Monday, September 28, 2009

Wii Are Family

Best gila korang dapat berkawan dengan aku. Jika aku menjadi korang, aku pasti kepingin menjadikan aku sebagai besfren teman tidur tanpa nafsu. Mengapa best berkawan dengan aku? Kerana di hujung minggu, aku akan menjadi sumber hiburan untuk korang. Hiburan di sini bukanlah bermaksud aku rela membuat tarian bogel untuk korang, tetapi hiburan-hiburan yang lagha seperti filem-filem terhangat yang dimuat turun, serta permanian video (aku buat-buat salah eja, lucu tak).

Jika anda lihat template blog ini ada gambar Nintendo Wii, tapi aku tak pernah main pun Wii tuh. Maka pada hari Jumaat yang lalu aku memaksa Fandi untuk membawa Wiinya yang baru dibelinya untuk dimainkan di rumah aku kerana aku memiliki tv lcd yang bergaya, memang ghairah la kalau bermain game. Line up pada malam itu ialah aku, Jamil, Abe dan Fandi. Dazu tak hadir walaupun sudah berjanji...



Sila klik Read More untuk berasa cemburu sebab korang tidak dapat bermain Wii bersama aku.


Match up yang pertama adalah antara aku dan Fandi dalam permainan tarian Zapin moden. Lihatlah gaya smooth and silky aku itu.



Kami bermain Wii Sport yang terdiri daripada permainan-permainan sukan seperti tenis, golf, baseball, renang berirama dan bowling. Aku dititik dalam perlawanan tenis dan besbol kerana Fandi dah biasa gerak-gerak tangan melakukan dosa ketika berseorangan.



Jamil kelihatan bersungguh-sungguh menggerakkan tubuh badannya untuk mengeluarkan peluh kerana berasa cemburu melihat figure aku yang semakin ramping ini.



Nampak sangat aku sekadar berposing kerana gambar di televisyen langsung tidak kena dengan gaya yang digayakan aku.



Best juga bermain Wii lebih-lebih lagi apabila aku dinobatkan juara bowling. Hujung bulan ini aku akan membuat keputusan sama ada hendak membeli PS3 slim ataupun Wii. Apa kata korang yang nak datang bermain nanti?



Sudah penat bermain game, aku siap masak Mee Hailam lagi untuk kawan=kawan. Peratusan untuk korang untuk disebat di dalam kubur juga mungkin berkurang kerana kat rumah aku memang aku pentingkan solat.

Best kan jadi kawan aku.



10 comments:

Anonymous said...

best gila lah jd kwn encik faizal.tp saya perempuan mana mungkin boleh lepak bersama bermain wii atau ps3.mkn mee hailam tu pon tak dpt;(..mcm mana nk suruh seseorang yg rapat ngn kita solat ye?liat betul dia.kalaulah dia jd kwn encik faizal;)

QilahLala said...

arif da sibuk nak wii jugak hari tu...adoiii,budak darjah 3 lebih2 kan.. saya vote ps3 !

Anonymous said...

encik faizal.
saya ada trivia untuk encik faizal.
walaupun agak tak berkenaan dengan topik tapi oleh kerana tadi ada cerita bio-nik dan saya teringat trivia ini,
adakah anda tahu bahawa kamal adli hero bio-nik itu duduk satu taman 4/3 jugak dengan anda?
itu saja~

Mohamad Faizal said...

anon 1: yaa saya mengaku saya memang best. kalau anda nak makan mee hailam boleh datang ke open haus rumah jiran saya esok

lala: alah nanti dia beli makcik dia jugak yang rampas hua hua hee

anon 2: yeke tak pernah nampak pun dia di perjumpaan Persatuan Penduduk 4/3 apatah lagi di surau al-kauthar

Anonymous said...

haha.ada2. rumahnya dkat2 simpang nak kluar 4/3 yang blah kanan.

SuperRolling said...

haha..makcik dia tumpang sekaki ahhh!! :p

-qilahlala

wake me for meals said...

kalau aku dapat wii ni aku nak main game wrestling, lawan ngan pompuan! tu jer game yang aku tau main


-kusha-
juara gusti daerah

Mohamad Faizal said...

anon: camana kau tahu ni. tah2 kau ni kamal adli menyamar nak mengecapi kepopularitian

lala: makcik jual la ps3 kat superrolling mesti saya jadi kasteme tetap

kusha: takpe nanti aku ajak kau main game2 berunsur islamik seperti Zakat Race, or game jihad The Battle of Badar

Anonymous said...

haha faizal belasahan je dlm game tennis..weh abe lagi lauk nk pukul bola tennis pon tak kena hahaha..dia biasa bermain gigi manusia je tangan kne slowmo je mane reti libas2 ni..=P

-fandi-

Anonymous said...

I am гeally enjoying the theme/desіgn of your web sіte.
Do you ever run into any browser compatibіlity pгoblems?
А handful of my blog аuԁіence havе complainеd about mу blog
not opeгatіng correсtly in
Exρlorer but looks great in Firefoх. Do you have аny recommendations to hеlρ
fix this prοblеm?

Feel free to surf to my blog рost; bball

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...