Tuesday, October 6, 2009

500 Days of Perfect Getaway with Irsyadudin Ismail

Tajuk di atas merupakan gabungan aktiviti yang aku lakukan di hujung minggu menonton filem romantik komedi 500 Days of Summer, berhari raya di rumah Irsyad serta disudahi dengan menonton thriller A Perfect Getaway. Aku memang sudah lama mengimpikan untuk menonton 500 Days of Summer kerana pelakon comel kegemaran aku Zooey berada di dalam filem itu. Lagipun Adam kata dia menangis di penghujung cerita aku pun semakin bersemangatla. Filem tersebut turut mendapat reviu yang menarik daripada Harakah Online. Akan tetapi, filem itu hanya ditayangkan di sebuah pagawam sahaja, iaitu di TGV Sunway Pyramid. Jauh? Tiada masalah. Boleh baham Ole-ole Bali. Sila klik Read More untuk reviu filem dan berhari raya di rumah Irsyad.

Ratings:
$$$$$ : wajib ditonton, curi wang daripada ibu masing2
$$$$ : sunat ditonton, gelapkan saja wang koperasi
$$$ : harus ditonton, jika ada wang ptptn yang berlebihan
$$ : makruh ditonton, dermalah wang itu ke masjid
$ : haram ditonton , baik pergi beli Chipster lagi kenyang

500 Days of Summer
Ulasan ringkas: Tom merupakan seorang yang percayakan tentang cinta abadi dan dia jatuh cinta dengan Summer yang hanya ingin ringan-ringan tanpa sebarang ikatan. Mula-mula Tom memang tak kisah namun semakin hari Tom semakin angau dibuatnya oleh Summer seolah-olah terkena penangan nasi kangkang. Summer maintain je ketegasannya tidak mahu terjebak dengan jerat percintaan. Para penonton dipersembahkan dengan kisah suka-duka Tom dan Summer secara rawak, sekejap di awal percintaan dan kemudian flash forward ke hujung percintaan. Filem ini memang sweet, lucu dan mungkin boleh mengalirkan air mata jika terlalu menghayatinya.

Ratings: $$$$
Spoiler: Tatkala mereka menjadi 'bisu' di taman, mereka sebenarnya sedang menjerit sesuatu tentang 'penis'. Itu pun nak cut.

Setelah pulang menonton cerita tersebut, aku pulang ke rumah untuk mengenakan baju raya aku iaitu baju kahwin Apai (bukan yang pink tu ok) kerana ingin berkunjung ke rumah terbuka Irsyadudin Ismail, bekas teman lelaki aku. Hari raya mestila pakai kacak-kacak hilanglah suasana Syawal jika aku berseluar jeans kan? Aku berjumpa da killa di UTM kerana dia masih ada sticker UTM untuk disalahgunakan untuk meletak kenderaan secara percuma. Rumah Irsyad berdekatan sahaja.

Rumah terbuka Irsyad menggunakan konsep fudkot di mana kita boleh memilih makanan daripada gerai-gerai yang disediakan seperti gerai laksa, gerai char kuey tiow, gerai ayam madu serta gerai air. Semua Irsyad import daripada pasar tani yang berdekatan. Aku masih kekenyangan akibat membaham Grilled Akatpoker (sumpah aku terlupa apa nama hidangan itu) di Ole-ole Bali so aku sekadar melihat-lihat sahaja makanan yang dihidangkan. Lagipun aku risau aku akan dikenakan bil selepas membaham nanti haa haa.


Gila kacak aku berbaju melayu. Irsyad pergi beli ais di 7-11 so tak dapat bergambar dengan dia.


Ayra yang garang. Dulu dia suka kat aku selepas beberapa bulan tidak berjumpa dia sudah lupa akan pakcik angkatnya....

Sorilah Irsyad tidak dapat bermesra lama dengan kau. Terima kasih kerana menjemput kami. Keesokan harinya kami kembali ke pusat membeli belah kegemaran untuk menonton A Perfect Getaway sebab tiket Jin Notti sudah habis.

A Perfect Getaway
Ulasan ringkas: Sepasang suami isteri yang baru berkahwin pergi berbulan madu di kepulauan Hawaii. Mereka dikejutkan dengan berita pembunuhan pasangan suami isteri yang baru berkahwin tetapi mereka meneruskan sahaja niat untuk berkelah di sana. Ketika sedang mendaki gunung mereka terjumpa dengan Yoshito Usui, pelukis komik Shin Chan yang dilaporkan hilang ketika mendaki Bukit Cerakah. Apa aku merepek ni. Mereka berjumpa pasangan lain Nick dan Gina yang aneh tetapi kool serta pasangan rancangan Survivor Cloe dan Kale. Masing-masing mengesyaki pasangan lainlah pembunuhnya. Cerita ini nampak macam biasa sahaja pada mulanya namun kezutan yang diberi pasti boleh membuat anda mencarut dalam bahasa Inggeris.

Ratings: $$$ 1/2
Spoiler: terlalu keji kalau aku dedahkan.

Kita jumpa lagi dalam ruangan yang sama jika aku rajin. Assalamualaikum.



2 comments:

wake me for meals said...

aku rasa aku lebih teruja sehingga mencapai inzal membaca review kau dari pergi tgk movie...

-kusha-
wake me for meals

Mohamad Faizal said...

kau mengecapi kemuncak syahwat membaca review aku?? thanks aku rasa bangga menjadi modal untuk kau inzal. jangan imajin aku sekali cukup

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...