Monday, October 26, 2009

Barbie Que Haidar!

Yesh. Korang semua telah terpedaya dengan tajuk di atas. Jika korang semua mengharapkan dapat membaca cerita tentang Que Haidar, usah hampa. Aku jauh lebih best daripada Que Haidar kan? Tapi Que Haidar memang barbie sebenarnya. Lakonan dia dahla menyakitkan hati lepas tu muka dia macam pelepah kelapa tapi dapat meniduri Linda Jasmine.

Sudahlah, tujuan sebenar entri ini adalah untuk mengulas tentang aktiviti barbeque yang dianjurkan oleh Ahmad Shuhud ataupun Abe semalam. Abe baru sahaja bergraduasi daripada kelas tarian balletnya dan sebagai tanda kesyukuran, dia melontarkan parti BBQ separa liar untuk kawan-kawan jantannya. Hampas gila parti kau Abe semua jantan kalau terlanjur sesama jantina memang dilaknat Tuhanla.


Bahan-bahan bakar pada hari itu ialah Ayam Tandoori Kayatri, Kambing Carrefour Jamil, Udang Pasar Segar Ramadan, Sotong Lombong UKM, Ikan Turbo Mama Abe, serta sosej orang asia 5 inci. Bagaimana? Sudah tidak tahan lagi? Sila klik Read More untuk menyertai parti separa liar yang penuh dengan dosa dan kolestrol ini.

Menurut maklumat dalam sms jemputan, parti sepatutnya bermula pada pukul 9 pagi. Awal gila. Hanya aku dan Anas sahaja yang sudah bangun ketika itu. Anas datang bersama isterinya Zaahirah @ Zack. Zack akan tebaboom pada bulan 12 dan kita boleh melihat kecuakan Anas dalam gambar di bawah.


Zack sedang membuat role playing tentang kehidupan mereka selepas mendapat bayi nanti tetapi Anas buat2 tak layan dan pura-pura bermain Mafia Wars di iphonenya. Ohh bayi itu dipinjam daripada akak Abe.


Fandi datang tanpa mandi. Tak apa dia kalau mandi sental pakai berus dawai sekalipun wajah dia tetap below average jugak. Kelihatan Fandi sedang mengajar Ikram cara-cara hendak mendownload mendownload video .3gp Ana Melaka di telefon bimbit baru Ikram.


Perghhh kau lihatlah gambar di atas. Boleh nampak kolestrol melambai-lambai minta dijilat.


Kami membaham sambil mendengar cerita-cerita Grey's Anatomy Zack. What the what??! Betul ke masa lahirkan anak nanti korang gadis-gadis punya kena alter secara paksaan?


Jamil kagum dengan saiz perut aku yang kini mencecah 34". Aku pula sibuk membakar ayam dengan gaya Iron Chef aku.


Baru aku perasan semua orang pakai baju putih. Macam boria pula gaya kami. More to Boroi ya I guess.


Percaya atau tidak; ini adalah pusingan ke-4 mereka. Makan memang tak baca bismillah tu sebab perut boroi dan asyik kelaparan je. Tulang temulang pun mereka tibai memang Jin Notti diorang ni. Anyway memang sedap dapat makan BBQ beserta sos rahsia mama Abe.


Aku tidak tahu dari mana datangnya idea aku untuk mencipta resipi terbaru aku ini. Probably something naughty. Anyway resipi ini diberi nama Batang Bersalut Sotong. Chef Wan pun tak tahu macamana nak buat ni. Jika korang ada interest terhadap seni, cuba korang tafsirkan apa yang cuba disampaikan dalam gambar di atas.

Setelah penat menambah lemak di perut bagi lelaki dan lemak di lengan bagi perempuan, kami menyambung aktiviti berperang dan bersukan moden. Terima kasih Ahmad Shuhud sekeluarga kerana menganjurkan parti separa liar ini. Selepas ini aktiviti apa pula kawan-kawan?

For more pictures, please visit my fesbuk page: http://www.facebook.com/album.php?aid=131903&id=628280825&l=dc04efbaed



7 comments:

Idlan said...

Siut Abe buat barbieque tak ajak aku. Murka ni murka.

miNt said...

Hahaha..

muka pelepah kelapa.
bunguk;DD

byk btoi activiti korg.
style ;D

hUdArLiNg said...

apa rasa batang bersalut sotong tersebut? lazatkah?

Mohamad Faizal said...

idlan: akak abe bila kau nak balik bawak suami

mint: aktiviti yang elok boleh dicontohi tetapi aktiviti seperti penyalahgunaan alkohol harus dijauhi

huda: huda mengapa awak buat gangguan seksual kepada saya dengan bertanyakan soalah sebegitu (salah faham)

Anonymous said...

huda: rasanya sedappppp...

-fandi-

Idlan said...

Andy Cole tolak pinangan aku, Dwight Yorke lebih gemar bersenggama dengan Jordan a.k.a. Katie Price. Jadi aku sedang cuba usha Ngog.

Mohamad Faizal said...

akak abe kenapa pilihan kau semuanya minoriti...jika benar mahu mungkin titus james a/l palani selvam boleh dikonsider

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...