Wednesday, October 14, 2009

8 Hari Sebelum Tetingkap 7 Keluar

Hari itu ada kawan sekolah aku Haris (penjaga gol raksasa tu) datang bertemuduga untuk posisi Hamba Maikrosof Paras 2. Agak eksaited jugak ah aku melihat Haris tetapi tidaklah sehingga menaikkan syahwat. Apa yang naik ialah semangat perkauman aku yang kembali mencanak-canak sebab kat sini orang Melayu kurang di pejabat aku. Namun begitu, aku assume temuduga dia tidak berjalan lancar kerana newcummers semua sudah menjalani latihan teknikal minggu ini, dan aku tidak nampak Haris berlatih bersama mereka. Jikalau aku tahu dia ada temuduga hari itu pasti aku dah bantu dia dengan memberi soalan2 ramalan yang mungkin ditanya semasa temuduga.

Sebelum layak untuk ditemuduga, anda diwajibkan menjalani beberapa jenis ujian. Ujian bahasa Inggeris mungkin anda boleh lepas, tetapi ujian teknikal dia memang boleh membuat anda mencarut bertalu-talu dalam 3 jenis bahasa ibunda. Sumpah susah nak arwah. Anda jangan ingat jika anda pandai masuk Safe Mode with Networking anda dah handal. Ujian yang terakhir adalah ujian pap smear. Haha amacam lucu tak lawak sampingan aku?

Windows 7 akan dilancarkan pada 22 Oktober. Hebat atau tidak Windows 7 ini akan diketahui berdasarkan bilangan emel pujian/cacian/soalan bodoh/soalan terlampau pandai yang penduduk Australia dan New Zealand lemparkan kepada aku nanti. Have you guys tried Windows 7? It's like Vista on steroid; without the side effects.

Atas sebab itulah Datacom ingin membesarkan lagi akaun Maikrosof dengan menghire beberapa orang untuk menghadapi serangan Windows 7 ini. Kau ingat kau bagus? Jika kau rasa kau bagus dan mahu menyahut cabaran ini, aku boleh beri soalan-soalan ramalan Moda Fandey yang bakal ditanya oleh si penemuduga. Nampak macam aku ni baik hati dan ikhlas nak menolong rakan-rakan, namun sebenarnya ada babi di sebalik semak (peribahasa).Tujuan sebenar aku nak menolong korang ialah kerana aku inginkan habuan RM500 setiap kali aku berjaya mencari calon yang sesuai untuk diambil bekerja. Aku rekomen kawan aku Tamir aritu tapi boleh dia pegi berak masa nak temuduga di telefon habis lesap RM500 aku cis cis.

Mungkin korang akan berasa tergoda untuk menyahut cabaran aku setelah melihat pejabat baru kami yang didekor oleh Eric. Ingin lihat suasana pejabat baru aku yang jauh lebih kool daripada pejabat korang? Sila klik Read More.



Jika tidak boleh tengok Youtube di pejabat, sila pakai proxy. Jika proxy pun kena block, well too bad ah korang tak dapat melihat lakonan hebat ala-ala Andy Lau aku. Video di atas dihasilkan setelah kami berasa bengkerk dengan cawangan Datacom Filipina yang eksyen kerana memiliki video soft porn mereka sendiri. Memandangkan aku sahaja yang memiliki bakat lakonan di sini, maka aku pun dipilih sebagai pelakon utama. Di bawah arahan Fauzi Rentah, kami bersatu padu menghasilkan video amatur yang paling kool (sebab ada aku berlakon). Dalam video di atas hanya menayangkan kanak-kanak P1 Wimax kerana akaun Maikrosof masih belum berpindah ke pejabat baru.

Mengantuk dowh aku nak tidoq sat.



11 comments:

IW & SDA specialist tegar (tak tau dh tuka nama ke tak) said...

Ah~Datacom.Kalaula opis berpindah ke kelantan. Besok jugak aku apply balik.

Kamon bro soalan2 basi pasal OS budak darjah 6 pun boleh jawab. Tanyalah macamana nak recover Entourage database yang tiba2 hilang selepas update ke. Oh mula2 tanya la apekbenda itu Entourage. hahahaha

p/s: Hooi Lay yang super hot berbaju merah.
p/s&p/s: oh dah ada service Pack 2 utk Office 08'. nampak sgt x lama lg Office 2020 akan kluar. hahaha

Anonymous said...

aku suke Andy Lau

finaz said...

ijaiii... nak pakai orang lg ke? i nak suruh adik i apply la.. he used to work with HP Damansara

any details email me syafinaz83@hotmail.com yer...

Anonymous said...

nnt da pindah bandar utama bole lunch skali faizal..ofis aku 5 minit je dr situ(kalo x jem la)..

zarul

Mohamad Faizal said...

fitri: rindu hooi lay ke dulu kau duduk depan dia

anon: aku suka Andy Lu (Fandy Bulu). Sori Fandy aku harap kau tak tersinggung dengan gurauan aku

finaz: usah tunggu lama2 applylah sekarang

http://my.jobstreet.com/jobs/2009/9/default/10/900542.htm?fr=L

arul: kau amek aku ah

QilahLala said...

well, i belum puas enjoy life freelance bibik, driver ni ijai hehe

Mohamad Faizal said...

bibik esok kalau letih nak balik gombak lepas wedding datang jela rumah terus basuh2 pinggan dulu

knk2 P1 W1MAX yg disisih said...

zarul, ko pilih kasih..nk lunch ngan ijai jer..ktorg yg dh berkurun kt BU ni xde plak ko nk ajak lunch kn? x mengape, igt smpai mati!

Noraishikin Mohd Salleh said...

fine ZAHRUL!

Shima Ibrahim said...

wah ade juge muke ku enteprem di situ!

Cik Pinky said...

waa..keje datacom ke?aku tahan 3 bulan je then cau cin cau..bos racist giler..................aku trauma..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...