Friday, October 9, 2009

Maafkan Aku Teman-Teman kerana Tidak Dapat Menghadiri Parti Liarmu

Maafkan saya Asiah Abdullah kerana tidak dapat menghadiri parti liar Aidilfitri anda esok. Saya memang teringin hendak mengajar suami anda erti silat yang sebenar dengan mengunci kakinya. Saya juga teringin membuat spekulasi yang ada bayi di dalam perut anda selepas pulang daripada berbulan madu namun apakan daya, saya tidak dapat hadir.

Maafkan saya Nazliah Musa kerana tidak dapat menghadiri parti liar Aidilfitri anda esok. Saya memang teringin hendak berjumpa Nia dan melantik diri sendiri sebagai pakcik angkatnya, namun apakan daya saya tidak dapat hadir.

Tidak lupa, maafkan aku Apai dan Mizah kerana aku MUNGKIN tidak dapat hadir ke parti liar korang esok walaupun parti liar anda buat pada waktu malam. Aku memang teringin meneka jantina bayi korang serta melihat gaya kau kena queen control dengan Mizah, tetapi apakan daya, aku mungkin lambat pulang ke Bangi.

Sila klik Read More untuk mengetahui mengapa aku tidak dapat hadir.

Kerana esok aku akan pergi ke Sungai Klah Hot Springs Park untuk membina semangat kepejabatan dan menghindar semangat perkauman di antara kanak-kanak Maikrosof. Aku dengar Steve Ballmer pun nak turun padang nanti berteam building bersama-sama. Aku mungkin balik malam, sebab itulah aku meminta maaf awal-awal. Sudah pastilah aku ingin datang menayangkan baju melayu baru aku tetapi apakan daya.....but still, aku demand korang untuk hadir ke parti liar aku 17/10 nanti.

Ok mari kita preview sikit besh ke Sungai Klah Hot Springs Park ni...

picture credits: http://www.malaysiavacationguide.com/hotsprings.html


OMG..........!!!


OMG lagi..........!!!

Ahh memang aku akan rendam telur aku sehingga separuh masak. Sila interpret ayat ini mengikut kesesuaian.

Siapa orang Perak sila ajar aku frasa-frasa tempatan untuk mendapat diskaun di Perak. Aku tau lagu Mr Os tu je. "Ko kome doyan dah berbunge, lebih baik pinang anak dare....". Also, camane nak pronounce 'mike'? Macam Mike's Apartment ataupun Mee-kaa? No worries, I will take lots of half nude pictures and I will blog about it later.

p/s: aku still akan menghadiri rumah terbuka hari Ahad, so bersedialah Aqilah Hasan, Imran Ajmain dan Chean Soon Kit Abdullah.



3 comments:

datillah said...

Jumpa hari "asad" eh mohamad faizal... haha

Mohamad Faizal said...

haa? (pura2 tak faham). babe i beli seluar unta rm100 haa haa

O Ena O said...

mike..bkn mcm sebut mike apartment tu ye...n bkn sebut mcm name penyanyi mika tu...''mike''...eh teman dh ckp perak dgn mike...tu pon perak yg x pekat beno..sekian trimas

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...