Sunday, September 27, 2009

Selamat Jalan Dazu!

Hari ini salah seorang bff aku Mohd Dazrul Syariz bin Sabardin bin Ahmad akan kembali pulang ke negara penjajah kerana boss dia sudah panggil bekerja setelah bercuti raya selama 2 minggu. Dazrul atau nama manjanya Dazu bekerja sebagai konduktor keretapi Pelham 1 2 3 di London. Cita-cita jangka masa panjang Dazu adalah untuk membawa pengalamannya bekerja di sana untuk membantu KTM membina keretapi bawah tanah di Malaysia.

Sila klik Read More untuk membaca ucapan perpisahan homoseksual aku dan rakan-rakan lain untuk Dazu.

Dazu,

Terima kasih di atas kenangan manis dan pahit yang kita lalui bersama dalam tempoh 2 minggu ini. Kenangan manis adalah setiap waktu yang kita tempuhi bersama, tak kiralah ketika di dalam kereta ataupun di atas katil aku, berbuka puasa bersama ataupun tatkala hendak bersolat terawih berjemaah di rumah aku tetapi tak jadi sebab tengok Bruno. Aku rela pulang kerja awal pada pukul 2 semata-mata untuk menghabiskan masa dengan kau, menunjukkan betapa istimewanya kau di hati aku Dazu.

Kenangan pahit pula adalah ketika kau menghantar Tracy McGrady untuk mengaibkan aku dengan 3 pointer bertalu-talu. Tapi kau tak tahu buat alley oop. Oleh kerana kita hanya akan bertemu tahun depan jika umur panjang, mari sini aku nak ajar, press and hold L2, lepas tu tekan pass (A). Kalau ada orang dia alley oop ah.

Kesempatan ini juga aku ingin gunakan untuk meminta maaf untuk kau dan juga sesiapa yang rapat dengan kau jika aku atau rakan-rakan lain ada termencarut sehingga terguris hati. Selamat jalan Dazu. Jumpa kau tahun depan.

Teman tapi mesra,
Faizal Rosly


Abe, Fandi, Jamil dan Apai akan menyampaikan ucapan mereka di ruangan komen sebab diorang tak bangun pagi dan semayang subuh macam aku. Selamat pulang Dazu. Best friends forever. Jangan kau mengecapi kemuncak syahwat dengan ucapan homoseksual aku sudah.


p/s: Dazu jangan lupa beli set pinggan mangkuk mama aku



9 comments:

sI tEDI said...

selamat pulang kawan dak ijai..

Anonymous said...

slmt pulang dazu..sronok sungguh bermain ps3 kau dan ak telah menunjukkan improvement dlm call of duty set terakhir yg kita main dmana ak mgunakan sniper begitu byk membunuh korang hahaha..nwy tcare dude..mintak maaf jika ada terasa apa2 hehe..0-0..peace..=)

-fandi-

Anonymous said...

yo bro..
selamat pulang dan selamat bekerja..sungguh indah kenangan dapat menusuk kau dgn pisau dari belakang..walaupun kau perbudakkan aku di gelanggang tenis..haha..takpe nanti aku practise..kalau kau tak terkandas kat sarawak,pasti ade satu hari lagi utk kite bergurau senda..jumpe lagi tahun depan..selamat hari raye..mintak ampun kalau terkutuk kau secara direct atau indirect..hehe..

-shuhud-

Anonymous said...

Yo Dazu. Walaupon aku x sempat berjumpa denganmu aku tetap merinduimu. Next time kau balik mari bertarung FIFA dan tenis ps3. Ijai cakap kau belasahan jer hehe

-Jamil

Anonymous said...

kepade fendi:
gile keji kau sniper aku dalam kedai tembikai..hahaha..
jom aa main wii lagi weekend ni..

-shuhud-

Anonymous said...

abe:
hahaha mmg sronok mensniper kau di dalam kedai tembikai..wlupun helmet kau celorengnya lebih kurang dgn tembikai ttpi kebolehan ak membezaknnya dgn pantas mnyebabkan kau tidak boleh menyorok lagi di situ kekeke =P..hjg mgu ni port umh faizal lagi r..roger kami faizal jika kau kelapangan..

-fandi-

Anonymous said...

Salam dazu,
thanks bg aku hadiah raya (jersey magpies n baju baby)
terharu aku laki bini....
xlupe juga hadiah bdy dari ko (sms nana tanjung)
bersengketa aku laki bini....
ehek...ehek...(gelak dazu)

~AkuApai

Anonymous said...

trimas rakan2 dan maaf zahir batin...

faizal: nex year mcGrady bukan sahaja 3 pointer malah mengsetup alley oop haha trimas tips berguna itu.

sI tEDI: trima kasih..

fandi: thn depan kite bertarung lg.

abe: beli la abe virtua tenis 2009 bole praktis

apai: maaf apai dan mizah tindakan aku mghantar sms nana tanjung tersebut (atas hasutan rakan sebaya) pastinya merupakan gurauan yg tidak kelakar utk korg. mgkin kami harus mengambil pengajaran ;). diharap hadiah baby tersebut dpt menyejukkan hati baby dlm kandungan (kurang sikit tendang perut mizah haha)

-dazu-

Anonymous said...

tertinggal lak utk jamil haha jgn kecik hati jamil fathi jamaludin at least utk ko aku dedicate single comment post: mana mgkin aku belasahan. ijal menyampaikan khabar palsu sahaja. kawin jemput weh (tp x sure aku dpt dtg ke x hehe maaf2)

-dazu-

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...