Friday, October 9, 2009

Mengapa Hari Jumaat itu Memenatkan

Ahh hari Jumaat. Hari yang memang dinanti-nantikan oleh semua orang kerana esoknya hari Sabtu, tidak perlu bekerja. Pada hakikatnya, hari Jumaat adalah hari yang paling memenatkan sekali. Berikut adalah faktor-faktor mengapa hari Jumaat itu memenatkan.

Faktor 1: Tersekat di dalam kesesakan lalu lintas di mana sahaja anda berada

Mentaliti manusia pada hari Jumaat; sebaik sahaja tamat waktu bekerja, semua orang akan pulang pada waktu yang sama kerana di dalam minda mereka sudah terbayang akan kenikmatan menukar saluran Astro sambil beralaskan bantal yang empuk ataupun peha isteri yang anjal bagi mereka yang sudah berkahwin. Usah harapla mahu balik lambat ataupun buat OT pada hari Jumaat. Maka sebab itulah tak kiralah anda keluar pukul berapa pun, anda stil akan balik lambat juga. Munyit betul ah.

Faktor 2: Persetubuhan dilakukan di malam Jumaat.

Well aku masih teruna, apalah yang aku tahu pasal persetubuhan melainkan apa yang dimuat turun. Orang kata bersetubuh pada malam Jumaat adalah sunat, maka ramailah pasangan suami isteri yang berlumba lumba mendayung untuk mengecapi pahala bersetubuh walaupun lepas tu tak semayang isyak sebab malas mandi wajib. Pasangan yang belum berkahwin pun sama juga. Setelah penat berclubbing di malam yang paling happening, pulang ke rumah sambung sahaja penzinaan. So penat malam itu terbawa-bawalah hingga ke hari Jumaat.

Ada lagi. Sila klik Read More untuk mengetahui mengapa hari Jumaat itu memenatkan.

Faktor 3: Perlu berjalan jauh untuk solat Jumaat.
Jangan salah faham. Perbincangan kita adalah mengapa hari Jumaat itu memenatkan. Maikrosof melantik aku sebagai Biro Agama bagi memastikan jantan melayu di pejabat menunaikan solat Jumaat berdasarkan pengalaman luas aku di dalam bidang Tajwid. Jarak di antara masjid dan pejabat aku adalah lebih kurang 15 minit perjalanan kalau tiada kemalangan. Most of the times kami perlu mengambil wudhu' dahulu kerana tiada masa untuk mengambil wudhu' di sana kerana manusia terlalu ramai. Penat2 pun, kami masih mengerti erti azab kubur lalu kami gagahkan jua. Kamon perlu ke aku tunjuk gambar aku masuk suratkhabar? Kamon. Fine aku tunjuk jugakla.



Faktor 4: Hari Jumaat banyak siri televisyen yang super
OMG. The Office. Fringe. Flash Forward. Grey's Anatomy. Supernatural untuk da' Killa. Semuanya keluar pada hari Jumaat. Penat tau aku nak muat turun dan tengok semua. Penat tau aku menyelinap seperti ninja mencuri bandwidth dengan memuat turun di pejabat. Mestilah tengok pada hari yang sama agar kita boleh berlagak kepada rakan lain dengan memberi spoiler. Spoiler Flash Forward minggu ini ialah blackout itu pernah berlaku sebelum ini. Jeng jeng jengggggg.

Tapi arini aku tak kerja. Ingatkan boleh lepak chill rupa-rupanya lagi penat. Pagi servis kereta sampai pukul 11. Lepas tu kena pergi beli makanan sendiri kat Alamanda pulak tu. Lepas tu kena basuh kain. Lepas tu kena kemas kandang kucing. Ahhhh. Takpe esok boleh rendam ketiak dalam kolam air panas bagi mengembalikan kesegaran yay!



4 comments:

finaz said...

sepraisingly.. i selalu stayback ptg jumaat.. sebab esoknya sabtu xkisah nak bangun lambat sebab tak keje..

sI tEDI said...

ijaii.. sesekali.. update lah gambo kucing2 ko ngan kandang2 nye sekali!!

Mohamad Faizal said...

finaz: saya tak boleh bangun lambat hari2 mesti terautomatik bangun pagi walaupun di hujung minggu. sedih

tedi: baiklah nanti lagi beberapa hari aku paksa kucing aku posing majalah mangga untuk kau

andrew said...

Kat office, ur the king of ham ham sap sap.. u r sei ham sap lo :) u tau loads abt persetubuhan :P

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...