Saturday, September 12, 2009

Top Ten Raya Songs

Wooo hoooo minggu depan sudah raya. Tak siuman ah macam baru semalam sahaja kita mula berterawih walaupun semalam aku tak terawih. Sudahkah anda mengapply cuti raya masing-masing dan membeli tiket balik kampung? Usah gusar, tiket-tiket sempena hari raya masih dijual. Tapi tiket wayang ah untuk tengok Jin Notti ataupun Momok the movie haa haa kelakarnya aku. Tetapi raya ini takkan bermakna tanpa dendangan lagu2 raya klasik dan moden. Sehingga kini, terdapat 288 buah lagu raya yang telah dicipta sejak zaman Jahiliyyah hinggalah zaman 1Malaysia ini. So here's my Top Ten Raya songs of all time. Tett tenettet tet tenenet tenenet (2x). Sila klik Read More sambil meraung jika korang terpaksa beraya di perantauan.

1. Musafir di Aidilfitri - S. Jibeng
This is probably the syahduest raya song ever made. Gemaaaaaaa damnn meremang bulu ketiak tatkala mendengar verse pertama lagu itu. The cover by Ruhil Amani was okay but nothing beats the original.

2. Satu Hari di Hari Raya - M. Nasir
I'm sure this song will be in everyone's top ten. Dengarla patblas kali berturut2 pun pasti tidak bosan.

3. Raya - Jalil Hamid
"Bila sebut pasal raya semua ingat hari raya tapi janganlah pula kita lupaaa. Ada 1001 kata berkait dengan raya selain hari rayaaaa....." Haa haa a different take on Hari Raya. Bukan setakat hari raya, jalan raya, kaya raya, puduraya, bunga raya, hantu raya suma ada.

4. Seloka Hari Raya - Uji Rashid dan Hail Amir
Tiada pasangan di dunia ini yang dapat mengatasi chemistry antara mereka tak kirala diorang tu Nurul dan Ajai dulu2 ke, Yusry dan Erra dulu2 ke apatah lagi Achik Spin dan Siti Nordiana bola bola api. Takziah Nana di atas perceraian anda semoga tabah berhari raya seorang diri.

5. Malam Kita - KRU
Haa haa ini kira lagu raya ke? aku pun tak tahu. Yela lirik dia begini, "Ohh sepurnama kita tempuh dugaan penuh kesabaran, kini tiba sekali lagi hari yang dinanti tiba pasti...". Tak kira aku fanatik KRU sejak sekolah rendah lagi.

6. Cahaya Aidilfitri - Black Dog Bone
Nama band sudah menakutkan tapi lagu rayanya menjadi instant classic ketika mula2 direlease 14 tahun dahulu (fakta tak benar, men blasah je ni).

7. Lebaran Ini - Raihan, Nowseeheart, Rem & Ajai
Suara Rem meneran sungguh real tatkala rakaman di studio majalah mangga mengatakan Rem tercirit sedikit sehingga mengalir ke lutut.

8. Bergema Takbir di Pagi Raya - 4u2c
Masa ni 4u2c gaduh ngan KRU biasalah tak matang lagi.

9. Menjelang Hari Raya - Dj Dave
Dj Dave sungguh kacak bergaya dulu dan sekarang menjadi kegilaan ibu bapa kita di zaman2 remaja dulu.

10. Indahnya Beraya di Desa - Azlina Aziz
Tak kenal? Mungkin korang kenal adik dia, Amir Rashidi Aziz. Ala yang lagu dia macam ni, "Wahai perantau-perantau di kota. Pulanglah ke desa berhari rayaaaa
Ayah seeeerta bonda....". Balik kampung la woi.

Yaa bagaimana pula dengan lagu raya kegemaran anda marilah kongsi bersama.

keji gila aku kopi pes entri lama pastu edit sikit-sikit haa haa



6 comments:

Anonymous said...

lagu hari raya proton eon

-zatimalas-

Anonymous said...

ak tambah ckit..ak suka sudirman haji arshad gak..lagu 'balik kampung' and 'dari jauh ku pohon maaf' hehe..

-fandi-

enuLwanie said...

lagu feberets sy..

-sepasang kurung biru(khairil johari johar)
-bersabarlah sayang(sanisah huri)

-da best song, lagu pretty ugly tapi lupa tajuk dia.
"aidilfitri aidilfitri muncul lagi..
hari ini kita raikannya..hari raya!!!"

sy balik kota bharu malam ni..YAHOOOO!!!!
rugi sape yang takde kampung..
setakat kg baru bangi wat pe..?
kuikuikui...

King Faisal said...

My all time favourite Raya Song Dari jauh ku pohon maaf...

Selamat Hari Raya Kawan Kawan ...

[ A . t . I . n ] said...

mmg konpem2 nk mraung la klo cmni..adehh!!

finaz said...

err.. i suka semua lagu raya..esp yg lama2.. no specific favorite.... tp lagu raya yang baru2 ni semua entah apa2 kan? rasa memulas perut dengar..

p/s: lamanyaaaa i xbaca blog u.. hohoho byk entry nak kena khatam nih

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...