Wednesday, September 2, 2009

Statistik di Bulan Ramadan

Burppppp bunyi aku sendawa di bontot akibat kekenyangan membaham nasi putih lauk ayam Nandos tadi. Korang berbuka apa tadi? Ada hidangan istimewa sempena Ramadankah? Ataupun kalian terpaksa berbuka di dalam kereta akibat kesesakan lalu lintas? Tadi aku hampir-hampir hendak berbuka di dalam kereta kerana hari ini aku pulang lambat ada training la pulak.

Entahapahapantah dialog pembukaan aku untuk entri ini. Baiklah, kali ini aku ingin memaparkan fakta-fakta benar di bulan Ramadan berserta nombor-nombor untuk menyokong fakta-fakta tersebut.Fakta-fakta ini adalah berkisarkan tentang kehidupan seharian aku sepanjang 12 hari berpuasa. Statistik Ramadan yang dikeluarkan boleh dijadikan guideline ataupun benchmark untuk korang menempuh hari-hari Ramadan yang mendatang. Sila makan Chipsmore untuk berbuka, sila klik Read More untuk membaca. Wahhh rhyme!

1) Bilangan hari berpuasa penuh: 12 hari

Komen: Alhamdulillah aku masih puasa penuh period aku tak datang lagi.

2) Bilangan hari berpuasa sekadar lapar dan dahaga: Mungkin around 5-6 hari

Komen: Puasa bukan sahaja kena menahan diri daripada makan dan minum, kita juga harus menjaga mata (tidak menonton pornografi), telinga (tidak mendengar bunyi-bunyian ghairah) serta mulut (tidak mengumpat dan mengadu domba). AKan tetapi aku rasa aku gagal berpuasa mulut kerana sewaktu pulang dari kerja aku mesti mengeluarkan kata-kata kesat kepada pemandu2 Kuala Lumpur yang gampang itu. Itu tak termasuk jari hantu yang aku lemparkan secara senyap2 memang hilangla pahala puasa aku.

3) Bilangan hari bersolat terawih: 1 hari.

Komen: 1st day je Ikram semangat pegi. Hari lain entah ke mana. Err ala bukan apa aku bangun pagi pukul 4.45 pagi bersahur. Lepas tu mandi terus pergi kerja. Balik rumah dah penat bagaimana nak pegi terawih. Weekend pulak ada EPL camne ni. Kawan-kawan ajak menonton wayang lagi aihhhh. Tapi aku niat nak pegi terawih memang hari-hari tak pernah miss. Ala tapi aku yakin ada sorang kawan aku di Amerika tu belum start lagi solat terawih dia.

4) Bilangan peratusan aku berjumpa Lailatul Qadar: 15%

Komen: Ramadan masih panjang ada lagi peluang untuk aku mencuba.

5) Bilangan hari aku berlari di atas treadmill di bulan Ramadan: 0 hari

Komen: What the whattt? Tak pernahh??? Yela bilanya nak senaman pagi lepas sahur tiada masa, balik kerja sudah lemah gemalai. Lepas berbuka? Terbongkang terus. Nak niat pegi terawih lagi. Camana ni oit nanti aku kembali berkolestrol kang.

6) Bilangan hari aku mandi wajib di bulan Ramadan: 2 kali

Komen: Natural cause ya bukan secara paksaan.

7) Bilangan cerita yang ditonton yang boleh menghilangkan pahala puasa: 2 atau 3 cerita.

Komen: Tiada pornografi, tetapi mungkin menonton full frontal nudity dalam filem Bruno boleh menaikkan syahwat. Eh? Cerita Orphan pun sama. Tengok klip video perempuan negro sementara menanti waktu berbuka pun boleh mengurangkan pahala puasa.

8) Bilangan rakan Muslim yang tidak berpuasa: 2 orang

Komen: Identiti mereka terpaksa dirahsiakan tetapi memang keji diorang ni selamba je meneguk botol minuman di hadapan aku.

9) Tarikh harijadi Apai di bulan Ramadan: Err bulan 9??

Komen: Betul ke? Bila ek? Kita buat seprais parti untuk dia nak tapi waktu siangla jimat sikit duit.

10) Bilangan plok plok yang dilaksanakan di bulan Ramadan = 0. Sifar. Zero. Tiada. Suci.

Komen: Yaa benar. Aku tidak bohong. Adakah rakan-rakan mempunyai keazaman yang tinggi seperti aku di bulan Ramadan ini? Ataupun korang tewas kemudian menyesal walaupun semua syaitan sudah dikurung?

Sekian sahaja statistik Ramadan aku buat masa ini. Yang baik dijadikan tauladan yang buruk dijadikan sempadan. Bagaimana pula statistik Ramadan para pembaca sekalian? Ayuh kita kongsi untuk dijadikan bahan umpatan dan gelak tawa selepas berbuka.



11 comments:

Anonymous said...

kau kerap mimpi basah ke??dlm 12 hari 2 kali ko mimp??wah2 ni da kire wjb kawin ni faizal wlupn kau tak plok2 tp nafsu syahwat ko da bkobar2 tu..

-fandi-

Anonymous said...

haha babet kau jai. aku confirm akan tarawikh sorang sorang nanti.

Anonymous said...

owh ni adam

hUdArLiNg said...

jai, i dengan tidak semena-mena menyokong kata2 rakan anda, fandi. sila berkahwin dengan kadar segera =p

Khairul Afandy said...

Ijai...sila jawab soklan saya

Mengapa anda perlu mandi wajib 2 kali..sedangkan anda sudah baligh (sudahkah anda baligh???)huhuhuhu

Anonymous said...

tengok citer bruno pun boleh menaikkan nafsu syahwat ker jai? huh! giler songsang nafsu serakah! part jadi wrestler yang paling tak boleh blah...siap ada lagu celine dion...macam citer titanic lak...ala nanti kau buat la review...

-kusha-

Mohamad Faizal said...

fandi: mana ada. aku bukan ingat pun aku mimpi apa. mungkin menyelamatkan mangsa lemas tu yang basah tu

adam: takpe dam kau boleh menyamar cina takde sape nak sound (haha).

huda: memang nak kahwin segera, kudrat je tiada. anda bagaimana?

fandy: aku baligh darjah 5. kau baligh tingkatan berapa fandy?

kusha: ala biasala kita lelaki jauh di lubuk hati mesti ada sedikit perasaan ghairah sesama jantan

sI tEDI said...

ijaii.. adakah gambar anda memasuki kosmo itu yg pertama dan terakhir ada semayang terawikh??

Anonymous said...

mimpi slmtkan org lemas konon..slmtkn org lemas badan basah kau anu saja mlekat pada seluar pabila bgn pagi haha..hudarling da stuju kau kawin cpt..siapa lagi stuju sila bpuasa esok..tgk sure ramai yg stuju tau..

-fandi-

superumi said...

hi ijai jai jaiii...
sudah berbuka di kedai perabot ah seng ke belum?

Mohamad Faizal said...

tedi: masuk kosmo tu solat jumaat last week la. solat jumaat tadi rasanya masuk The Star kot. Jangan lupa cek esok

fandi: tak baik menfitnah lelaki yang baik berzina lebih-lebih di bulan ramadan yang mulia ini

umi: haha pulanglah dulu umi kalsom saya menanti sahaja untuk dibelanja

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...