Friday, October 2, 2009

Flash Forward

Soalan untuk kawan-kawan doktor; apa akan anda buat jika anda sedang membelah perut pesakit anda ataupun dalam kes Abe menjahit gigi mat rempit, kemudian anda tiba-tiba pengsan selama 2 minit 17 saat. Di saat anda sedang pengsan, anda didatangi mimpi basah mimpi tentang memori yang anda tidak pernah alami, in other words you're dreaming about the future! And in that 'dream', you are with another man. OMG tak dapat aku bayangkan Abe dengan lelaki lain. Nanti, anda belum baca twist dia lagi; semua orang di dunia pengsan pada waktu yang sama, selama 2 minit 17 saat, dan masing-masing mengalami visi tentang apa yang bakal berlaku kepada mereka 6 bulan di masa hadapan.

Whoaaa. Cuak bukan. Now that you know what the future holds, what would you do? Would you stand still if you knew that six months later your marriage is going to end? Would you give up hope if your dead daughter appears right in front of you? And what if you didn't see anything? Does that mean that you are not going to be alive six months later?

Cemas? Sila klik Read More.



Begitulah sinopsis siri televisyen terbaru yang aku tonton. Rakan sekerja aku yang gila siri tivi Amerika mencadangkan aku menonton cerita ini. Flash Forward. Membariskan pelakon-pelakon yang established seperti Joseph Fiennes (Shakespeare in Love), John Cho (Harold and Kumar). First impression aku, siri ini ada similarity dengan siri televisyen yang paling agung di dunia iaitu Lost. Apakah persamaannya?

1) Well ada 2 orang pelakon Lost dalam cerita ini iaitu Penny (Sonya Walger) dan Charlie (Dominic Monaghan). Yayy Charlie! Tapi Charlie belum keluar lagi dalam episod pilot.

2) Siri ini penuh dengan misteri dan kejutan yang membuatkan anda tertanya-tanya; mengapakah? bagaimanakah? adakah? So jangan miss satu episod pun ok. Well you're in luck dia baru keluar satu episod.

3) Karekter dalam cerita ini ada persamaan dengan watak siri Lost. Hero dia Mark (Joseph) dia bajet dia Jack boleh selesaikan semua masalah. Bryce mula2 nak bunuh diri kemudian mendapat peluang kedua seperti John Locke. Nampak sangat aku ni peminat fanatik Lost.

Adam, Jamil dan Muaz korang pasti akan suka cerita ini. Mungkin boleh menandingi Fringe? Oh babe cerita ini lagi besh daripada Supernatural ok hee hee. 2nd episode airs today! Ayuh kita tonton bersama! SHINGGG







(konon-konon aku pengsan dan dalam flash forward aku korang pun suka cerita ini jugak dan korang akan belanja aku makan esok dan bermain Wii dan Call of Duty di malam hari dan tidur di rumah aku kerana mama aku berkursus haji)



7 comments:

Anonymous said...

haha aku dah layan dah jai. iklan iklan die dah dedahkan banyak pasal the pilot episode. nampak cam promising gile cite ni.

layan layan.

adam

Mohamad Faizal said...

haha aku sedang mendownload episod 2. esok kita berbincang dan dedahkan spoiler

Idlan said...

ijai, usah gusar. abe memang setia pada kau. tadi aku call rumah, kecoh dia nak cepat berparti liar kat rumah kau.

Anonymous said...

aku pn menonton cite ni gak..episode 2 tgh download lg..mintak2 cite ni mampu bertahan dan x dicancel ditgh season

zarul

Mohamad Faizal said...

akak abe: dia tak sayangkan aku datang rumah aku 25 minit je pastu terus nak balik mengada2

arul: episod kedua membuat kita semakin tertanya2. kau kat mana ni zarul dah bekerja di tempat baru ke. maikrosof nak pakai banyak orang sempena Windows 7 kembalilah ke sini zahrul

Anonymous said...

ala jai..mak aku sorg2 aa kat rumah..mane ade 25 minit aku dtg..sempat layan 1 episod flash forward kot..
flash forward sgt cool..meleleh air liur jamil aku tgk..haha..


-shuhud-

Anonymous said...

faizal nnt tunjukkan ak kecoolan crita ni k..klo btol cool ak nk copy hehe..

-fandi-

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...