting Rupa: Explorehunt

Kolej IT Uniten mengadakan pertandingan ala-ala The Amazing Race. Aku yang sememangnya meminati siri Amazing Race membentuk sebuah pasukan yang tabah dan gagah yang terdiri daripada aku, Tamir, Asiah (Asiah cirit birit so Jaja ganti), dan Aqilah Hasan. Menamakan pasukan kami sebagai Y.P.R, kami bermula garang dengan menyelesaikan masalah Sudoku setelah merasuah pensyarah kami T.J Iskandar untuk memberi jawapan. Namun begitu, semangat kerjasama kami tercabar apabila kami termiss satu clue akibat kelalaian Tamir menyebabkan kami gagal menghabiskan perlumbaan dengan sempurna. Masih ada harapan ketika itu untuk at least memenangi anugerah 'Kostum Berkumpulan Terbaik' namun kami tumpas dengan rival terdekat pimpinan Epul, The Hunters. Lame gila nama, The Hunters. Cis. Cis.


Dari kiri: Jaja, Lala, aku, Tamir. Lihatlah labuci Y.P.R yang dijahit khas oleh Tamir. Cantik bukan? Boleh pulak kami kalah dengan kumpulan The Hunters yang tahpape tu.


The Hunters yang belah kanan tu. Tengokla kostum mereka macam uniform al-Arqam je. Yang team kuning pun aku nak kutuk jugak korang ni nak pergi main bola baling ke haa haa lucunya aku.

Yang Penting Rupa: The Band

Uniten mengadakan pertandingan kugiran setiap tahun. Aku yang gilakan kepopularitian menghantar borang penyertaan tanpa berfikir panjang dan meletakkan Y.P.R sebagai nama band. Aku melantik diri sebagai vokalis disebabkan aku memiliki pakej lengkap wajah dan suara. Pada sesi ujibakat yang pertama, kami membawakan lagu Candy, Akan Ku Tunggu. Namun begitu berlaku sedikit salah faham di mana kaset miming aku tidak berfungsi menyebabkan kami gagal untuk ke pusingan akhir. Namun kami tidak berputus asa. Kami mencuba lagi pada tahun berikutnya setelah gigih berlatih. Hasilnya, lihatlah video klip ujibakat sinaran pasport kegemilangan kami ini membawa lagu Love Me Butch, Hollywood Holiday. Too bad ah kalau ofis korang block Youtube.



Terus bergelora nafsu para hakim ketika itu kekaguman. Akhirnya kami berjaya ke final dan kami membawa lagu Permysuri dendangan OAG dan Churaleya nyanyian The Pilgrims. Memang histeria gadis-gadis dan arbok-arbok ketika itu.

Masalah komitmen untuk bergraduasi awal dan tidak boleh keluar malam untuk berlatih serta masalah penyalahgunaan alkohol menyebabkan aku tidak dipilih untuk terus menyanyi bersama ahli kumpulan. No hard feelings, Y.P.R masih ada tunggulah rakan-rakan Bangi semua ada Y.P.R akan meriliskan albumnya nanti. Album gambar pun jadi (jenaka sambilan).

Yang Penting Rupa: Skuad 'Terkam' Multimedia

Aku mengambil jurusan Grafik dan Multimedia, maka semasa kelas Multimedia System Design (M.S.D), kami disuruh membentuk sebuah kumpulan (tekalah apa nama kumpulan itu) dan kami ditugaskan untuk membuat sebuah produk multimedia. Y.P.R ketika itu terdiri daripada aku, Fandy, Azrel, Huda dan Ezu (pic below).


Kami mengerah otak untuk menghasilkan sebuah mockumentary tentang kehidupan kotaraya yang durjana. Hasilnya, terciptalah video bapuk yang diiktiraf boleh Persatuan Arbok Semalaysia (PAS). Tiada kaitan dengan parti politik itu.

Selain bapuk, kami juga turut mengadakan sketsa tentang Penjualan VCD haram, Mencuri Wang Ibu untuk Membeli Dadah, serta Perlumbaan Haram. Mungkin aku akan upload satu hari nanti korang dapat melihat lakonan kaku Azrel dan Fandy, improvisation spontan daripada Ezu serta Huda. Memang seronok dapat bekerja dengan korang. Terima kasih.

