Sunday, October 11, 2009

Berhari Raya di Rumah Amirzah dan Aqilah

Aku pulang dari kem pemulihan akhlak di Sungkai Hot Springs pada pukul 8 malam. Aku memandu dengan laju ke rumah kerana tidak tahan mahu berak dan tidak mahu terlepas rumah terbuka Apai dan Mizah. Jamil dan Zul menanti aku di rumah. Aku still mahu nampak segak walaupun penat lalu aku membasahkan rambut berpura-pura yang aku mandi dan mengenakan baju melayu raya tahun lepas.

Parti liar diadakan di rumah Mizah di Seri Kembangan. Waktu luput partinya adalah pada pukul 10 malam, dan kami sempat tiba pada pukul 9.30 malam mengharapkan masih ada saki-baki makanan yang boleh kami baham. Apai di rumah Mizah adalah jauh berbeza dengan Apai di rumah sendiri. Di rumah Mizah, Apai rajin bersembahyang, menurut kata-kata mertua tanpa banyak bicara seperti menyapu gelas yang pecah (bukan aku pecahkan ok Ise) serta boleh berjenaka dengan makcik-makcik dengan wajah yang ikhlas. You will not see that side of Apai at his own house.


Jamil meminta tips persetubuhan daripada Apai yang bakal bergelar bapa.


Itu gambar pizza yang Mizah tak hidangkan untuk kau Zati. Kami pulang ke rumah setelah mendengar jiran2 sekeliling berteriak dari dalam rumah kerana kami terlalu bising. Terima kasih Apai dan Mizah.

Sila klik Read More untuk berhari raya di rumah Aqilah dan melihat gambar-gambar aku yang segak berbaju Melayu.

Tadi, aku menghadiri parti liar Aqilah Hasan pula. Kali ini, aku mempunyai masa untuk menggosok baju maka aku pun memakaila baru raya tahun ini. Aku pergi ke rumah Lala setahun sekali (tapi tiap2 tahun pergi, tak macam lala yang miss rumah aku 2 tahun berturut-turut hee hee), so normallah jika aku terlupa bagaimana bentuk rumah dia. Aku mengassume yang rumah yang terbuka dan ada orang membaham itulah rumah terbuka Lala namun sangkaan aku silap kerana rumah aku aku nyaris-nyaris masuk sebenarnya ialah jiran Lala yang berbangsa Cina sedang mengadakan kenduri lenggang perut untuk anaknya. Nasib baik Lala segera menyelamatkan aku daripada kemaluan.


Tamir dan Mohd Nazmin tiba 2 minit selepas kehadiran aku. Nampaknya Tamir sudah bersedia untuk melangkah ke alam perkahwinan setelah menghafal Rukun Iman.


Lala tiada dalam gambar di atas kerana dia kini bergelar Bibik Assurance Specialist. Lala bersedia menghantar anda ke Tesco yang berdekatan jika diberi bayaran yang berpatutan.


Hidangan istimewa hari raya.


Lagu Sharifah Aini berkumandang di udara menandakan kami gembira berhari raya.


Spekulasi mengatakan Asiah Abdullah kini mengalami sindrom selepas bersilat gayung iaitu pening-pening, loya dan muntah-muntah, mengidamkan asam pedas melaka serta mengalami emosi yang tidak stabil setiap masa. By the way, adakah aku sudah kehilangan bisa untuk membuat prank call kerana Ezu dan Asiah terus mengenali suara aku sebelum sempat aku hendak memberi kata-kata manis.

Selamat hari raya korang. Jangan lupa perayaan Deepavali kita next week. Sila layari lamak fesbuk aku untuk melihat gambar-gambar separuh pornografi aidilfitri:
http://www.facebook.com/album.php?aid=128440&id=628280825&l=6fb1bc1ef8



8 comments:

z a t i said...

serius apai memang berwajah suami misali di rumah mizah. (jujur)

Anonymous said...

apai and mizah..
sori tak dapat dtg open house korang..aku on call la..tetibe lak ade kes..
takpe nanti rmah ijai aku dtg..


-shuhud-

Anonymous said...

Akulah juara bertahan menantu terbaik di taman universiti indah stakat ni. Keramahan n keakraban aku dgn jiran2 menjadi buah mulut n bahan cemburu peserta2 yg lain.

~AkuApai

QilahLala said...

thanks for coming ijai! c u next sat! haha Bibik Assurance semakin mendapat sambutan! thanks for he promo tau :)

Mohamad Faizal said...

zati: aku menantikan kehadiran kau di rumah aku pula zati

abe: putus kawan dowh jika kau tak datang rumah aku

apai: di kawasan kejiranan fasa 4 bandar baru bangi bagaimana? kau pasti tumpas dengan Qabal sedara Fizan

lala: waduh waduh bibik ini bisa ngomong kosong ajain

Anonymous said...

faizal tidak mengajak ak pon ke rumah apai..sedih..

-fandi-

Mohamad Faizal said...

mengapa aku dipersalahkan aku pasti apai ajak kau juga mengapa tidak bertanya aku hendak pergi ke tidak. lagipun aku baru pulang dari perak sepatutnya kau yang mengajak aku...

Anonymous said...

mmg apai ada mengajak ak..tp korang berkumpul bramai2 tp lupakan ak..mengapa tidak mengingatkan ak..uhuk3..

-fandi-

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...