Tuesday, October 20, 2009

Have You Ever Had a Song Stuck in Your Head?

Pernahkah anda mendengar sebuah lagu yang annoying gila, yang jelas-jelas anda menyampah gila tersekat di kepala anda dan bermain-main di minda sepanjang hari sehinggakan terbawa-bawa ke dalam sembahyang? Sampaikan ketika anda membaca doa qunut, anda secara tiba-tiba menyanyikan lagu Paparazzi daripada Lady Gaga? Memang tipis sebenarnya iman aku ini. Lepas tu langsung tak boleh stop masa mandi humming lagu tu, masa frag frag kita meneran keluar bunyi "HMMM PAAAPPAA hiahhh PAAARAAZIIIII brrrr yeahhh". Tak kiralah di mana-mana memang kita pasti bersiul lagu tu.

Akan tetapi tidak semuanya lagu-lagu yang tersekat di dalam minda kita itu merupakan lagu yang boleh membawa kita ke lembah durjana. Sila klik Read More untuk kisah selanjutnya.

Semalam, ketika aku sedang memandu pergi ke tempat kerja di subuh hari, aku memasang Hitz.fm mana tahu Gotcha request aku untuk kenakan da' Killa berjaya (haha tipu je). Tiba-tiba aku didengarkan dengan sebuah lagu yang aku tidak pernah dengar, dan lagu itu terus meresap masuk ke telinga kanan dan memang tidak keluarlah dari telinga kiri. It was a catchy punk rawk song, and I can sense a local flavor in it. Alah. Jika korang dengar Hitz semalam dan harini, memang diorang asyik putarkan "Now there's meeee and youuuu bla bla bla youuu and meeee...". PLEASEE tell me that you guys have heard that song too. Habis sahaja lagu, aku mengharapkan agar Dj radio memberitahu siapakah penyanyinya namun aku hampa. So pagi tadi, aku memasang Hitz seperti biasa dan sekali lagi lagu itu keluar. Aku tukar stesen lain, aku dengar DJ Sammy dan DJ Dave sedang mengumpat tentang sekeping CD yang mereka terima namun tak beritahu nama band. What the whatttt. Bagitahulah aku woi.

Sedang aku terpinga tertanya di dalam dilemma, aku terbaca pula sebuah artikel di The Star ketika sedang sibuk mencuri tulang di tempat kerja. Apparently, pihak media telah menerima sebuah bungkusan ringkas yang berisi sekeping CD yang mengandungi sebuah lagu 'Through My Window' dan sebuah alamat laman web http://everyoneconnects.net/. Terus aku lawat laman web itu dan mendownload lagu itu lalu menyanyikannya secara berulang-ulang dengan nada tinggi sehinggakan rakan sebelah aku Kunji membuat keputusan untuk mengambil half day kerana tidak tahan dengan perangai aku.


The article can be found here.

Misteri bukan? Lagi misteri, lagilah orang ingin tahu. Memang bijak teknik mereka ini. Senang-senang je dapat free airplay. Aku mengesyaki ini merupakan teknik viral marketing daripada Maikrosof untuk mempromosikan Windows 7 (sebab tajuk lagu dia ada Window). Teori lain adalah ini sebenarnya komplot pihak radio sendiri untuk menyebarkan fahaman radikal secara senyap-senyap di bawah minda separa sedar. Namun begitu, jika anda merupakan peminat muzik tempatan, anda membuat akan membuat spekulasi sendiri siapakah yang menyanyikan lagu itu. Yaa aku mengesyaki penyanyinya ialah Sam Bunkface berdasarkan gaya nyanyian ala-ala Billie Joe Armstrongnya itu. Then again, mungkin penyanyi lagu itu ialah aku sendiri kerana aku pun boleh buat suara Sam Bunkface. Bukan susah pun nak buat suara punk rawk macam tu. Ok mari aku ajar, mula-mula korang kuarkan four pack korang dekat perut. Kalau boroi pun korang pasti boleh rasa otot perut bergerak kan. Ok lepastu jegilkan mata sambil geleng-geleng kepala sikit dan terus keluarkan suara ketika itu. Mesti jadi punyalah kalau korang nyanyi lagu Prom Queen.

Anyway cuba korang download dan dengar lagu Through My Window itu. Takpun tunggu je di stesen-stesen radio mana-mana. Kalau tak tersekat dalam kepala mungkin korang dah terkena buatan orang. Ok at least tolongla mengaku yang lagu Paparazzi Lady Gaga tu infectious. Kalau aku dengar lagu tu mesti rasa nak Show hidden files and folders... Hmm.....have you ever had a song stuck in your head lately?



7 comments:

Muaz said...

It's really a cool song. Awesome beats. If they're local, they could probably go international.

That was a cool marketing, man. Dude, bila nak buat single ko ni? :p

Aku bleh try skill2 marketing utk market lagu ko. Haha

LiXa the Mama Alya said...

"Now there's meeee and youuuu bla bla bla youuu and meeee"

yang ni lagu T-Pain- I can't believe it

Funny, mase bace post ko ni..aku n nizam tgh duk ulang2 nyanyi Pap-pa-rah-zeee jugok..huhuhu

finaz said...

ijaii.. my bro got the job lah.. i think u deserve the rm500 for recommending to me the vacancy.. but how to put ur name? nak kena bgtau hr ke? i nak suruh adik i buat... (n lepastu belanja akaknyer ni makan seafood). hehe

pls advise. dia report duty 2 nov.

Mohamad Faizal said...

muaz: nanti aku hantar jugak cd single aku. tak letak nama, letak gambar aku je pasti popular haa haa

liza: haha mana mungkin t-pain main punk rawk. jika kita mengkategorikan muzik secara perkauman, negro menyanyi hip hop je. indon pula dangdut.

finaz: niceee. tapi rasanya i yang kena forwardkan resume dia kat HR at the first place baru bole eligible kot. tak kiralah, sila paksa adik anda menyebut nama penuh saya Mohamad Faizal bin Rosly kepada HR dan pastikan RM500 itu milik saya

hUdArLiNg said...
This comment has been removed by the author.
hUdArLiNg said...

yup. this song is cool. i pun syak sam yang nyanyi. haha.

yeah, i have another song yang stuck in my head.

Eternal Summer by Lee Min Ki. Siap hafal. haha. gila.

Mohamad Faizal said...

lee min ki tu siapa menteri pertahanan china ke mentang-mentang baru balik dari beijing

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...