Yang Penting Rupa: The blog

You are reading it right now. Thank you for stalking me. Ayuh, ungkapkan Y.P.R rawks!!!! Rite? Rite?



13 comments:

shogunn_general said...

YPR rocks! hehe -stalker paling jauh,dari moscow :p apsal rafa xbeli arshavin ha?huuhu..

Anonymous said...

apa maksud lelaki tuh kalau dia stil ada angan2 nak perempuan mcm nih mcm tuh?dia main2 je ke atau dia nak suruh kita berubah mcm yg dia nak?bukan once lelaki tuh dh couple dgn kita dia dh bg kita harapan utk kawin dgn dia ke?asal nak jd mcm ni plak nih?ok vague gila soalan.harap en.Faizal bleyh solvekan

-gadis yg skarang sakit hati ngn bf dia!

Anonymous said...

YPR rawks! teruskan usaha usaha YPR kau jai. kalau kau tak update blog kau aku kebuhsanan takde blog nak bace.

anonymous: lelaki memang camtu. try nak upgrade je kerja.

adam

Anonymous said...

YPR rawks....
bukan ungkapan tu juga kau gunakan bile kitorang cakap badan 'seseorang' tu gemuk..tapi kau cakap'tubuh badan tak penting,yang penting rupa..'
haha


-shuhud-

Mohamad Faizal said...

naqqib: thanks. rafa tak diberi wang. tapi aku beli arshavin dalam fantasy team aku

gadis: ala gadis kan ada entri untuk bertanya soalan di bawah. anyway diharap jangan clash dulu nanti kami jawab

adam: haha thanks i lap u 2

abe: ala abe biasalah dulu aku mabuk cinta haa haa

Anonymous said...

kau nak aku buat lagu tajuk dia y.p.r tak? kalau buat gerenti hit ni...boleh masuk album kompilasi gerenti hits 3!

-kusha-
komposer saingan eddie hamid

Anonymous said...

YPR rawks!!
haha perut ak da kurus ckit..tp takpe tubuh badan tak penting, yg penting rupa hahaha...

-fandi-

Anonymous said...

dari mana datangnye perkataan awek?saya nih tak engat kewujudannye?sape yg guna istilah tuh dulu ye?haha..tak ade soalan lain tp saja curious;)

els said...

hahhahaa ypr rocks! mmg rasa honored dpt sama group ngan ijai dan menggunakan nama itu utk group msd kite. hahahaha ezu paling ske scene2 yg tak jadi. lagi kelakar! huhu ezu takde dah video2 tu :(

hUdArLiNg said...

semestinya YPR rocks!Team MSD bersama Ijai, Fandi, Arel dan Ezu mmg cool gler. scene mana eh yang lawak gila Arel buat tu. Ada satu tu yang dia marah2 pastu nk bukak pintu kete season Alie tak lepas.Ada satu lagi yang lawak gila tu. Apa eh?

Kami (Ezu dan I) mmg hebat buat improvasi spontan. ha ha ha.Pastu tambah script suka hati sampai jadi panjang gile.

Ijai, nanti buat ah sequal.Ala-ala comeback. haha. mesti cool giler.tak pasal2 =p

etc said...

terjumpe blog anda sambil lurking blog adam. sangat menarik dan lelucon. marcapada ini, sukar dicari blog yang begitu sempoi tetapi benar. syabas pada anda, va va inspektor sahab.

sesuci@pagi said...

sape yg sumbangkan suara dlm klip nyanyian tu weh?bulu roma kucing aku gugur tanpa henti bile aku klik play.sila bayar ganti rugi!

Mohamad Faizal said...

kusha: lagu tajuk ypr dah ada dah. nanti nak rakam aku jemput kau main kompang elektrik

fandi: kenyataan kau itu memang betul, tetapi masalahnya kau tidak memiliki rupa

anon: alaa kan ada segmen bertanya soalan di bawah

ezu: "kau nak main dengan dia ke haaa???"......ada janggut" lakon ezu dengan bersungguh2.

huda: satu lagi yang lucu ialah ketika saya tersebut nama sendiri ketika menjadi Sally.

etc: tahniah juga untuk anda kerana terjumpa blog ini instead of laman blog pornografi yang adam selalu lawat

sesuci: ala seperti biasa, suara tak penting, yang penting rupa

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...