Thursday, September 10, 2009

Tanda-tanda Raya Sudah Dekat

Ainis Azreen menghantar pesanan mesej ringkas tadi. Dia kata malam ini mungkin malam Lailatulqadar mengikut tafsiran ulama. Ingin tahu apakah tanda-tanda malam Lailatulqadar? Haa haa usah ditanya kepada orang yang baru sehari bersolat terawih. Tetapi tanda-tanda hari raya akan tiba memang aku dah fasih.

1) Bilangan saf yang menunaikan solat terawih semakin berkurang. Hari pertama Ramadan fuiii bertolak-tolak umat manusia nak bersolat terawih, termasuklah aku haa haa. Tetapi dah dekat-dekat nak raya ni surau dan masjid menjadi semakin suram. Mereka hanya duduk di rumah update blog sahaja. Alah korang yang baca pun sama haa haa.

2) Pantun-pantun raya 4 kerat mula diterima di telefon bimbit. Semuanya pantun yang sama orang main forward je. Tiada personal touch. Aku nak reply pun tiada nafsu. Contoh pantun yang popular:

Anak Dolah makan lepat
Makan lepat sambil melompat
Nak hantar kad raya dah tak sempat
Pakai SMS pun kira ok what?


ok aku akan jawab pantun kau

Anak Pak Dolah tak puasa ke?
Mana boleh makan lepat,
Pantun kau ni macam keldai je,
Baik aku pergi melempiaskan syahwat


3) Jalan raya di Kuala Lumpur sudah mula lengang kerana orang semua sudah balik kampung. Aku tiada kampung. Kampung aku ialah Bandar Baru Bangi.

4) Pelajar-pelajar kita di luar negara sibuk berposing untuk masuk surat khabar Utusan untuk mengucapkan selamat hari raya walaupun tidak puasa.

5) Filem-filem Melayu yang flop seperti Senario, Gila Bola, Baginda, Zombie Kampung Pisang semuanya akan ditayangkan di televisyen. Jin Notti pun tak perlu korang tengok di pawagam masa hari raya nanti. Lepas sebulan keluarla kat tv tu. Lagipun gaya Mawi berlakon, Rashid Sidek pun lagi hebat dalam Cinta 100 Ela.

Ada lagi. Sila klik Read More.

6) Last minute shopping. Kedai Tailor Moon dah tak terima tempahan baju raya lagi. Baju raya tahun lepas dah tak muat sebab berat badan meningkat selepas melahirkan anak. Apa mahu buat? Berpusu-pusu pergi ke Sogo saja. Jalan sikit singgahla ke Wisma Yakin kedai Den Wahab membeli baju Melayu.

7) Lagu Musafir di Aidilfitri dendangan S Jibeng dimainkan oleh rakan sekerja anda berulang-ulang kali kerana dia tak dapat cuti raya sambil menangis teresak-esak. Haa haa aku dapat cuti 5 hari oi jangan cemburu buta ya. Buat Zulkifli Ibrahim yang beraya di Houston, diharapkan anda tidak berbaju melayu ke strip club.

8) Letupan mercun semakin kerap kedengaran. Bastard bising gila aku nak terawih pun tak jadi. Eh kat mana nak beli mercun kat Bangi ni haa? Kat bazar Ramadan tak jumpa pun.

9) Satu rumah sudah malas hendak bangun sahur. Di hujung-hujung puasa nak dekat raya memang sudah tiada semangat untuk bangun bersahur sebab semua orang dah eksaited nak berhari raya.

10) Pakcik yang tiap-tiap tahun pakai baju Melayu yang sama akan keluar di kaca televisyen dan mengungkapkan skrip yang sama setiap tahun mengumumkan ketibaan Syawal.

Apa lagi? Sila kongsi bersama. Aku sudah mengantuk ni penat tulis blog walaupun tak terawih. Good nite jangan lupa niat puasa esok.



8 comments:

Idlan said...

La kau nak mercun ke jai? Aku ada ejen..

sI tEDI said...

ramai yg x pose sbb penat mengemas rumah. ekekekekke

Mohamad Faizal said...

idlan: yeke? sape? kau jangan perdayakan aku masuk mlm pulak

tedi: yaaaaa gadis2la yang selalu mengemas rumah kan hee hee

Anonymous said...

kat bangi warta atau kmpleks pkns dijual secara terbuka..ak dgrla tidak tahu kebenarannya..

-fandi-

Anonymous said...

aku rindu aaa zaman dulu ade perang mercun.

pastu dulu stiap tahun confirm suratkhabar tunjuk jari jari budak budak main mercun yang terputus. ngeri gile. aaa good old days

adam

Mohamad Faizal said...

Fandi: takde dooo aku dah cari. mungkin kena personally mintak kat pakcik berhaluan kiri yang jual kaset ceramah akhil hayy yang tak laku tu

adam: aku rindu zaman kau pegi terawih ke surau al kauthar naik basikal sampai berdarah kaki

Anonymous said...

parking lot basement...dkt2 pintu lift...kata laluan ialah 'di mana boleh saya beli kuih talam ubi'...

-fandi-

Anonymous said...

nak beli mercun pun kene kata laluan ke??haha..
weh jom berbuka ramai2 sementara ramadhan masih ada..dazu adakah kau sudah pulang??


-shuhud-

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...